Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGERTIAN TATABAHASA,

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGERTIAN TATABAHASA,"— Transcript presentasi:

1 PENGERTIAN TATABAHASA,
UNIT 1 PENGERTIAN TATABAHASA, TATATINGKAT BAHASA DAN JENIS TATABAHASA

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat: * memberikan pengertian tatabahasa * menerangkan tatatingkat tatabahasa * menyenaraikan jenis tatabahasa dan mengenal pasti cirinya

3 TATABAHASA Teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami pengguna. Dengan itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri Oleh itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas, dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan intrinsik penutur jati yang ideal

4 PENDAPAT TENTANG TATABAHASA
Sistem bahasa yang mengandung morfem dan penyusunan morfem. Struktur pertuturan atau penulisan yang diulang berasaskan fungsi dan tindak balas Pernyataan jelas tentang ikatan asas yang dibenarkan Alat untuk menghasilkan ayat yang betul dan tidak terbatas Sistem rumus yang terbatas untuk mewujudkan struktur yang tidak terbatas Proses penglahiran idea (buah fikiran, gagasan) dan penyusunannya rumus = seperangkat simbol yang terdiri daripada huruf, atau huruf dan angka yang menunjukkan komposisi sesuatu bahan

5 Berdasarkan pendapat tentang tatabahasa ini, secara umumnya dapat dirumuskan bahawa tatabahasa itu ialah: > pernyataan umum tentang sifat nalar (buruk baik) dan tidak nalar yang terdapat dalam bahasa > pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukan perkataan atau proses pembinaan ayat (penyusunan kata dalam ayat); nahu > aturan bahasa yang ditunjukkan dalam bentuk rumus bahasa > kumpulan kaedah tentang struktur gramatikal bahasa

6 PENGERTIAN TATABAHASA SECARA KHUSUS
Seperangkat (paradigma/paradigm) pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun Salah satu cabang kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa Etika berbahasa, betul - salah, tepat - kurang tepat, baik – tidak baik bahasa yang digunakan ketika berbahasa. Contoh: > Pakaiannya anggun > Pakaiannya adalah anggun > Pakaiannya ialah anggun > Suaminya akan balik Kelantan > Suaminya akan balik ke Kelantan > Dia masuk tanpa meminta izin > Dia masuk dengan tidak meminta izin

7 Paradigma:. Pembentukan kata yang memperlihatkan konjugasi
Paradigma: Pembentukan kata yang memperlihatkan konjugasi dan deklinasi kata Konjugasi: Sistem perubahan bentuk kata kerja yang berhubungan dengan jumlah, jantina, modus dan waktu Deklinasi/ Tasrif: Sistem fleksi tentang bentulk (nama, adjektif, kata ganti nama, dan sebagainya) untuk menyatakan perbedaan kategori (jenis atau kasus) Kasus: Kategori gramatis kata nama, frasa nama, kata ganti nama atau adjektif yang menunjukkan hubungannya dengan kata lain dalam kontruksi sintaksis

8 SISTEM, FUNGSI DAN TUGAS TATABAHASA
Pernyataan dan definisi tatabahasa itu menunjukkan bahawa tatabahasa (kumpulan sistem) itu perlu dipatuhi untuk mewujudkan bahasa yang baik (tepat dari segi makna), dan indah (dari segi struktur) demi menjamin kemantapannya Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis Ukurannya tidak berasaskan korpus ujaran, kriteria makna, atau darjah penggunaannya, tetapi berasaskan bentuk ujaran, dan ketuntasan maknanya Tugas penting tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Oleh itu, tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari

9 RUMUSAN PENGERTIAN TATABAHASA
Ilmu yang membicarakan aturan, kaedah atau sistem yang umum, yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis, yang bersifat nalar (pertimbangan tentang baik buruk) dalam sesuatu bahasa Morfologi ialah ilmu yang mengkaji struktur, bentuk, dan golongan kata, serta cara perkataan diwujudkan daripada bunyi bahasa, dan pengaruhnya terhadap makna kata Sintaksis ialah ilmu yang mengkaji proses pembinaan ayat, cara perkataan itu disusun menjadi ayat, dan hubungan antara kata dalam ayat, iaitu dalam membentuk frasa, klausa dan ayat.

10 TATATINGKAT TATABAHASA
AYAT: Unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat KLAUSA: Unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih FRASA: Kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dengan klausa KATA: Morfem atau gabungan morfem, unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran MORFEM: Unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian

11 JENIS TATABAHASA Tatabahasa Formal Tatabahasa Deskriptif Tatabahasa Nosional Tatabahasa Preskriptif Tatabahasa Tradisional Tatabahasa Bebas Konteks Tatabahasa Fungsian Tatabahasa Transformasi Generatif Tatabahasa Pedagogi Tatabahasa Sistemik Tatabahasa Stratifikasi Tatabahasa Struktural

12 TATABAHASA FORMAL Cirinya ialah:
pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa ciri lakuan bahasa itu mestilah dapat dilihat dan dirumuskan setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik berdasarkan tatabahasa huraian/deskriptif

