Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Fleksibiliti Dakwah Apakah maksud kreatif?

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Fleksibiliti Dakwah Apakah maksud kreatif?"— Transcript presentasi:

1 Fleksibiliti Dakwah Apakah maksud kreatif? Oleh kerana terdapat bermacam-macam takrif, maka kita cuba melihat dan menilai dari sudut kerja merekacipta atau berkreativiti dengan teliti. Boleh jadi takrif Dr. Ali al-Hamadi yang dinyatakan dalam bukunya yang pertama tentang siri “Kreativiti” ialah yang paling mudah dan umum, iaitu: “Campuran dari khayalan pengetahuan yang fleksibel untuk mengembangkan idea lama atau mengadakan idea baru sekalipun hanya idea kecil yang menghasilkan suatu yang berbeza dan tidak biasa untuk dilaksanakan dan diamalkannya”.

2 Ini bermakna orang yang mampu merangka idea baru atau kreativiti dakwah hanyalah dari individu yang hidup dalam asam garam dakwah, yang melihat keseluruhannya dengan teliti, yang mendorong semangat dan kecintaannya kepada dakwah dan terganggu dengan masalah yang membuatnya berfikir dengan penuh mendalam dan pada waktu-waktu yang tidak biasa manusia untuk memikirkannya. Mungkin dia memikirkannya semasa berjalan kaki di jalanan atau semasa menaiki kenderaan atau ketika bersedia untuk tidur. Ini bermakna individu ini mampu untuk meneliti dan membayangkan. Dia juga mampu untuk menghubungkan satu idea dengan idea yang lain, kerana dia boleh menggugurkan fikrah yang telah Berjaya di dalam lapangan di mana masalah dakwah berlaku. Maka berlaku percampuran secara kimia yang memberikan hasil yang baru dan berguna tetapi dengan teknik yang berlainan yang belum diperkenalkan sebelumnya. Hasil dari teknik ini, ia mampu menyelesaikan masalah dengan kerugiaan yang paling sedikit, memerlukan masa yang paling singkat atau tenaga yang paling minima tetapi mampu mencapai hasil yang lebih baik.

3 Takrif ini juga bermaksud bahawa idea kreativiti dan merekacipta sesuatu yang baru mestilah tidak membawa kesusahan atau membiarkan di dalam kekosongan. Ini bermakna idea itu mestilah sedia untuk dilaksanakan dengan formula tertentu. Formula ini kadang kala menurut nilai agama atau kebiasaan masyarakat atau peraturan-peraturan organisasi yang dilakukan oleh pencetus idea ini.  Ini dari satu segi. Dari segi yang lain, idea itu mestilah terikat dengan formula zaman, tanggungjawab, penghasilan dan kerugian.

4 Ini bermakna sesuatu idea atau kreativiti baru mestilah mempunyai syarat (terikat). Ia sama sekali bukan seperti setengah orang yang bercakap sesuatu idea baru mestilak bebas tanpa sebarang ikatan dan syarat di samping tetap mengiktiraf, bahwa setiap kali bertambah ruang kebebasan yang menggerakkan pencetus idea tentulah mampu mendatangkan kreativiti yang lebih besar. Tetapi setiap kali menyempitkan ruang kebebasan ini, tentulah pencetus idea kreatif akan merasai bahawa minat mereka dibunuh untuk meneruskan idea kreatif.

5 Ciri-ciri pendakwah kreatif
Mana-mana pendakwah mampu menjadi seorang pencetus idea kreatif. Satu-satunya syarat tentang hal ini ialah keinginan dan kemahuan. Selepas itu pendakwah mampu memasuki ke dunia kreativiti dan merekacipta setelah menguasai beberapa kemahiran dan memperolehi beberapa kepuasan iaitu;

6 Keyakinan sepenuhnya bahwa manusia mampu membuat sebaik mungkin
Keyakinan sepenuhnya bahwa manusia mampu membuat sebaik mungkin. Namun semua yang ada biarpun nampak cantik, tetap tidak sunyi daripada kecacatan dan kelemahan. Kita boleh kata bahawa ini idea baru bagi mengatasi kelemahan lama dan menambah baik.  Berani mengkritik reality semasa dan tidak menerima masalah yang terkumpul, penyelesaiannya dan pendedahan kesilapan dan perkara negative. Kemampuan untuk mengadakan jawapan dan cadangan yang pelbagai untuk menyelesaikan satu masalah. Tetap berusaha menyelesaikan dengan cubaan berkali-kali, pelbagai cara dan berterusan. Sekalipun gagal dalam cubaan pertama tetap tidak menyerah kalah, tidak kebosanan dan putus asa setelah berkali-kali gagal atau ada individu di sekelilingnya yang menentang. Pembacaan berterusan dan menganalisa idea-idea berguna daripada mana-mana bidang dan mengaplikasi ke atas reality dakwah jika ianya bersesuaian. Terus berfikr dan berupaya untuk meneliti dan berimaginasi Mendengar pendapat orang lain dan berfikir tentangnya sekalipun pendapat yang asing. 

