Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Sajak kijang yang lelah
Nama ahli kumpulan : nurul fadatul faiqah maisarah Nabil aiman Danish saufi
2
Kijang yang lelah Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarya menguncup di perdu harap Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
3
Maksud sajak Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Rangkap 4
Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan berasa dipinggirkan. Rangkap 2 Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau. Sang kijang yang uzur masih mempunyai harapan untuk menjadi ketua kembali Rangkap 3 Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua walaupun lelah dan tidak berdaya sementara mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya. Rangkap 4 Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras
4
Tema Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.
5
persoalan Ketabahan hidup dalam meneruskan kehidupan
Sikap berhati-hati dalam melakukan tindakan Kewarasan berfikir dalam menempuhi cabaran dan rintangan Keupayaan yang lemah bukan penghalang mencapai sesuatu yang diinginkan
6
nilai Ketabahan Berhati-hati/ Berwaspada Berhamah tinggi
Bersemangat tinggi
7
pengajaran Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup
Kita hendaklah berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara Kita hendaklah menggunakan akal yang waras ketika membuat keputusan Kita hendaklah bersemangat tinggi untuk mengubah kehidupan yang lebih baik.
8
Gaya Bahasa Gaya Bahasa Metafora: Sebak menyentap dahan kalbu
Personifikas: Daun Resah mula berguguran Responsi (perulangan perkataan di tengah baris): Suara nyaringnya tidak gah bergema Dia tidak lagi mampu menobat betakhta Asonansi(e): Diredah belantara yang mula teduh Aliterasi (h): Rima Akhir
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.