Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah"— Transcript presentasi:

1 Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
Ahad 9 May 2010

2 Pengertian Kaedah Bahasa: Istilah: Asas dan Asal
Hukum "kulli" atau bersifat umum yang dipraktikkan di atas semua hukum "juz'i" atau terperinci untuk mengetahui hukum daripadanya. Contoh: Al-Amr atau suruhan pada asasnya membawa pengertian wajib. Qawaid Fiqhiyyah

3 Pengertian Fiqh Istilah Bahasa: Memahami dan mengerti
Pengetahuan yang mendalam Istilah Ilmu yang berkaitan dengan hukum syarak berbentuk praktikal yang diambil daripada dalil-dalilnya secara tafsili terhadap setiap permasalahannya Contoh: Setiap sesuatu yang menjadi tambahan terhadap asal dikira sebagai riba berdasarkan firman Allah “Maka hak kamu ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi” (al-Baqarah 279) Qawaid Fiqhiyyah

4 Pengertian Usul Fiqh (UF)
Ilmu yang berkaitan kaedah-kaedah yang dijadikan sebagai perantaraan atau alat untuk mengeluarkan (istinbat) hukum-hukum Contoh: setiap lafaz perintah menunjukkan hukum wajib melainkan ada yang mengalihkannya dari hukum tersebut Firman Allah “Allah dan kerjakanlah solat” setiap tegahan menunjukkan hukum haram melainkan ada yang mengalihkannya dari hukum tersebut Firman Allah “Janganlah kamu dekati zina” Qawaid Fiqhiyyah

5 Pengertian Kaedah Fiqhiyyah (QF)
Prinsip2 Fiqh yang bersifat umum dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan bahagian-bahagiannya. Contoh: Al-Umur bi maqasidiha (setiap perkara bergantung kepada maksud/niat) Ad-dharurah tubeehul mahzurah (keadaan darurat menghalalkan perkara yang ditegah. Qawaid Fiqhiyyah

6 Skop Perbahasan Ilmu UF
Kaedah2 umum yang digunakan oleh ulama’ untuk istinbat (mengeluarkan) hukum. Membincangkan tentang dalil2 zanni dan qat’i Membincangkan sumber2 hukum yang disepakati dan yang tidak Membincangkan lafaz2 yang berbeza dlm al-quran dan sunnah seperti khas, aam, mutlaq muqayyad, mantuq, mafhum sbg Membincangkan istilah2 hukum spt haram, sunnah, rukhsah, azimah dsbg. Membahaskan keadaan mukallaf seperti baligh, berakal, lupa dsbg. Qawaid Fiqhiyyah

7 Tujuan dan faedah Ilmu UF
Mengetahui kaedah2 yang digunakan oleh Ulama’ Istinbat (mengeluarkan) hukum2 baru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman dan tempat. Mengetahui asas dan hikmah dari sesuatu hukum spt: haramnya zina, potong tangan kerana mencuri dsbg Dapat mengetahui pandangan ulama’ dan memilih manakah yang lebih bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah Membantu Ulama’ mujtahid dalam mengeluarkan fatwa. Qawaid Fiqhiyyah

8 Tujuan dan faedah Ilmu QF
Ilmu yang amat penting bagi mujtahid dlam menetapkan hukum Sebagai panduan untuk menetapkan hukum2 pecahan Memudahkan kerja para mujtahid Pecahan dan cabang masalah2 fiqh dapat diketahui melalui QF Salah satu cara untuk mencapai kebaikan dan menolak keburukan Untuk mengetahui cara para mujtahid mengeluarkan hukum Dapat menghayati fiqh Qawaid Fiqhiyyah