13 TATABAHASA DESKRIPTIF
Cirinya ialah: dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis kemungkinan itu juga berasaskan ciri bahasa itu

14 TATABAHASA NOSIONAL Cirinya ialah:
sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna dan rasa ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya berdasarkan kesejagatan bahasa berdasarkan struktur yang ideal struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna

15 TATABAHASA PRESKRIPTIF
Cirinya ialah: dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan penggunaan acuan pencarian yang sedia ada penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

16 TATABAHASA TRADISIONAL
Cirinya ialah: mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani dapat diaplikasikan pada tatabahasa lain bercirikan sikap dan tatacara kajian bahasa sebelum linguistik moden

17 TATABAHASA BEBAS KONTEKS (Contex – Free Grammar)
Jenis Tatabahasa Struktur Frasa Rumus Tulis Semulanya seperti X Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X

18 TATABAHASA FUNGSIAN (Functional Grammar)
Berdasarkan pandangan pragmatik Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia (pragmatik = pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa dalam lakuan komunikasi)

19 TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (Transformational Generative Grammar)
Dipelopori oleh Noam Chomsky pada 1957 Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur luaran dan struktur dalaman Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

20 Struktur Luaran (surface structure): struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya, iaitu struktur ayat yang sebenar, yang diujarkan oleh penutur, dan diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa Struktur Dalaman (deep structure): struktur yang biasanya mengandung bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat

21 TATABAHASA PEDAGOGI (Pedagogical Grammar)
Tatabahasa khusus untuk kegunaan guru bahasa Berasaskan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran: > bahasa ibunda > bahasa pertama > bahasa kedua > bahasa asing

22 Bahasa Ibunda (mother Tongue): Bahasa yang biasanya diperoleh semasa kanak-kanak, melalui pergaulan dengan anggota komuniti bahasanya sendiri (bahasa pertama, bahasa asli) Bahasa pertama (first language): bahasa ibunda Bahasa Kedua (second language): Bahasa selain bahasa ibunda, yang dipelajari secara formal, dan dari segi sosiobudaya dianggap sebagai bahasa sendiri. Contohnya bahasa Inggeris di Malaysia (bahasa sekunder) Bahasa Asing (foreign language): Bahasa selain bahasa ibunda, yang lazimnya dipelajari secara formal, dan bukan melalui pergaulan semasa kanak-kanak. Contohnya bahasa Perancis di Malaysia

23 TATABAHASA SISTEMIK (Systemic Grammar)
Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap Teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi, dan Kolokasi

24 Fonologi prosodi (prosodic phonology): Ciri bunyi yang merentasi struktur segmental seperti intonasi, tekanan dan nada Kolokasi (collocation): Keadaan dua kata atau lebih yang dianggap sebagai butir leksikal yang tersendiri, tetapi lazimnya dikaitkan antara satu sama lain dalam sesuatu bahasa. Contohnya kata tebal berkolokasi dengan kata buku

25 TATABAHASA STRATIFIKASI (Stratificational Grammar)
Diperkenalkan oleh S. M. Lamb pada 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular tahun 1960-an

26 TATABAHASA STRUKTURAL (Structural Grammar)
Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur itu juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya struktur = cara sesuatu terbina daripada pelbagai bahagian hingga menjadi suatu pola tertentu

27 Selain itu, terdapat juga istilah lain yang digunakan, iaitu tatabahasa baku, dan tatabahasa filosofis Tatabahasa baku ialah kumpulan kaedah tentang struktur gramatikal bahasa ragam formal yang menjadi panduan pengguna bahasa atau buku yang berisikan kaedah bahasa, yang kerana wibawanya digunakan sebagai acuan karya yang sejenis Tatabahasa filosofis ialah tatabahasa yang tidak berdasarkan penggunaan bahasa tertentu, tetapi mempunyai ciri yang dimiliki bersama oleh pelbagai bahasa

28 KESIMPULAN Tatabahasa ialah pernyataan umum tentang sifat nalar dan tidak nalar dalam sesuatu bahasa, khususnya tentang peraturan, kaedah dan sistem bahasa dari aspek morfologi dan sintaksis Tatatingkat tatabahasa bermula dengan morfem, kata, frasa, klausa, dan ayat Antara jenis tatabahasa ialah tatabahasa formal, deskriptif, nosional, preskriptif, tradisional, bebas konteks, fungsian, transformasi generatif, pedagogi, sistemik, stratifikasi, struktural, baku dan filosifis (nalar = pertimbangan tentang baik buruk; akal budi)

29 Wahai anakanda buah hati ibu sifat perajuk jangan kautiru
MADAH PUJANGGA JANGAN TAKUT MENGAMBIL LANGKAH BESAR, KERANA ANDA TIDAK DAPAT MELOMPATI JURANG HANYA DENGAN LANGKAH KECIL Wahai anakanda buah hati ibu sifat perajuk jangan kautiru orang perajuk tidak bermalu muka tebal hati berbulu


Download ppt "PENGERTIAN TATABAHASA,"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google