Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

INSPIRASI ILHAMI KREATIVITI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "INSPIRASI ILHAMI KREATIVITI"— Transcript presentasi:

1 INSPIRASI ILHAMI KREATIVITI
PROF. MADYA. DR. KAMARIAH KAMARUDIN Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia.

2 Mukadimah "Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang." (William J. Siegel) Dalam menghasilkan pengkaryaan, peri pentingnya rangkaian ini, iaitu inspirasi, ilhami dan kreativiti bagi seseorang pengarang. Tiga rangkaian ini bukan sahaja membangkitkan motivasi dalam diri bahkan menguak jendela pemikiran untuk mengharungi proses pengkaryaan bagi tempoh yang panjang.

3 Bagaimana Karya Bermula
"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." Albert Camus 1. Pastikan matlamat dan niat yang ada dalam lubuk sanubari sebelum menetapkan idea dan pemetaan minda terhadap sesebuah karya yang akan dikarang. 2. Jelaskan pendirian dan prinsip yang menjadi perisai bagi seseorang yang baharu menjebakkan diri dalam dunia kepengarangan. 3. Kukuhkan ingatan tentang pengalaman dan lembar kenangan yang membangunkan semangat untuk mencipta plot, watak dan perutusan.

4 Inspirasi oh Inspirasi
1. Menerusi sumber di rumah: televisyen, akhbar, majalah, dan internet 2. Menerusi sumber di sekeliling rumah: jiran tetangga, 3. Menerusi keluarga utama: ibu dan ayah, adik-beradik, anak-anak, suami-isteri 4. Menerusi keluarga jauh: sanak-saudara, 5. Menerusi perkongsian pengalaman dengan pelbagai orang 6. Menerusi pergaulan dengan ramai orang 7. Menerusi pembacaan yang berbagai jenis genre 8. Menerusi pengembaraan ke merata dunia 9. Menerusi catatan surat, poskad, e-mel 10. Menerusi tontonan di talivisyen, panggung wayang, pementasan teater

5 Langkah Berkarya "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

6 Ilham oh Ilham "Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka." (Soekarno)

7   Tekun Berkarya “Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang mengikut hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah dengan angan- angan (yang banyak).”(Hadis Riwayat al- Tarmizi).

8 1. Tekun untuk mengagihkan masa dengan menjadikan disiplin sebagai pokok utama untuk duduk di hadapan komputer setiap hari dan dijadikan amalan rutin. 2. Tekun untuk mendisiplinkan diri untuk mematuhi jadual diri yang dibuat tanpa sesekali melanggar jadual tersebut agar momentum pengkaryaan berjalan lancar. 3. Tekun untuk menyematkan rasa sabar dalam diri bahawa untuk menghasilkan sesebuah karya mengkehendaki pengorbanan dari sudut masa dan kehendak diri sehingga proses pengkaryaan dapat diuruskan dengan sempurna. 4. Tekun untuk memahamkan ahli keluarga bahawa proses pengkaryaan memerlukan ruang masa yang tersendiri untuk seseorang pengarang menguruskan emosi dan perasaannya secara sendirian. 5. Tekun untuk melakukan ibadah sunat seperti solat hajat selain berdoa kepada Allah SWT agar memudahkan urusan proses pengkaryaan dan karya dapat dihasilkan dalam keadaan yang baik dan bermanfaat untuk ummah.

9 Kreativiti oh Kreativiti
“Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang.” (Saidina Umar al-Khattan dalam Kitab Tahzib Madarij al-Salikin).

10 Menyudahkan Karya "Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi." (Confucius)

11 Menghantar Kepada Penerbit
"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." (Lao Tze)

12 Karya Tersiar "Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri."

13 Mengekalkan inspirasi ilhami kreativiti
"Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda." Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

14 Khatimah "Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."

15 Khatimah nekad bahawa karya yang dihasilkan akan ditatap khalayak sebagai wasilah dakwah. Nekad bahawa karya yang dihasilkan akan memberi perutusan yang berguna kepada masyarakat. Nekad akan berkarya lagi demi kemaslahatan ummah dan untuk khazanah anak bangsa.


Download ppt "INSPIRASI ILHAMI KREATIVITI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google