Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSudomo Susman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
EDU 3053 TOPIK 5: ASAS GRAFIK PENSYARAH:
Puan Nor Risah Jamilah bt. Mat Lazim PEMBENTANG: Ummu Imara binti Mohd Sabri Nur Saidatun Nisa binti Abdul Aziz
2
PENGENALAN ASAS GRAFIK
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. Grafik sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital. Perkataan grafik berasal dari perkataan Greek iaitu Graphikos yang bermaksud lukisan. Grafik merupakan bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar Grafik dapat dirumuskan sebagai satu seni yang menggabungkan tulisan dan lukisan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan jelas.
3
PRINSIP-PRINSIP GRAFIK
Kesatuan Penegasan Pergerakan Keseimbangan Kontra Harmoni
4
1- KESATUAN Merupakan elemen yang digunakan dalam setiap reka bentuk visual yang bersesuaian dengan tema dan mesej yang hendak disampaikan. Sesuatu yang mengaplikasikan prinsip kesatuan haruslah menunjukkan hanya satu item atau satu maklumat yang jelas dalam satu rekaan visual. Contoh:
5
2- Penegasan Merupakan pusat tumpuan atau fokus utama.
Objek atau item utama mestilah ditampilkan dengan jelas agar dapat dilihat dan difahami maksudnya oleh audien.
6
3- Pergerakan Pergerakan boleh dilihat melalui pola atau corak berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu reka bentuk. Melalui pergerakan ia dapat; - Menarik penglihatan mata ke arah item yang utama. - Menggerakkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sehingga sampai ke titik permulaan semula. Contoh:
7
4- Keseimbangan Keseimbangan memainkan peranan dalam sesuatu struktur binaan atau reka bentuk. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan
8
5- Kontra Kontra terjadi apabila wujudnya 2 elemen yang berbeza.
Terdapat 4 kaedah yang biasa digunakan untuk menunjukkan kontra iaitu saiz, nilai, warna dan fon. Kontra boleh menambah keceriaan kepada sebuah rekaan. Kontra dapat membantu sesuatu karya menjadi lebih menarik dengan membuat tajuk berita dan subtajuk berita lebih menonjol. Contoh:
9
6- Harmoni Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang seimbang dan mempunyai perhubungan Harmoni dapat memberikan rasa yakin dan pasti kepada audien kerana mereka dapat melihat hubungan antara elelmen-elemen. Contoh:
10
REKA BENTUK VISUAL Visual ialah bahan media pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat, atau berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Dengan ertikata lain, visual adalah media berbentuk paparan interaktif. Alat komunikasi yang lebih konkrit atau baik berbanding komunikasi verbal. Dalam P&P penggunaan bahan visual sangat penting. Namun keberkesanan visual bergantung kepada reka bentuk dan kualiti visual itu sendiri.
11
Contoh 1:- Mengapakah kebanyakkan restoran makanan segera dicat dengan warna merah dan kuning?
12
Contoh 2:- Apakah yang anda dapat fahami daripada illustrasi berikut?
13
Jenis visual Slaid Projektor Video dan televisyen carta Poster Model
Papan tulis
14
Visual terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
Visual tayangan adalah seperti transperensi dan OHP, projektor slaid, kamera video serta video dan televisyen. Visual tayangan Visual bukan tayangan adalah seperti carta, poster, papan tulis dan model. Visual bukan tayangan
15
Elemen grafik yang wujud dalam sesebuah visual
Warna Garisan Jalinan Ruang Reka letak Bentuk Rupa Ilustrasi Huruf
16
Elemen Dalam Rekabentuk Visual
Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu: 1) Ruang Ruang sangat mempengaruhi penghasilan sesuatu rekabentuk BBM. Sebelum memuatkan sesuatu, ia haruslah dirancang agar isi yang ingin diketarakan supaya tidak kelihatan terlalu longgar, kosong atau terlalu padat dan sesak. Tanpa ruang visual tak dapat dihasilkan.
17
2) Garisan Garisan adalah elemen yang harus juga diambil perhatian kerana ia boleh menghasilkan bentuk kecil, besar, tebal, halus dan seumpamanya. Garisan juga berperanan bagi perhubungan dan dapat menunjukkan arah pandangan seseorang terhadap apa yang dilihat mengikut susunan. Contoh: - -Garisan melintang :kestabilan dan ketenangan - Tegak : Kekuatan - Pepenjuru : Gerakan dan dinamik - Garisan berserabut : menunjukkan kekusutan - Garisan : mengambarkan bentuk/objek - Garisan :menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.
