Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Penulisan Karangan
2
Komponen Karangan Karangan yang ditulis terdiri daripada tiga komponen: pengenalan,isi dan kesimpulan. Karangan yang ditulis mestilah mempunyai tidak kurang daripada lima isi. Setiap isi perlu ditulis dalam satu perenggan dan mestilah dihuraikan dengan jelas, dan disertai satu contoh atau bukti untuk mengukuhkan isi dan huraian.
3
Perenggan Pengenalan Merupakan pendahuluan karangan yang menggambarkan keseluruhan topik yang hendak dibincangkan. Biasanya mempunyai satu perenggan pengenalan sahaja. Untuk menulis perenggan pengenalan dicadangkan menggunakan sekurang- kurangnya empat ayat, iaitu A1, A2, A3 dan A4, seperti berikut:
4
A1:. satu penyataan yang fokus kepada isu/
A1: satu penyataan yang fokus kepada isu/ tema/topik yang dibincangkan atau merujuk kepada penyataan yang dikemukakan dalam soalan karangan. A2: satu isu semasa yang berkaitan dengan isu/ tema/ topik. A3: pendapat tokoh, terutama Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau tokoh akademik A4: pendapat pelajar tentang isu/ tema/ topik
5
Bentuk Pendahuluan Pendahuluan karangan
- Terdapat 9 bentuk pendahuluan yang digunakan dalam perenggan pengenalan karangan: 1) definisi bermula dengan takrifan/huraian ringkas tentang tajuk yang dipilih. sesuai untuk karangan berunsurkan penulisan akademik spt rencana, peribahasa,pendapat, perbincangan.
6
2) pendapat tokoh mengemukakan pendapat tokoh-berkaitan dengan tajuk perbincangan. sesuai untuk karangan jenis huraian atau perbahasan. 3) suasana/gambaran menceritakan keadaan persekitaran,keadaan manusia, sesuai untuk karangan jenis gambaran 4) persoalan iaitu pertanyaan pada awal permulaan, diikuti huraian dengan maksud merangsang pembaca memahami tajuk yang diperkatakan.
7
5) peribahasa/ pepatah/ cogan kata
terbentuk apabila memulakan ayat perenggan pendahuluan sama ada dengan peribahasa, pepatah, atau cogan kata kemudian diikuti perkara yang ingin diperkatakan 6) Latar belakang sejarah memasukkan ayat yang menggambarkan satu peristiwa bersejarah mengandungi nama tokoh, tarikh atau tempat.
8
7) Huraian Fakta mengandungi nama orang, nama tempat, tarikh, penemuan sains,peristiwa atau butiran lain yang betul dan tepat. sesuai untuk semua jenis karangan spt perbincangan, pendapat, komen, rencana, perbahasan, surat kiriman dan wawancara. panduan menulis: fakta yang hendak dihuraikan mesti berkaitan dengan kehendak atau tema soalan. fakta yang diberi hendaklah berdasarkan pengetahuan.
9
fakta hendaklah logik fakta yang diberi hendaklah dikaitkan dengan topik perbincangan/ kata kunci karangan. Contoh soalan: Kes keracunan makanan sering dilaporkan dalam akhbar dan televisyen. Lebih menyedihkan kita apabila keracunan makanan melibatkan pelajar sekolah. Bincangkan usaha-usaha menangani keracunan makanan yang berlaku.
10
Contoh pendahuluan jenis huraian fakta:
Pada tahun 2007 telah dilaporkan sebanyak 13 kes keracunan makanan berlaku di sekolah. Pada tahun 2008 pula dilaporkan sebanyak 11 kes keracunan makanan telah berlaku.Berdasarkan jumlah kes keracunan makanan yang telah berlaku….
11
8) Tajuk berita yang mengandungi laporan sesuatu kejadian atau peristiwa. sesuai untuk karangan jenis perbincangan, komen dan rencana. berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat pendahuluan dalam bentuk tajuk berita: peristiwa dan kejadian hendaklah mempunyai kaitan dengan tema soalan. terdapat tarikh, tempat dan masa peristiwa atau kejadian yang dilaporkan. peristiwa atau kejadian boleh berupa peristiwa atau kejadian benar atau rekaan.
12
Contoh soalan: Kes keracunan makanan sering dilaporkan dalam akhbar dan televisyen. Lebih menyedihkan kita apabila keracunan makanan melibatkan pelajar sekolah. Bincangkan usaha-usaha menangani keracunan makanan yang berlaku. Contoh pendahuluan jenis berita: 17 September 2008, Jasin. Dua belas orang murid dari SK Hj.Limin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah…
13
9) Puisi diwujudkan dengan ayat yang mengandungi pantun, sajak, puisi atau ungkapan dua tiga baris sebagai usaha menarik tumpuan pembaca.
14
induktif (huraian – contoh/bukti – isi karangan)
Perenggan Isi Tiga elemen yang perlu dimasukkan ialah isi utama, huraian dan contoh (bukti) yang sesuai dengan isi. bentuk isi: induktif (huraian – contoh/bukti – isi karangan) deduktif (isi karangan – huraian – contoh/bukti)
15
Perenggan Kesimpulan membuat kesimpulan tentang keseluruhan perbincangan dalam karangan tersebut. Terdapat empat ayat yang dapat digunakan, iaitu: A1: Kesimpulan tentang keseluruhan perbincangan A2: Cadangan pelajar tentang isu yang dibincangkan. A3: Harapan pelajar jika isu itu diselesaikan. A4: Penegasan pelajar dan dikaitkan dengan soalan karangan.
16
Latihan Hubungan kekeluargaan dalam kalangan masyarakat di negara kita semakin lama semakin longgar.Pelbagai faktor diperkatakan telah menyebabkan hal ini terjadi. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.