Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu"— Transcript presentasi:

1 BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM

2 Pengenalan Undang-undang Melayu wujud sejak pemerintahan kerajaan Melayu Melaka. Lebuh merupakan arahan-arahan atau titah raja kerana pengubalannya dibuat oleh raja. Dengan yang demikian, raja adalah pemutus bagi setiap hukuman Contoh: Hukum Kanun Melaka Undang-undang laut Melaka Undang-undang Pahang Undang-undang Kedah

3 3 kategori undang-undang - R.O.Winstedt
Kumpulan Adat Perpatih – keturunan Minangkabau di N.Sembilan. Dalam bentuk perbilangan Kumpulan Adat Temenggung- terbahagi kepada 3 bahagian: a. hukum mengenai perlembagaan, jenayah dan awam. Banyak memperlihatkan pengaruh Hindu dan syariah Islam

4 b. undang-undang di pelabuhan bagi menjaga kepentingan kapal- kapal dan saudagar.
c. Undang-undang pelayaran atau undang-undang laut 3 Undang-undang Islam- mirip kepada ajaran Shafie dan banyak menghuraikan hal-hal tentang perkahwinan dan cerai talak

5 Undang-undang Melayu lama berbeza di antara setiap negeri.
Dipercayai Hukum Kanun Melaka (HKM) atau Undang- undang Melaka yang tertua, lebih tua daripada Undang- undang Laut Melaka dan Undang-undang Pahang. Acuan bagi membuat undang-undang yang lain. Mengikut Sejarah Melayu- HKM disusun dalam pemerintahan Sultan Muzafar Shah ( TM) tetapi diatur dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah ( TM)

6 Hukum Kanun Melaka(HKM)
Dipercayai dibuat oleh Iskandar Zulkarnian. Dapat dibahagikan kepada 3 bahagian- Prof Taib Osman a. undang-undang berkenaan dengan adat lembaga negeri b. berkenaan dengan perkara-perkara jenayah hukum awam

7 Menerangkan adat-adat raja dan larangannya,tugas-tugas bendahara, temenggung, bendahari dan syahbandar. Fasal satu- larangan kepada rakyat memakai pakaian kuning, pakaian nipis, memakai keris berulu emas dsb. Diterangkan juga empat perkara yang menjadi syarat raja dan hamba iaitu pengampunan, murah hati, sabar dan berlaku adil. Fasal kedua- cara-cara berbahasa iaitu bahasa diraja dan bahasa rakyat

8 Fasal ketiga- larangan kepada rakyat menggunakan payung kuning.
“ …segala orang-orang besar-besar dan orang-orang yang mulia-mulia dan rakyat yang mati tiada boleh berpayung kuning dan berpundai dan menghambur dirham melainkan dengan kurniaan raja…” Fasal keempat – hukum negeri dan anak sungai serta dusun tertakluk pada negeri itu. Fasal kelima- mengenai perbuatan jenayah Fasal keenam- mengenai orang yang mengamuk Fasal ketujuh- hukum membunuh hamba abdi Fasal kelapan hukum menetak orang antara orang yang merdeka dengan hamba abdi. Fasal kesembilan- orang yang berhak membunuh, iaitu Bendahara sewaktu menangkap orang, syahbandar jika arahannya tidak dipatuhi dan nakhoda ketika berada di laut

9 Fasal ke-11- tentang mencuri
Fasal ke-12 hukum menawan anak isteri orang Fasal ke-13 mengenai menjual titah Fasal ke-14 perihal tuduh menuduh dan sangkal menyangkal Fasal ke-16 mengenai fitnah memfitnah Fasal ke -18 hukum membunuh orang dan memasuki kampung orang. Fasal ke-21 tentang kerbau menanduk orang atau membinasakan tanaman. Fasal ke-22 mengenai orang yang menjadi hamba kerana tidak dapat melunaskan hutang. Kesimpulan: HKM meliputi seluruh segi hidup daripada adat raja, larangan, tanggungjawab pegawai hinggalah hukum jenayah dan awam kecuali pembahagian harta

10 Undang-undang Laut Melaka (ULM)
R.O Winstedt- ULM digubal untuk kegunaan kapal-kapal Bugis yang datang berniaga ke Melaka. Prof Taib Osman- ULM untuk keperluan perdagangan ULM dimulai dengan ayat-ayat suci al-Quran.

11 Fasal satu- tentang tugas-tugas pegawai dalam perahu.
Fasal kedua-hukum zina. Hukum berzina boleh dihukum bunuh atau didenda atau dujadikan hamba oleh nakhoda. Fasal ketiga – tentang harta yang dicari. Menjadi milik nakhoda dan diberi kepada pencari atas pertimbangan nakhoda. Fasal keempat, kelima dan keenam – tentang orang lari dari kapal, orang yang ditolong semasa kapal karam dan hukum memaki hamun.

12 Rumusan ULM Meliputi segala perbuatan semasa pelayaran.
Memasukkan unsur Islam seperti muslim hendaklah sentiasa mengerjakan suruhan Allah. Secara tidak langsung menggambarkan kebiasaan raja dan orang-orang besar dalam bidang perniagaan dan menjaga kepentingan diri sendiri

13 Undang-undang Pahang (UP)
Terbahagi kepada tiga bahagian: a. bersangkutan dengan tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai. b. tentang jenayah Hal-hal awam Lebih kemas daripada HKM. Tidak banyak campur aduk dalam satu bab Lebih mirip hukum Islam- lebih menitikberatkan hukum Allah daripada perintah raja

14 Perbezaan dengan HKM- mengenal jual rumah dan tanah.
Berkait rapat dengan pergerakan masyarakat dan membicarakan hak-hak wanita berdasarkan ajaran Islam. Berbeza dengan HKM dalam Fasal kedua- huma yang ditinggalkan selain taman-taman, memasuki kampung orang, pinjam meminjam barang perhiasan, derhaka kepada raja, jual beli, hukum zina, murtad, tidak sembahyang, sabil, bunuh membunuh orang dan binatang dan hal-hal orang- orang islam yang ditawan dalam perang, merampas harta dan tugas pegawai-pegawai mahkamah.

15 Undang-undang Kedah (UK)
Mengandungi empat bab: a. Undang-undang Seri Paduka mengandungi 16 fasal. Tentang hukum pertanian, ternakan dan tugas-tugas ketua kampung yang mengawal keamanan kampung serta dedikasi dan bertanggungjawab, urusan jual beli dan seumpamanya. b. Undang-undang pelabuhan mengandungi 16 fasal – tentang urusan perdagangan, perniagaan di pelabuhan, ketua-ketua yang mengawal perahu dagang dsb. c. Hukum Kanun Dato’ Kota Star menceritakan tugas dan larangan bagi raja-raja dan pembesar negeri. d. Bahagian terakhir- fasal-fasal tentang bunga emas, alat kebesaran kerajaan dan adat meminang.

16 Kesimpulan Undang-undang Melayu lama- - satu hasil sastera yang dapat mencerminkan keadaan hidup dan corak pemikiran masyarakat Melayu lama. Menonjolkan gaya penulisan atau gaya bahasa pada zaman itu.Menggunakan kiasan serta ibarat. Contoh: “Jikalau tiada raja-raja itu nescaya tiada akan tentu ehwal segala rakyat, maka jadilah mereka itu seperti kambing tiada bergembala maka dimakanlah oleh yang kuat akan yang lemah”


Download ppt "BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google