9 Perbezaan antara UF dan QF
Usul Fiqh ialah ilmu yang berkaitan kaedah atau metodologi yang digunakan oleh ulama Fiqh untuk mengeluarkan hukum syarak manakala Qawaid Fiqhiyyah pula adalah kumpulan hukum-hukum syarak yang diletakkan dalam satu kategori disebabkan ada titik persamaan yang mengaitkannya kepada satu kaedah UF merupakan satu dasar atau asas untuk istinbat hukum-hukum fiqh yang berbagai-bagai serta ia dapat dikaitkan antara satu sama lain, manakala QF ialah keadah umum yang mana di dalamnya menghimpunkan hukum-hukum fiqh. UF ialah penjelasan tentang masalah-masalah yang mencakupi di dalamnya berbagai dalil tafsili, yang mana dari dalil2 tersebut berkemungkinan dapat dikeluarkan hukum. Manakala QF pula ialah penjelasan berkaitan dengan masalah2 yang timbul di bawahnya yang berkaitan dengan hukum fiqh. Qawaid Fiqhiyyah

10 Sejarah Pertumbuhan Dan Perkembangan QF
Zaman Rasul: Rujukan utama ialah rasulullah s.a.w. Contoh: ayat2 yg bermula dgn “Yasaluunaka” QF telah wujud dalam zaman tersebut tetapi tidak dibukukan. Contoh: Penetapan hukum yang bersifat mudah: Dibolehkan berbuka bagi musafir dan sakit. Mensyariatkan hukum selari dengan kemaslahatan manusia: disyariatkan menziarah kubur setelah ada larangan. Qawaid Fiqhiyyah

11 Sejarah Pertumbuhan Dan Perkembangan QF
Zaman Sahabat: Zaman yang masih berpegang kuat pada AQ dan AS. Mereka berijtihad hanya pada perkara yang tidak ada nas dan hukum dalam kedua sumber Islam iaitu AQ dan AS. Sahabat tidak suka dan tidak digalakkan utk berijtihad. Contoh ijtihad sahabat: Mengumpulkan AQ dalam mushaf Memerangi orang yang enggan mengiktiraf kefardhuan zakat Qawaid Fiqhiyyah

12 Sejarah Pertumbuhan Dan Perkembangan QF
Zaman Tabiien: Zaman bermula penulisan dan pembukuan UF (antara 2-4 hijrah) Zaman lahirnya 2 aliran fiqh: Ahl Ar-Ra’yi Ahl Al-Hadis Antara kitab pertama yang dibukukan ialah kitab Ar-Risaalah karangan Imam Syafiee Qawaid Fiqhiyyah

13 Sejarah Pertumbuhan Dan Perkembangan QF
Zaman Takwin: Tiga kurun Awal Hijrah Zaman Kemantapan: Zaman penyusunan serta pembukuan Zaman terpisahnya ilmu QF secara tersendiri Zaman Mutakhir: Bermula pada kurun ke 13 Qawaid Fiqhiyyah

14 Sumber Ilmu QF Sumber setiap kaedah yang ada dalam ilmu QF terbahagi kepada 3 Pertama: Kaedah yang bersumber dari AQ dan AS Contoh: Firman Allah “Allah telah menciptakan segala apa yang di bumi untuk kamu” Sabda Nabi s.a.w “Setiap yang memabukkan itu haram” Qawaid Fiqhiyyah

15 Sumber Ilmu QF Kedua: Kaedah yang bersumber Ijma’ Contoh:
Ijma ulama mengatakan “laa ijtihad maa an nass” Tidak ada ijtihad jika telah wujud nas Sabda Nabi s.a.w “Setiap yang memabukkan itu haram” Qawaid Fiqhiyyah

16 Sumber Ilmu QF Kedua: Kaedah yang dibuat oleh ulama yang bersumberkan AQ dan AS Contoh: Kaedah ulama mengatakan “Al umuuru bi maqaasidiha” setiap perkara bergantung pada niat. Ianya diambil dari hadis nabi s.a.w “innamal a’maalu binniyyah” sesungguhnya amalan itu bergantung pada niat Kaedah ulama mengatakan “Al-aadah Muhakkimah ” Aadat boleh menjadi hukum. Firman Allah “dan gaulilah mereka dengan makruf” Qawaid Fiqhiyyah


Download ppt "Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google