Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 2: MEDIA DAN PEMBANGUNAN
2
Akhbar dianggap sebagai amat berkuasa kerana:-
menentukan apa yang perlu difikirkan oleh pembaca. kuat mempengaruhi tabiat pembaca Bertindak sebagai check and balance dalam menentukan dasar-dasar negara.
3
4. Akhbar ada di mana-mana dan sukar untuk melepaskan diri daripadanya.
5. Akhbar membantu individu menghadapi sebarang perubahan dan perkembangan di sekeliling.
4
6. Akhbar sebagai nadi berita (Martinson & Hindman, 2005; Reagan & Collins, 1987),
7. Tempat untuk khalayak menyuarakan pendapat (Siti Rodziah, 2009).
5
8. Akhbar menyebarluaskan maklumat-maklumat penting (Ishak, 2010).
9. Mengupas isu dengan lengkap (Flanagin & Metzger, 2000).
6
Definisi Akhbar
7
Akhbar adalah terbitan bercetak yang mengandungi pelbagai bahan dan dikeluarkan secara harian, mingguan atau dalam tempoh masa yang tertentu (Mohd Safar, 2004).
8
Akhbar dan Kandungannya
9
1. Berita Berita adalah laporan yang faktual (mempunyai fakta; bukan rekaan atau dongengan), baharu dan menarik minat untuk orang membaca, mendengar dan menontonnya (Chamil, 2008).
10
2. Rencana Rencana ialah karangan yang mengandungi maklumat, ulasan, huraian, atau penceritaan tentang sesuatu perkara yang berasaskan fakta-fakta sebenar.
11
3. Ruangan lidah pengarang/Editorial
Ruangan ini dihususkan kepada pengarang atau ketua editor. Beliau akan membincangkan isu semasa dan memberi pandangan tersendiri berhubung sesuatu isu.
12
4. Kolumnis Adalah ruangan khusus bagi penulis (terdiri daripada pakar ekonomi, politik, kesihatan dan sebagainya) yang ingin menulis secara tetap dalam sesebuah akhbar.
13
5.Surat Pembaca atau forum (pertanyaan, kritikan, pendapat atau cadangan).
6. Kartun dan gambar 7. Iklan
14
Kategori Pembaca Akhbar
15
Menurut Cobb (1986), terdapat 4 kategori pembaca akhbar iaitu:-
1. Heavy Readers Membaca akhbar selama 2 jam Membaca muka hadapan, ruangan editorial dan kolumnis. Menganggap kandungan akhbar lebih lengkap berbanding TV
16
2. Sporadic Readers Membaca akhbar lebih daripada 1 minit hingga 16 minit. Membaca ruangan editorial dan iklan.
17
3. Scanner Readers Membaca kurang daripada 15 minit Hanya mengimbas maklumat
18
4. Apathetic Readers Kurang berminat membaca akhbar Sering menganggap akhbar tiada maklumat dan tidak menyelerakan.
19
Peranan Akhbar terhadap pembangunan masyarakat
20
1. Menyampaikan Maklumat
Seperti perkembangan semasa dalam negara (Mior Kamarul, 2006), berita sukan dan hiburan (D’haene, Jankowski & Heuvelmen, 2004; Mohd Asri, 2002), ramalan cuaca dan maklumat umum (Stempel et al., 2000), berita kemalangan dan konflik (Owens, 2007), bisnes dan sukan (Maier, 2010), isu alam sekitar seperti pengurusan hutan, air, tenaga dan sisa (Mohd Yusof, 2010), dan maklumat iklan sebagai panduan untuk berbelanja (Schlagheck, 1998).
21
2. Sebagai Bahan Rujukan akhbar sebagai sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana, akhbar memiliki kredibiliti yang tinggi (Stroud & Gilliland, 2009), dipercayai dan laporan yang sahih kerana bersumberkan daripada sumber yang boleh dipercayai seperti pemerintah, golongan pakar dan industri (Cozma, 2006).
22
3. Sebagai Pendidik Akhbar juga berperanan sebagai media pendidikan tidak formal bagi mendidik orang ramai seperti isu alam sekitar. Bagi membolehkan orang ramai menjadi prihatin dalam aspek-aspek pemeliharaan pengurusan alam sekitar dan mempunyai kesedaran alam sekitar.
23
4. Saluran meluahkan masalah
Akhbar menyediakan satu ruangan khas kepada rakyat. Melalui ruangan khas ini, rakyat boleh mengadu mengenai sesuatu isu. Pendek kata, akhbar merupakan wadah untuk rakyat meluahkan masalah mereka.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.