Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA

2 PENDAHULUAN Secara umum reppertoir komunikatif yang berfungsi dalam kontinum komunikatif sesebuah komuniti bahasa boleh terdiri daripada pelbagai bahasa dan kelainan bahasa sebagaimana yang sudah dihuraikan dalam bahagian 2.4. Memeringkat bahasa dan kelainan bahasa bermakna menyusun lapis bahasa dan kelainan bahasa berdasarkan taraf atau darjat. Menyusun lapis bahasa akan menghasilkan bahasa yang tinggi atau rendah kedudukannya dalam susun lapis yang dibentuk. Pemeringkatan bahasa biasanya dikaitkan dengan fenomena memperuntuk fungsi sosial bahasa berdasarkan konteks situasi. Hal ini berlaku kerana ada bahasa yang dianggap lebih sesuai untuk satu-satu situasi dan ada yang dianggap tidak.

3 Penutur perlu juga mempelajari kelainan yang kedua kerana kedua-dua kelainan bahasa diasosiasikan dengan fungsi sosial yang khusus. Jika ada diglosia dalam masyarakat bahasa maka akan wujudlah kelainan bahasa yang dikatakan kelainan bahasa bertaraf tinggi dan kelainan bahasa bertaraf rendah (Asmah 1992 )dan kedua-dua kelainan ini mempunyai fungsi sosial yang khusus bergantung kepada semua aspek linguistik dan bukan linguistik yang terbabit dalam pertuturan. Istilah diglosia diperkenalkan oleh Charles Albert Ferguson pada tahun 1959. Istilah ini berasal daripada istilah Perancis diglossie yang telah digunakan oleh ahli bahasa Perancis,Marcais. Istilah ini kemudiannya dikembangkan maknanya oleh fishman pada tahun 1967.

4 DIGLOSIA Diglosia bagi ferguson (1959) merujuk kepada penggunaan dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa yang sama dalam keadaan yang berbeza. Pemeringkatan terhadap dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa,yakni satu kelainan bahasa dianggap sebagai kelainan tinggi sementara kelainan bahasa yang lain menduduki gatra kelainan rendah. Hubungan kedua-dua kelainan bahasa dalam diglosia feruson (1959) dijelaskan menerusi 9 topik,yakni fungsi,martabat,tradisi penulisan,pemerolehan,standardisasi,tatabahasa,kosa kata,fonologi dan kestabilan. Bahasa tinggi (selepas ini disebut H ) dan bahasa rendah (selepas ini disebut L ). H hanya sesuai untuk situasi rasmi dan baku persendirian). L pula untuk situasi rasmi dan lebih bebas(juga bersifat awam dan persendirian).

5 Bahasa H dilihat sebagai bahasa yang lebih tinggi martabatnya berbanding L.
Bahasa H dianggap superior,anggun,logik,dan selalu betul berbanding dengan bahasa L yang kadang-kadang kewujudannya pun dinafikan. H biasanya bahasa yang sudah dibakukan (mengalami standardisasi) maka tidaklah sukar untuk mewujudkan kamus khusus ,buku tatabahasa malah panduan sebutan seragam. Bahasa H tidak diperoleh secara ilmiah di rumah,sebagaimana bahasa L. Walaupun bahasa H dan L merupakan dua kelainan daripada satu bahasa namun terdapat perbezaan tatabahasa,kosa kata dan fonologi antara kedua-dua kelainan ini. Nahu L dianggap lebih rumit (kerana tiada panduan tatabahasa) berbanding H.

6 Sistem fonologi H pula biasanya merupakan subsistem kepada sistem fonologi L yang dianggap lebih dasar. Kosa kata H (terutamanya yang memperlihatkan perkembangan ilmu pengetahuan moden) mungkin tidak wujud dalam L. Walaupun perbandingan fungsi,tatabahasa,fonologi,kosa kata,martabat,tradisi penulisan,pemerolehan dan pembakuan memperlihatkan perbezaan antara kelainan H dengan L,tetapi hubungan diglosia H dan L boleh stabil dalam jangka masa yang lama selagi tidak ada perubahan drastik terhadap kedua-dua bahasa ini dan tidak berlaku kebocoran diglosia,yakni apabila fungsi H diambil alih oleh L.

