Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)"— Transcript presentasi:

1 BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)
DR. HASNAH BINTI MOHAMAD

2 Analisis Tatabahasa

3 Unit-unit bahasa yang dianalisis
Unit-unit bahasa yang diberikan tumpuan dalam analisis bahasa ialah perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Perkataan Bentuk bebas yang terkecil, boleh hadir bersendirian, bermakna dalam rangkai kata dan ayat. Dalam BM, perkataan boleh dibentuk melalui proses pengimbuhan, penggandaan, dan penggabungan. Dari segi bentuk, perkataan dalam BM boleh dibahagikan kepada kata selapis, kata berlapis, kata majmuk, dan kata ganda.

4 Unit-unit bahasa yang dianalisis
Kata selapis – kata satu morfem atau kata akar, cth. had, budak, rumah. Kata berlapis – terdiri daripada kata akar yang merupakan morfem bebas dan sekurang-kurangnya satu morfem terikat, cth. berkata, meminum, ketekunan.

5 Unit-unit bahasa yang dianalisis
Kata majmuk – kata yang mempunyai sekurang-kurangnya dua morfem yang bertaraf sama, cth. sukacita, setiausaha Kata ganda – dihasilkan dengan mengulang kata dasar, secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu, cth. kanak-kanak, lelaki,bertubi-tubi

6 Unit-unit bahasa yang dianalisis
Frasa Dalam BM, satu atau lebih perkataan boleh membentuk frasa. Ada empat frasa, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS). (FN) – boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yg berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat, cth. orang Melayu, bangsa Belanda, harimau bintang, pingat emas, batu pengasah, wilayah selatan

7 Unit-unit bahasa yang dianalisis
(FK) – binaan yg terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Cth. Subjek Frasa Kerja Dia sedang tidur. Kami makan ayam goreng itu. Aminah menang. menjalankan tugasnya dengan baik.

8 Unit-unit bahasa yang dianalisis
(FA) – boleh terdiri drp satu kata adjektif atau beberapa perkataan yg mengandungi kata adjektif dan unsur keterangan lain spt kata bantu atau kata penguat. Cth, sangat pandai, baik sungguh, masih kecil lagi, amat kuat sekali, masih sungguh merdu

9 Unit-unit bahasa yang dianalisis
(FS) – binaan dalam ayat yg terdiri drp satu kata sendi nama dan satu frasa nama yg menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Cth, di belakang rumah, dengan belakang parang, dari hujung tanjung

10 Klausa Unit terbesar dalam ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Dalam BM, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu i. Klausa bebas (ayat besar) - berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucap dgn intonasi sempurna. Cth. kamu pandai (Kamu pandai kerana kamu rajin belajar), kami sudah makan (Katakan kepada ibu bahawa kami sudah makan) ii. Klausa terikat (ayat kecil.atau anak ayat) – tidak dapat berdiri sendiri.

11 Ayat Ayat yang lengkap terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam BM, jenis-jenis ayat pada umumnya boleh dibahagikan kepada empat jenis bergantung pada intonasi dan tujuannya, iaitu: Ayat Penyata (ayat berita, ayat keterangan) – Dia wartawan. Abdullah sedang tidur. Ayat Tanya – Adik masih menangis? Ayat Perintah (Suruhan, larangan, silaan, permintaan) – Pergi dari sini! Jangan ambil harta orang. Jemput masuk. Tolong selesaikan tugasan awak pada waktunya. Ayat Seruan (sering menggunakan kata seru spt amboi, wah, cis, eh, syabas, dll. – Comelnya! Amboi, garangnya!

12 Ayat Selapis Ayat Berlapis Ayat Berkait Ayat Bercampur Ayat Ringkas
Dari segi struktur, ayat BM boleh dibahagikan kepada lima jenis, iaitu: Ayat Selapis Ayat Berlapis Ayat Berkait Ayat Bercampur Ayat Ringkas

13 Subjek mendahului predikat Songsang (predikat - subjek)
Ayat selapis: Ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ciri-ciri ayat selapis; Subjek mendahului predikat Songsang (predikat - subjek) Boleh terdiri drp a.penyata, a. tanya, a. perintah, a.seruan, a.pasif, a.aktif.

14 Contoh ; Andrian adik saya (a. penyata) Buku itu saya baca (a. pasif) Itu mereka ? (a. tanya) Awak tolong ke sini (a. perintah) Wah, awak cantik hari ini!(a. seruan)

15 Ayat Berlapis (Ayat Majmuk) – ayat yang dibina daripada 2 ayat yang sama tarafnya. Dihubungkan dengan kata hubung. Cth, Ani dan Ati berbasikal ke sekolah. Ali budak nakal tetapi baik hati.

16 Ayat Berkait – ayat kecil yang berkait dengan satu ayat induk. Cth,
Setelah adik mandi-manda di kolam itu, dia pun naik ke rumah bersalin pakaian. dia (adik) pun naik ke rumah bersalin pakaian. adik mandi-manda di kolam itu. (kata hubung penambat; setelah)

17 Aminah sangat rajin bekerja. (ayat selapis)
Ayat Bercampur – Ayat selapis dengan ayat berkait, ayat berlapis dengan ayat berkait, ayat berkait dengan ayat berkait. Cth; Aminah sangat rajin bekerja dan awak hanya akan dapat menandinginya jika awak rajin bekerja sepertinya. Aminah sangat rajin bekerja. (ayat selapis) awak hanya akan dapat menandinginya jika awak rajin bekerja sepertinya. (ayat berkait) (kata hubung ; dan)

18 Ayat Ringkas – ayat inti atau ayat yg paling ringkas
Ayat Ringkas – ayat inti atau ayat yg paling ringkas. Menjelaskan sst dengan ringkas dan tepat. Cth, Besi ialah logam.

19 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "BAHASA MELAYU TINGGI (BBM3401)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google