Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
KATA-KATA
2
sajak Kalau kita dicerca dengan kata jangan kita diam tak terkata pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata kalah kita janganlah kerana putus kata dengan kepantasan kata daripada kepala kita merdeka bukan kerana senjata kita merdeka kerana bijak kata aduhai anakanda kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata
3
Maksud setiap rangkap Rangkap 1: Kita perlulah mempertahankan maruah diri dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah sekiranya dihina orang. Rangkap 2: Apabila diherdik, kita mestilah berusaha untuk mempertahankan maruah. Rangkap 3: Martabat bangsa dan kedaulatan negara dapat kita pertahankan dengan menggunakan kebijaksanaan berhujah dan berfikir. Rangkap 4: Kemerdekaan yang kita kecapi ialah hasil kebijaksanaan para pemimpin kita berhujah dan berunding. Negara kita mencapai kemerdekaan bukannya melalui pertumpahan darah. Rangkap 5: Penyajak menyeru generasi muda agar menggunakan kebijaksaan berhujah jika menginginkan kehidupan mereka lebih terjamin.
4
Tema Tema sajak ini ialah maruah dan jati diri yang perlu dipertahankan dengan kebijksanaan kata-kata.
5
Persoalan Kebijaksanaan berjuhah amat diperlukan agar tidak mudah ditewaskan musuh. Perundingan dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Kebijaksanaan berhujah mampu mengangkat martabat bangsa dan negara. Keberanian berdebat secara bijak.
6
Bentuk Berbentuk bebas. Terdiri daripada lima rangkap.
Rangkap pertama mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai empat baris, rangkap kedua mempunyai empat baris, rangkap mempunyai dua baris, dan rangkap kelima mempunyai tiga baris. Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris Terdiri daripada empat hingga lima belas suku kata sebaris. Rima akhir rangkap pertama ialah aaaa, rima akhir rangkap kedua aaaa, rima akhir rangkap ketiga ialah aaaa, rima akhir rangkap keempat ialah aa, dan rima akir rangkap kelima ialah aaa.
7
Unsur-unsur Bunyi Asonansi(perulangan vokal a). Contohnya: lawan kata dengan kata jangan kerana putus kata, Aduhai anakanda. (perulangan vokal e). Kira merdeka bukan kerana senjata. (perulangan vokal u). Contohnya: kalau hidup mahu terbela. Aliterasi(perulangan konsonan k). Contohnya: kita merdeka kerana bijak kata. (perulangan konsonan h). Contohnya: pertahankanlah maruah kita. (perulangan konsonan p). Contohnya: dengan kepantasan kata daripada kepala
8
Gaya Bahasa Anafora(perulangan kata pada awal baris). Contohnya, kata ini pada rangkap ketiga baris 1 dan 2; frasa kita merdeka pada rangkap keempat baris 1 dan2. Epifora. Contohnya, kata pada rangkap pertama baris 1,2 dan 4;kata kita pada rangkap ketiga baris 1 dan 2. Sinkope. Contohnya, tak.
9
Nilai Keberanian. Contohnya, berani dalam mempertahankan hujah.
Kebijaksanaan. Contohnya, bijak berfikir dan berhujah. Kegigihan. Contohnya, tidak mudah berputus asa. Patriotisme. Contohnnya, mempertahankan martabat dan kedaultan bangsa.
10
Pengajaran Kita hendaklah bijak dan berani mempertahankan hujah.
Kita hendaklah gigih mempertahankan maruah diri dan maruah negara. Kita perlulah berhujah denga cara bijaksana.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.