Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSugiarto Budi Hadiman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA (BBM3401)
KULIAH 2 Dr. Hasnah binti Mohamad /
2
Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga; Yang cantik itu budi, Yang indah itu bahasa.
3
Aspek Bahasa dan Fungsi Bahasa
Empat dimensi corak BM : Bentuk (lisan dan tulisan) Tahap penguasaan Tahap penggunaan Mutu bahasa
4
Ciri Bahasa Lisan Bersifat agak bebas, seperti yang digunakan dalam temu bual atau wawancara. Bersifat mesra atau kehadiran tanda kemesraan, misalnya menggunakan kata ganti nama yang mesra. Tatabahasa : tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa kerana menggunakan strategi seperti memendekkan kata atau menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat. Selain itu, terdapat juga penggunaan unsur bukan bahasa atau parabahasa (paralinguistik).
5
Jenis Bahasa Lisan Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Bahasa lisan subbaku Bahasa lisan umum Bahasa lisan terkawal
6
Bahasa Lisan Subbaku Bahasa lisan yang tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek). Jenis bahasa yang tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan bahasa pasar.
7
Bahasa Lisan Umum Ada unsur bahasa basahan, seperti kependekan (tak = tidak; kan = akan) dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan.
8
Bahasa Lisan Terkawal Bahasa yang diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal. Sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi amat dipentingkan. Agak longgar jika dibanding dgn bahasa tulisan kerana dapat ditukar secara serta-merta
9
Ciri Bahasa Tulisan Terkawal dan dapat diedit atau disunting.
Bersifat rasmi dan kerasmiannya lebih ketara dalam wacana tulisan. Tatabahasa :mementingkan tatabahasa yang sempurna.
10
Jenis Bahasa Tulisan Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan iaitu : Bahasa tulisan umum Bahasa tulisan rapi
11
Bahasa Tulisan Umum Tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu, seperti dalam iklan dan maklumat jual beli. Digunakan dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain.
12
Bahasa Tulisan Rapi Biasanya terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti. Karya bersifat keilmuan, bahan rujukan. Contohnya, majalah pelajar dan jurnal akademik.
13
Tahap Penguasaan Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu. Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa yang berpadanan. Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa mengikut konteks dan bidang. Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan tahap fungsional.
14
Dua Tahap Penguasaan Bahasa
Tahap budaya Tahap fungsional
15
Tahap Budaya Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri
yang berikut: Mengandungi unsur tempatan. Mengandungi unsur individu – dialek atau ideolek. Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal. Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).
16
Tahap Fungsional Taraf penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam kehidupan seharian. Bahasa lisan - bersifat terkawal , cth. dalam penyampaian berita di radio atau televisyen, khutbah di masjid Bahasa tulisan - digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, tesis dan minit mesyuarat.
17
Tahap Penggunaan Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik. Pengetahuan bahasa, idea, kaedah, teknik dan disiplin ilmu berkaitan diadun dan dimanipulasi untuk memberi kesan sebaik-baiknya.
18
…sambungan Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut: Kemahiran bahasa. Penghayatan Pengetahuan Penglahiran Penghujahan Kekritisan Mekanik Penulisan
19
Kemahiran Bahasa Ketrampilan amali dan pengetahuan tentang tatabahasa.
Cth. puan – perempuan sudah berkahwin/panggilan rasmi utk perempuan, dll.
20
Penghayatan Kemampuan sso menggunakan bahasanya, bukan shj dari segi tatabahasa dan konteks tetapi juga berjaya menyampaikan idea dan perasaan yang tersirat di hati. Juga dapat memberi pandangan sendiri dan penilaian yang sesuai.
21
Pengetahuan Menguasai tamadun dan budaya sst bahasa yg berkaitan dengan gaya, laras, neka dan kesantunan berbahasa.
22
Penglahiran Penjelmaan ungkapan fikiran dan perasaan secara lisan atau bertulis. Perlu berfikir untuk menentukan fokus- kerangka idea, mengolah, menyusun, memperkembang idea dgn fakta dan bukti.
23
Penghujahan Berupaya menyatakan sst hujah berdasarkan taakulan, bukti, keterangan, laporan lain bagi menyokong hujah. Hipotesis – bukti – rumusan - teori
24
Kekritisan Keupayaan menyatakan pendapat, buah fikiran dan idea, berdasarkan alasan yang wajar dan relevan.
25
Mekanik Penulisan Penguasaan dan kebolehan menggunakan tanda baca, kata kunci dan lambang penulisan – untuk penyampaian yang berkesan.Cth. Penulisan tanda baca, ejaan, penomboran, singkatan, petikan, bibliografi, indeks.
26
Sekian, terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.