Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
ITEM SUBJEKTIF
2
ITEM Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan evidens yang diperlukan untuk memberi pertimbangan dalam penaksiran / pengukuran konstruk yang hendak diketahui tahapnya /kehadirannya pada seseorang pelajar
3
JENIS ITEM DUA JENIS: ITEM OBJEKTIF ITEM SUBJEKTIF
4
Ujian pencapaian 1 UNTUK MEMUPUK SEMANGAT CINTAKAN NEGARA, KERAJAAN TELAH MEMPERKENALKAN RUKUN NEGARA Tuliskan rukun-rukun tersebut mengikut urutannya. Tuliskan rukun-rukun tersebut.
5
ITEM SUBJEKTIF Definisi:
Item ini mengundang pelbagai bentuk respons yang betul
6
ITEM OBJEKTIF Definisi:
Item ini mengundang satu respons sahaja yang betul
7
ITEM SUBJEKTIF Ciri Item Subjektif:
Membolehkan calon mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Jawapan yang bersifat polikotomus. Pelajar berfikir secara kreatif dan kritis. Sesuai untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi
8
JENIS-JENIS ITEM SUBJEKTIF
Item Respons Terbuka Item Respons Terhad Berstruktur
9
JENIS-JENIS ITEM SUBJEKTIF
(a) Item Respons Terbuka Memberi kebebasan yang luas kepada calon menggunakan pelbagai pendekatan yang difikirkan sesuai dengan kehendak soalan
10
CONTOH ITEM RESPONS TERBUKA
1. Huraikan hikmah disyariatkan perkahwinan dalam Islam. 2. Terangkan kemajuan yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Ache pada abad ke- 16. 3. Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar.
11
CONTOH ITEM RESPONS TERBUKA
4. Tuliskan satu cerita yang bermula dengan ayat berikut: Pada suatu hari Khalid keluar ke bandar. Di pertengahan jalan dia telah melihat sebuah rumah mula terbakar …
12
ITEM RESPONS TERHAD Menghadkan apa yang harus dijawab berdasarkan skop yang disoal. Boleh dibina dengan tiga bentuk.
13
ITEM RESPONS TERHAD Contoh : 1. Bentuk Soalan:
Senaraikan keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran.
14
ITEM RESPONS TERHAD 2. Bentuk Berpandu. Contoh:
“ Pada kurun ke–16 Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan terpenting” Berdasarkan pernyataan di atas huraikan tiga sebab berlaku demikian
15
3. Bentuk Lengkapkan Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya. Contoh : Sebuah gabus yang diletakkan dalam air akan terapung. Ini kerana …
16
CONTOH ITEM RESPONS TERHAD
1 Nyatakan tiga hikmah beriman kepada Malaikat 2 Perihalkan dengan menggunakan tidak lebih daripada 100 perkataan empat sebab utama mengapa Melaka menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke - 16 3 Tuliskan sebuah karangan berdasarkan jadual di bawah
17
BERSTRUKTUR Item jenis berstruktur ialah satu siri soalan yang berkaitan dengan sesuatu proses yang dikemukakan satu persatu. Jawapan yang diberikan merupakan keseluruhan proses yang berkenaan.
18
BENTUK ITEM BERSTRUKTUR
Terdiri Dari : Pokok / Stem soalan. Set Soalan
19
CONTOH Sebatang lilin yang menyala ditutup dengan sebiji gelas. (a) Apakah yang anda dapat perhatikan selepas satu minit? …………… (b) Mengapakah kejadian di (a) boleh berlaku? (c) Apakah kesimpulan yang dapat anda buat berdasarkan pemerhatian dalam eksperimen di atas?
20
CONTOH ITEM BERSTRUKTUR
2.Qisas dikenakan ke atas penjenayah yang didapati bersalah Apakah maksud qisas Huraikan kesalahan yang boleh dihukum dengan hukum qisas Apakah hukuman ke atas penjenayah selain hukum qisas dalam Islam
21
Peraturan Pemarkahan Peraturan Pemarkahan 1.Adalah dokumen yang mengandungi panduan memberi markah bagi setiap item dalam sesuatu ujian 2. Mengandungi jawapan / contoh jawapan 3.Mengandungi tugasan dan arahan untuk menskor.
22
Tujuan Peraturan Pemarkahan
1.Ketepatan pemberian skor 2.Ketekalan di antara pemeriksa 3.Keadilan bagi setiap calon 4.Matlamat ujian tercapai
23
Kaedah Penyediaan PP 1.Sediakan sebaik sahaja item siap
2.Berdasarkan kata tugas / tugasan 3.Peruntukan markah setimpal dan tekal 4.Berdasarkan respons yang dijangka 5.Arahan jelas dan mudah difahami
24
5.Pastikan arahan membolehkan pemeriksa membuat pertimbangan yang munasabah tapi ada batasan.
6.Tugasan tidak perlu ditulis 7.Jawapan dinomborkan dengan nombor yang sama.
25
Kaedah Penskoran Ada Tiga : ANALITIK
Penskoran diperincikan berasaskan kepada fakta yang diberi ( point Score Method )
26
Kaedah Penskoran Kelebihan : Sesuai untuk pemeriksa yang kurang mahir
2.Dapat menunjukkan dimana kekuatan dan kelemahan calon 3.Lebih tekal
27
Kaedah Penskoran 2.HOLISTIK
Penskoran ini menggunakan pendekatan pemberian skor yang mengambilkira mutu respons secara keseluruhan berdasarkan satu piawai yang telah ditetapkan
28
Cara Pemarkahan Holistik
1. Sebaiknya diperiksa oleh lebih daripada seorang pemeriksa 2. Memerlukan pemeriksa yang benar benar mahir 3. Memerlukan satu proses Kajian Semula Gred 4. Berkemungkinan berlaku Kesan Halo
29
Kesan Halo ( halo – Effect ) Kesan halo merujuk kepada kesan-kesan yang mempengaruhi seseorang pemeriksa sewaktu ia memeriksa kertas-kertas jawapan samada menambah atau mengurangkan markah dari apa yang sepatutnya diberikan.
30
3. OBJEKTIF BERGRED Dilakukan dengan terus memberi skor penuh kepada respons yang betul. Sekiranya skor tidak menepati ketetapan tugasan, skor akan diberi pada peringkat-peringkat yang tertentu.
31
SEKIAN Wassalamu’alaikum wmt wbt.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.