Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 10: Teori Persuratkhabaran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 10: Teori Persuratkhabaran"— Transcript presentasi:

1 UNIT 10: Teori Persuratkhabaran

2 PENGENALAN Apabila kita membicarakan soal fungsi akhbar dan isu kebebasan akhbar, kita perlu melihat sistem akhbar dari sudut empat teori akhbar yang utama.

3 Empat teori akhbar telah diperkenalkan oleh Fred S
Empat teori akhbar telah diperkenalkan oleh Fred S.Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm pada tahun 1956 di dalam buku mereka yang bertajuk “Four Theories of the Press”.

4 Menurut mereka, ideologi dan sistem politik negara menyebabkan wujud model media yang unik yang menjelaskan mengapa satu-satu institusi media itu menjalankan fungsi tertentu.

5 Empat teori tersebut ialah:-
Autoritarian, Libertarian, Tanggungjawab Sosial dan Soviet Komunis

6 1. Autoritarian Teori ini mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-15 England, Perancis dan Sepanyol. Ketika itu, pemerintah terdiri daripada kerajaan beraja iaitu Raja adalah pemerintah tertinggi negara.

7 Ketika itu, raja melihat akhbar sebagai amat berkuasa kerana kemampuannya:-
•Menarik dan mengarahkan perhatian •Memujuk pendapat dan anggapan •Mempengaruhi pilihan dan sikap •Memberikan status •Medefinisikan dan membentuk persepsi

8 Oleh kerana fobia dan takut pada bayang-bayang sendiri, raja menentukan apa yang akan diterbitkan atau disebarluaskan dengan kebenaran terlebih dahulu.

9 Menurut teori ini:- 1. Akhbar berperanan menjelaskan kepada rakyat apa yang pemerintah mahu rakyat tahu. Segala maklumat yang disampaikan kepada rakyat sudah ditentukan oleh pemerintah.

10 2. Akhbar harus mengesahkan kebenaran berita yang disediakan oleh pemerintah.

11 3. Raja berhak untuk menapis berita yang ingin diterbitkan.

12 4. Jika melanggar peraturan, lesen boleh ditarikbalik atas budi bicara raja.

13 2. Libertarian Sistem ini wujud di England pada akhir abad ke-17. berkembang ke Amerika Syarikat dan benua Eropah pada abad ke-19

14 Dipelopori oleh ahli falsafah John Milton
Dipelopori oleh ahli falsafah John Milton. Konsep Libertarian bererti manusia sebagai individu yang rasional hendaklah bebas mencari kebenaran.

15 Idea asas sistem ini ialah masyarakat bukanlah penerima maklumat yang pasif tetapi aktif, mereka mampu membezakan antara yang betul dan salah.

16 Menurut teori ini:- a. Akhbar bukan alat kerajaan. Akhbar harus bebas daripada penguasaan dan pengaruh kerajaan. Semua golongan masyarakat mesti berpeluang membaca akhbar.

17 b. Media bebas tidak tertakluk kepada kerajaan tetapi ia hendaklah berautonomi, bebas bersuara. c. Akhbar dikuasai oleh wartawan dan golongan media

18 3. Tanggungjawab Sosial Berkembang pada pertengahan kurun ke-20 di Amerika Syarikat apabila Suruhanjaya Hutchins dibentuk untuk mengkaji kedudukan kebebasan media.

19 Asas kemunculan teori ini adalah kebimbangan terhadap kuasa media yang bercorak monopoli kesan daripada teori Libertarian.

20 Melalui teori ini muncul golongan pemilik dan pengurus media
Melalui teori ini muncul golongan pemilik dan pengurus media. Mereka menentukan apa yang sepatutnya disiarkan kpd orang ramai.

21 4. Komunis-Soviet Berkembang daripada teori autoritarian. Menentang teori libertarian. Berasaskan ideologi Marx, Lenin dan Stalin. Didokong oleh pemerintah diktator parti komunis di Soviet Union.

22 Akhbar berfungsi sebagai alat untuk pemerintah seperti dalam teori autoritarian. Akhbar dimiliki oleh kerajaan.

23 Akhbar ‘bebas’ melahirkan apa juga ‘kebenaran’ yang dianggap sebagai kebenaran oleh parti (yang memerintah).

24 Hanya maklumat dan idea yang diputuskan pemerintah akan sampai kepada orang ramai melalui saluran rasmi negara.

25


Download ppt "UNIT 10: Teori Persuratkhabaran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google