7 Disebabkan cakupan diglosia Ferguson (1959) agak sempit,maka Fishman (1967) telah meluaskan konsep cakupan diglosia Ferguson (1959). Diglosia saranan Fishman mencakup semua hubungan diglosia lain yang tidak dipertimbangkan oleh Ferguson. Namun pengertian asas diglosia tetap sama,. Diglosia wujud apabila terdapat pemeringkatan bahasa kepada kelainan tinggi dan kelainan rendah. Beliau juga bersetuju 9 ciri hubungan diglosia yang disyorkan oleh Ferguson.

8 Diglosia Konsep Ferguson (1959) dikembangkan oleh Fishman (1967) melalui 2 cara:
Pertama; -hubungan diglosia tidak dihadkan kepada hubungan dua kelainan daripada satu bahasa sahaja. -diglosia tetap wujud walaupun hubungan H dan L berlaku antara dua atau lebih daripada dua bahasa yang berbeza. -hubungan ini berlaku apabila satu bahasa dinaikkan tarafnya menjadi bahasa H manakala bahasa (atau bahasa-bahasa) lain yang digunakan dalam komuniti yang sama dianggap bahasa L

9 Kedua; -diglosia mencakup hubungan antara apa jua jenis kelainan bahasa yang dapat dibezakan dari segi fungsi. -hubungan antara kelainan standard dengan bukan standard, angtara satu laras dengan laras yang lain, antara dialek-dialek geografi, antara dialek-dialek sosial, antara gaya dan apa juga jenis bahasa atau kelainan bahasa yang memperlihatkan pemeringkatan kepada H dan L boleh dianggap diglosia (menurut takrif Fishman)

10 PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA
Kedua-dua jenis diglosia iaitu diglosia dwibahasa atau pelbagai bahasa dan diglosia ekabahasa wujud dalam situasi kebahasaan di Malaysia.

11 Diglosia Dwibahasa atau Diglosia Pelbagai Bahasa
Situasi diglosia pelbagai bahasa wujud apabila bahasa Melayu standard dijadikan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, yakni tarafnya dinaikkan menjadi bahasa H. Bahasa rendah (L) pula terdiri daripada bahasa ibunda mana-mana penutur di Malaysia. cth: bahasa Cina, Telugu, Malayalam, Benggali, Punjabi dan bahasa bumiputera di Malaysia. Penutur-penutur bahasa ibunda ini mengiktiraf bahasa Melayu standard sebagai bahasa H

12 Bahasa inggeris tidak dilucutkan serta merta
Pada masa yang sama, bahasa melayu juga sedang dinaik taraf. Bahaa inggeris sebenarnya tidak diturunkan tarafnya menjadi bahasa L. Hal itu berlaku kerana bahasa Inggeris masih memperlihatkan fungsi dan kepentingannya terutamanya dalam situasi rasmi.

13 Pemeringkatan bahasa di Malaysia harus mengambil kira penggunaan bahasa Inggeris ini.
Satu lagi bahasa yang tidak boleh diabaikan ialah bahasa pijin. Bahasa pijin ialah bahasa kacukan yang belum mantap.

14 Secara amnya, bahasa melayu pasar dan bahasa inggeris pasar merupakan dua jenis bahasa pijin yang dimaksudkan Oleh sebab wujud bahasa inggeris dan bahasa pijin dalam komunikasi kehasaan di kalangan rakyat malaysia.

15 Kedudukan bahasa inggeris dan bahasa pijin dalam diglosis di Malaysia dapat digambarkan menerusi dua cara (1) Bahasa Inggeris dapat diletakkan sebagai bahasa pertengahan (M) di antara bahasa Melayu standard (H) dengan semua bahasa bukan bumiputera, bahasa bumiputera (kecuali kelainan bahasa Melayu) dan bahasa kreol di Malaysia yang diberi taraf sebagai sebagai bahasa L1, yakni bahasa rendah sebelum bahasa pijin.

