Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEORI-TEORI MOTIVASI KERJA SUKARELA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEORI-TEORI MOTIVASI KERJA SUKARELA"— Transcript presentasi:

1 TEORI-TEORI MOTIVASI KERJA SUKARELA
Apakah yang mendorong seseorang bersukarela? Beberapa teori (hasil kajian oleh pelbagai pihak ) berikut membantu menjawab soalan di atas: Antara teori/rumusan kajian 2 tersebut ialah: ALTRUISME TEORI MODAL INSAN SOSIALISASI TEORI PERTUKARAN TEORI AKTIVITI MOTIF PENCAPAIAN, AFILIASI & KUASA TEORI UTILITI

2 TEORI2.. Auguste Comte, abad ke 19
1. ALTRUISME (Altruism) Auguste Comte, abad ke 19 Tindakan yang tak mementingkan diri sendiri, cetusan dari naluri kebaikan di dalam diri manusia, kesediaan untuk menyumbang tanpa mengharapkan balasan, pengorbanan untuk orang lain

3 TEORI2.. SOSIALISASI (Socialisation) Pertengahan 1900an
Nilai2 disebarkan oleh ibu bapa & rakan2 dan membentuk tingkah laku seseorang Ibu bapa sebagai role model kepada anak2 “Ibu bapa yg terlibat dlm kerja sukarela membentuk/menggalakkan anak2 menjadi sukarelawan”

4 TEORI2.. TEORI AKTIVITI (Activity Theory) 1963, Havighurst et al.
Lebih dlm kalangan orang2 tua – bahawa mereka menua dengan selesa jika terus aktif dan mampu menahan dunia sosial mereka yg menguncup (mengecil)…

5 TEORI2.. TEORI UTILITI (Utility Theory) 1700, Daniel Bernoulli.
Orang memperuntukkan sumber 2nya bagi mendapatkan utiliti yang optimum – mereka bersukarela kerana mendapat kepuasan (utiliti) kerananya (kajian menunjukkan sensasi , keceriaan, kurang tekanan, dan estim-diri meningkat melalui kerja sukarela)

6 TEORI2.. Motivasi bagi sukarelawan ialah pelaburan dalam
TEORI MODAL INSAN (human capital theory) Berdasarkan perhubungan pulangan-kos Motivasi bagi sukarelawan ialah pelaburan dalam penambahan kemahiran, ilmu pengetahuan, kesihatan (Moore, 1995) Juga keputusan utk bersukarela berdasarkan kos- faedah (teori tingkah laku/behaviourist) (Golongan elit bersukarela kerana status & prestij, mereka punya wang & kemudahan utk bersukarela)

7 TEORI2.. TEORI PERTUKARAN (exchange theory)
Asasnya masih kos-faedah (pulangan), tetapi berbeza dgn Teori Utiliti, pulangan di sini lebih besar daripada kos. Seseorang bersukarela kerana didorong oleh keuntungan (wang atau bukan-wang)

8 TEORI2.. MOTIF PENCAPAIAN, AFILIASI & KUASA (Achievement, Affliation & Power motives). Juga disebut teori 3 faktor . Pencapaian – untuk kejayaan! Sukarelawan gemar mengambil tanggungjawab, berinovasi & mementingkan kecemerlangan Afiliasi – lebih mementingkan perhubungan & persahabatan (ingin bersama orang) Kuasa – fokus kpd dampak & pengaruh ke atas orang, pentingkan status & reputasi, suka memberi nasihat, dan memenangi hujah Menurut teori ini, dalam satu2 masa biasanya hanya satu faktor motivasi yang menonjol

9 BERIKAN PANDANGAN ANDA
Mengetahui teori2 di atas membantu pengurus & pemimpin sukarelawan memahami sikap dan kecenderungan sukarelawan, dan mengetahui apa yang perlu dibuat untuk mendorong orang terlibat dalam kerja/khidmat sukarela. Pertimbangkan antara pertolongan spontan (spontaneous helping) dan pertolongan terancang (planned helping) – apakah pro-kontranya? Adakah kerja sukarela sesuatu yang spontan atau terancang?


Download ppt "TEORI-TEORI MOTIVASI KERJA SUKARELA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google