Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SANTAP ISTIADAT TINGKATAN 3

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SANTAP ISTIADAT TINGKATAN 3"— Transcript presentasi:

1 SANTAP ISTIADAT TINGKATAN 3
NO. KUMPULAN : 2 NAMA AHLI : ALIFF AQMAR ADAM ZIKRY MUHD AKMAL MUHAMMAD FAHMI

2 PENGENALAN Syair merupakan sejenis puisi berlagu. Berasal dari parsi dan telah dibawa masuk ke nusantara bersama-sama dengan kedatangan islam. Ia telah diubah suai mengikut kesesuaian Bahasa melayu klasik ketika itu. CIRI-CIRI SYAIR Terdiri daripada 4 baris rangkap Tidak mempunyai pembayang Setiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris - baris dahulu Bilangan perkataan adalah sama iaitu 4 perkataan dan suku kata dalam satu baris

3 SYAIR Santap beradat, santap istiadat, Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormat; Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan siuman, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi — Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua; Dua suap, ketiga sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan. Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam.

4 TEMA Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu

5 PERSOALAN Persoalan adab sopan ketika makan Persoalan keutamaan tatacara dan tatatertib semasa menjamu selera Persoalan kesederhanaan ketika menjamu selera

6 GAYA BAHASA Anafora – santap beradat,istiadat,raja di majlis kebesaran Repetisi – santap beradat,istiadat Bahasa istana - santap Inversi Metafora – di dalam riwayat zaman yang silam Unsur bunyi – asonansi,aliterasi

7 NILAI Sopan – santun Kepatuhan Kesederhanaan

8 PENGAJARAN Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika makan Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan Kita mestilah besederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau bernafsu


Download ppt "SANTAP ISTIADAT TINGKATAN 3"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google