16 Oleh yang demikian bahasa pijin diletak sebagai L2, iaitu bahasa yang terendah dalam pemeringkatan ini seperti yang digambarkan dalam jadual 1

17 Diglosia Pelbagai Bahasa Di Malaysia
Bahasa Melayu standard Bahasa Inggeris Semua bahasa bukan bumi putera, bahasa bumiputeri (kecuali kelainan bahasa Melayu dan bahasa Kreol) Bahasa pijin

18 (2) kedudukan bahasa Inggeris dan bahasa pijin dalam pemeringkatan bahasa di Malaysia dapat digambarkan seperti jadual 2

19 Diglosia Pelbagai Bahasa di Malaysia
HH HL Bahasa Melayu Standart Bahasa Inggeris L LH LL -Semua bahasa bukan bumiputera, bahasa bumiputera (kecuali kelainan bahasa Melayu) dan bahasa kreol -bahasa pijin

20 Diglosia Ekabahasa Wujud apabila satu kelainan bahasa diangkat menjadi bahasa standard (tarafnya H) dan kelainan-kelainan lain daripada bahasa yang sama itu dianggap bentuk substandard atau bukan standard (taraf L) Berlaku dalam beberapa bahasa Austronesia di Malaysia. cth; bahasa Kadazan memiliki bentuk standard. bahasa Iban (dialek standard bagi bahasa Iban ialah dialek Iban Saribas Saratok Diglosia yang paling ketara dalam situasi kebahasaan di Malaysia ialah diglosia dalam bahasa Melayu

21 Pemeringkatan bahasa di Malaysia
-Ciri-ciri hubungan tertentu diglosia merupakan untuk menentukan sama ada sesuatu kelainan itu bertaraf tinggi atau rendah bergantung kepada keadaan sesuatu masyarakat. -Tiap-tiap dialek Melayu di Semanjung Malaysia yang mempunyai sultan memiliki kelainan bahasa: kelainan diraja. -Kelainan bahasa yang digunakan oleah rakyat biasa:kelainan bukan diraja. -Maksud kelainan diraja:hubungan kebahasaan apabila sekurang-kurangnya satu pihak terdiri daripadakeluarga diraja. *ciri kelainan diraja:bahasa yang halus,sopan santun dan adat tertib walau apa pun keadaan.

22 Kelaianan diraja standard:Kelaianan standard yang digunakan dalam bahasa tulisan dan komunikasilisan antara kalangan raja. *Kelainan diraja bukan standard:Kelainan diraja mengikut dialek negeri. -Kelainan bukan diraja: *Maksud:kelainan bahasa Melayu menjadi bahasa H dalam diglosia pelbagai bahasa di Malaysia. *Kelainan ini menjadi bahasa pengantar,diajar di sekolah,bahasa rasmi,bahasa rasmi dan menjadi lingua-franca. -Kelaianan bukan diraja bukan standard: *Maksud:dialek geografi atau daerah bahasa melayu di Malaysia. *Kelainana ini walaupun kawasan pertuturannya yang sebenar bukan ditentukan oleh sempadan politik tetapi ditentukan oleh sempadan lingustik *Digunakan dalam lingkungan interaksi tidak rasmi.Oleh itu taraf kelainan ini diberi L.

23 Kelainan diraja H Kelainan bukan diraja L Kelainan diraja standard
Kelainan diraja bukan standard L Kelainan bukan diraja Kelainan bukan diraja standard (Bahasa Melayu standard) Kelainan bukan diraja bukan standard -Dalam pemeringkatan umum,bahasa Melayu memang rendah daripada kelainan lain,namun bahasa Melayu tidak boleh diletakkan sebagai L kerana peranan yang dimainkan dalam konteks kebahasaan Melayu amat penting. -Contoh:kadang-kadang suatu situasi rasmi yang membabitkan kelainan diraja menggunakan kelainan bukan diraja.

24 Rumusan Situasi pemeringkatan bahasa atau diglosia satu bahasa atau kelainan bahasa dinaik taraf menjadi bahasa atau kelainan H atau L -H digunakan situasi rasmi. -L digunakan situasi tidak rasmi. -Walau bagaimanapun,pemeringkatan umum sebegini hanya memperlihatkan pemeringkatan pada taraf luaran atau superficial sahaja. -Hal ini berlaku kerana situasi kebahasaan yang sebenarnya mungkin terdapat tumpang tindih peranan antara H dan L dan mungkin juga satu bahasa atau kelainan mengambil alih fungsi bahasa atau kelainan yang satu lagi


Download ppt "DIGLOSIA:PEMERINGKATAN BAHASA DI MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google