18
Contoh penggunaan garisan
Garisan tegak dan melintang Garisan condong
19
3) Warna Warna juga merupakan elemen yang amat penting dalam sesebuah visual. Digunakan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Warna dapat memainkan peranan penyatuan, penumpuan dan perseimbangan dalam visual BBM. Seseorang itu harus memahami konsep warna terlebih dahulu untuk menggunakannya (melibatkan pengetahuan ketagori warna, sama ada sejuk atau panas).
20
4) Jalinan atau permukaan
Jalinan merupakan kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda, seperti kesan pada permukaan kulit durian, kulit rambutan, tapak kasut, kulit kayu, bulu kucing, belang pada harimau dan lain-lain. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu :- i) Jalinan Sentuhan - Merupakan kesan permukaan yang dapat dilihat dan dirasa melalui sentuhan seperti, permukaan batu, kulit kayu, kulit kerang - Jalinan sentuh dapat dipindahkan ke permukaan 2 dimensi melalui beberapa teknik seperti capan, cetakan, gosokan dan sebagainya. i) Jalinan Tampak Merupakan kesan jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasa melalui sentuhan seperti, sayap rama-rama, kulit tembikai, kertas pembalut hadiah, kertas dinding, corak tekstil dan sebagainya.
21
5) Bentuk - Sebenar/konkrit :- Bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar, tinggi seperti kerusi dan meja. - Tiruan/ilusi :- Bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar foto dan lukisan yang ada bayangan. 6) Ilustrasi - Ilustrasi memainkan peranan yang penting dalam penghasilan sesebuah visual dan reka bentuk grafik. - Ilustrasi boleh dibuat dalam bentuk sebenar gambar rajah atau dalam bentuk efek dan abstrak. - Contoh : Clipart terdiri daripada ilustrasi-ilustrasi kecil dan menarik.
22
7) Huruf Matlamat reka bentuk grafik bukan hanya semata-mata untuk meletakkan teks pada sesuatu halaman tetapi bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang lebih tepat dan berkesan. Pemilihan fon, saiz, jajaran dan warna memainkan peranan penting dalam sesebuah reka bentuk. 8) Reka Letak Reka Letak adalah merupakan lakaran awal tentang bagaimana sesuatu rekaan itu akan kelihatan apabila ia telah siap dibina. Elemen kecil yang terdapat dalam reka letak seperti kepala surat, tulisan, gambar, sempadan dan pelbagai lagi. Sekiranya terdapat masalah semasa proses reka letak, maka susunan semula akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
23
9) Rupa Rupa adalah lakaran sesebuah bentuk yang menzahirkan tentang latar belakang kweujudan corak dan binaan elemen-elemen grafik. Rupa menjadi asas utama dalam reka bentuk grafik yang terdiri daripada angka dan bentuk yang menjadi logo ilustrasi dan elemen-elemen yang pelbagai yang terdapat dalam pelbagai jenis. Kunci kepada sesebuah reka bentuk yang berjaya ialah penggunaan garisan, warna, saiz dan lain-lain sifat rupa di dalam sesebuah susun atur.
24
PERALATAN PENGHASILAN GRAFIK
Bagi grafik berkomputer, peralatan ynag digunakan dalam menghasilkan karya grafik ialah sistem komputer dan peranti periferalnya. Kemahiran pengendalian peralatan digolongkan kepada dua jenis iaitu; 1- Pengendalian perkakasan 2- Pengendalian perisian Pengendalian perkakasan; 1- Perkakasan asas sistem komputer 2- Tablet grafik dan pena 3- Pengimbas 4- Pencetak 5- Pemplot
25
Perkakasan untuk memaparkan imej;
1- Kamera digital 2- Projektor LCD Pengendalian perisian diperlukan sebagai pelengkap suatu sistem komputer. 1- Penyuntingan grafik 2- Penyuntingan foto 3- Pemorfan 4- Pemandang grafik
26
KESAN PENGGUNAAN GRAFIK DALAM P&P
Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur Membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan
27
Rujukan Norasiah Abdullah,Nor Risah Jamilah Mat Lazim,Rosnah Ahmad Zain.(2010).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Yusup Hashim. (2002). Teknologi Pengajaran. Penerbit Fajar Bakti sdn.bhd.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.