7 Halangan kerja merekacipta dan berkreativiti di medan dakwah
Hubungan antara pencipta idea kreativiti dan masyarakat adalah melalui hubungan yang saling bertuakr ganti. Apabila pencetus idea kreatif berfikir dan mencipta demi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka sewajarnya masyarakat membantu pencetus idea kreatif dan berada di sampingnya dari sudut maknawi dan material sehingga hasil kreativitinya menyinar. Jika tidak tentulah akal yang kreatif ini mati pada tempatnya atau lari menuju kepada sesiapa yang menerima dan menggalakkannya. Hal ini seperti mana puluhan cendikiawan dan saintis arab yang lari ke Eropah dan Amerika untuk memperolehi hadiah-hadiah dan anugerah dunia yang tidak pernah berlaku. Kita kembali selepasnya mendedahkan mereka kepada masyarakat supaya kita mengiktiraf mereka akhirnya dan berbangga mereka adalah bangsa Arab!

8 Masalah dakwah yang sangat berhajat kepada kreativiti
Di medan dakwah terdapat banyak permasalahan semasa yang perlu kepada akal yang kreatif yang mencari jawapan dan penyelesaian yang bukan tradisional atau cara lama. Di antara masalahnya ialah:

9 Dakwah tidak sampai kepada sasaran tertentu dalam bentuk yang sempurna
Peranan dakwah dalam menyelesaikan masalah akhlak dan pendidikan di dalam masyarakat dalam bentuk yang reality dan berkesan. Tiada persefahaman antara bapa dan anak yang menyebabkan anak-anak hidup diluar lingkungan keluarga mereka dan kehidupan dalam lingkungan masyarakat lebih memudaratkan. Oleh itu dakwah kepada Allah sangat perlu kepada pendakwah yang kreatif dalam semua lapangan amal dakwah untuk membangunkannya dan mencapai matlamatnya kerana kalau berlaku sedemikian tentulah akan membuka lembaran yang baru di mana sebelum itu suatu yang sukar untuk sampai kepadanya.   

10 Fiqh al-Waqie adalah gabungan dua suku kata yang menjadikannya satu Istilah iaitu perkataan fiqh dan waqie. Perkataan Fiqh pada bahasa bererti faham dan waqie bermakna realiti. Maka maksudnya pada bahasa ialah memahami realiti. Perkataan Fiqh atau faqeh dalam pemakaian ulama Usul Fiqh bukan sekadar memahami sesuatu perkara atau hukum secara mudah dan tanpa membuat analisa seperti memahami air boleh menghilangkan dahaga tetapi istilah fiqh atau faqeh di sisi ulama ialah kefahaman mendalam yang berasaskan kepada metodologi ijtihad. Ia adalah kesimpulan dan keputusan  yang lahir daripada usaha yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para ulama bagi memahami sesuatu perkara daripada dalil-dalil, atau petunjuknya yang terperinci secara kritis dan analisis. Oleh itu Fiqh al-Waqie bermaksud memahami realiti atau hakikat sebenar sesuatu perkara setelah diteliti dengan terperinci. Fiqh al-Waqie berkaitan rapat dengan Fiqh al-Maqasid, Fiqh al-Muwazanat dan Fiqh al-Awlawiyat. Fiqh al-Maqasid ialah memahami objektif-objektif Syarak sama ada objektif umum Syariat Islam atau objektif khusus sesuatu hukum. Imam al-Syatibi berkata seseorang itu tidak layak digelar mujtahid sehingga beliau memahami maqasid Syarak.

11 Fiqh al-Muwazanat ialah memahami asas bagaimana membuat pertimbangan dalam menentukan Fiqh al-Awlawiyat. Fiqh al-Awlawiyat ialah memahami keutamaan sesuatu perkara di dalam Syarak. Allah menurunkan al-Quran sebagai hidayah kepada manusia. Di dalam al-Quran terdapat Syariat yang wajib dilaksanakan. Syariat ini diperundangkan sebagai satu metod agar terlaksana objektif-objektif Allah mencipta dan menurunkan manusia ke muka bumi ini. Namun bagi merealisasikan objektif Syarak Allah memwajibkan manusia berusaha dengan menggunakan segala kekuatan yang ada untuk melaksanakannya dengan mengambil-kira realiti kekuatan, kelemahan, cabaran dan peluang yang sedia ada. Oleh kerana objektif Syarak terlalu banyak manusia perlu memahami apakah yang perlu diutamakan dan apakah yang perlu dita’khirkan . Inilah di namakan fiqh al-awlawiyat dan fiqh al-awlawiyat ditentukan berasaskan fiqh al-muwazanat.


Download ppt "Fleksibiliti Dakwah Apakah maksud kreatif?"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google