Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA"— Transcript presentasi:

1 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 MINGGU 14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI MALAYSIA (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

2 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 PENGENALAN Semua individu wajar dimotivasikan menggunakan kebolehan dalaman masing-masing. Hal ini kerana banyak gangguan yang dialami dalam sebarang situasi boleh mempengaruhi pemikiran, emosi dan tingkah laku pelajar. Weiner dan Kukal (1970) menyatakan bahawa orang yang mempunyai motivasi yang tinggi mempunyai tanggapan bahawa mereka mempunyai kebolehan yang tinggi dan keadaan yang berlaku sebaliknya bagi mereka yang mempunyai motivasi yang rendah.

3 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 KONSEP MOTIVASI Faktor-faktor yang memberi tenaga dan arah kepada tingkah laku. Seseorang individu yang bermotivasi akan terlibat secara lebih aktif dan lebih berkesan berbanding dengan individu yang tidak bermotivasi (Atkinson et, al, 1983) Keadaan dalaman yang menggerakkan dan memberi arah kepada pemikiran, perasaan dan tingkah laku ke arah pencapaian matlamat (pemuasaan keperluan). (Ma’arof Redzuan & Haslinda Abdullah, 2001) Kecenderungan yang wujud dalam diri individu yang dapat mempengaruhi pemikiran dan tingkah lakunya. (Shahbuddin Hashim & Dr. Rohizani Yaakub, 2003)

4 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Motivasi merupakan unsur yang amat penting dalam menggerakkan dan merangsang pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Lazimnya motivasi yang berkesan akan menghasilkan satu dorongan yang bermakna dan berfaedah kepada pelajar ke arah pencapaian sesuatu matlamat tertentu, termasuklah mengubah sikap, minat dan tingkah laku. Motivasi adalah pendorong kepada individu untuk melakukan sesuatu atas kehendak diri sendiri.

5 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 KEPENTINGAN MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA Menentukan tujuan pembelajaran Menarik minat dan perhatian MOTIVASI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA Keperluan terhadap motivasi berterusan Mewujudkan dorongan untuk bersaing

6 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Motivasi penting dalam pembelajaran bahasa kerana jika individu bermotivasi rendah, sebanyak mana pendedahan yang diberikan tidak akan berjaya dalam pembelajaran mereka. Sebaliknya jika individu bermotivasi tinggi, pembelajaran bahasa lebih mudah dan kemungkinan untuk berjaya amat besar. Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran bertujuan untuk menggerakkan individu melakukan sesuatu aktiviti yang faedah kepadanya. Motivasi ini dirangsang melalui pengiktirafan, pujian, insentif dan sebagainya.

7 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Motivasi intrinsik diwujudkan daripada rangsangan dalaman iaitu dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Bruner (1966) mengaitkan intrinsik dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Contoh, seorang pelajar ingin mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan kerana ingin memenuhi keperluan “kejayaan” atau kesempurnaan kendiri. Brown (1980) semasa membincangkan motivasi terhadap pembelajaran bahasa kedua mengatakan bahawa motivasi sering dinilai semasa menghuraikan kegagalan atau kejayaan melakukan sesuatu tugas yang sukar. Hal ini sebenarnya tidak keterlaluan kerana banyak kajian dalam bidang pembelajaran membuktikan motivasi sebagai kunci pembelajaran.

8 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Gardner dan Lambert (1972) menggolongkan motivasi kepada dua jenis, iaitu motivasi instrumental dan motivasi integrati. Motivasi instrumental jika tujuan mempelajari bahasa kerana nilai ultilitari semata-mata, misalnya untuk berjaya dalam peperiksaan, melanjutkan pelajaran ke luar negara atau mendapatkan pekerjaan yang baik. Motivasi integratif sekiranya tujuan individu itu mempelajari bahasa untuk membolehkannya berintegrasi dengan ahli masyarakat bahasa tersebut. Individu boleh dimotivasikan secara intrinsik dan ektrinsik bergantung kepada situasi pembelajaran yang terdapat di persekitarannya yang penting ia perlu digandingkan bagi memastikan ketekalan minat dan kesungguhan dalam menguasai bahasa itu tidak kecundang (Jeniri Amir, 2005)

9 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Pengaruh Motivasi guru MOTIVASI kerajaan Ibu bapa pelajar

10 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Tanggungjawab dan Peranan Guru Guru BM seharusnya mengubah sikap pelajar melalui teknik mengajar, nasihat, tarikan personaliti dan peribadi guru serta kaedah psikologi boleh menarik minat pelajar dan mengubah sikap negatif mereka (Abd. Aziz Abdul Latif, 2000).Bahan pengajaran guru harus disesuaikan dengan peredaran masa, latar diri pelajar dan sebagainya. Kita harus mengubah suasana dan pendekatan pengajaran bahasa supaya menjadi aktiviti yang membuatkan pelajar berupaya menggunakan bahasa dan mengembangkan penggunaan bahasa. (Ahmad Khair Mohd. Nor, 2004) Aspek yang tidak boleh diabaikan dalam konteks pembelajaran bahasa adalah penentuan matlamat dan objektif pembelajaran bahasa diadakan kepada pelajar.

11 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Tanggungjawab dan Peranan Ibu bapa Ibu bapa wajar menanam sikap budaya membaca di kalangan anak-anak mereka bermula di rumah dengan memberi teladan yang baik. Ibu bapa menjadi role model di rumah dengan memperlihatkan contoh-contoh yang dapat menggerakkan motivasi budaya membaca anak-anak mereka. Sikap pelajar lazimnya dipengaruhi oleh sikap ibu bapa dan sekiranya ibu bapa bersikap positif terhadap sesuatu, mereka cenderung untuk menanamkan sikap yang serupa pada anak-anak. Oleh sebab itu, tidak mustahil dalam hal ini ibu bapa turut mempengaruhi motivasi anak-anak mereka terhadap BM. (Mohd. Yusuf Mohd. Ali, 2000)

12 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Tanggungjawab dan Peranan Pihak Kerajaan Motivasi dari segi politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan dilaksanakan untuk menguasai bahasa. (Jeniri Amir, 2005) BM bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar di institut sekolah dan pengajian tinggi tetap dijamin. BM perlu diberi penghormatan dan kedudukan sewajarnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di negara ini (Datuk Seri Hishammuddin, BH, 13 September 2005)

13 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Dasar Pelajaran Negara menetapkan syarat BM wajib lulus dalam peperiksaan awam, BM sebagai syarat lulus memasuki IPT dan memasuki pasaran kerja di sektor awam dsb. Sejak kelulusan dalam BM dengan kepujian pada peringkat SPM dijadikan syarat lulus peperiksaan dan mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan kerajaan, maka satu nilai ekonomi yang tinggi telah ada pada BM. Orang telah berlumba-lumba untuk lulus peperiksaan BM. (Abdullah Hassan, 1989:32)

14 M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA
BBM5401 Tanggungjawab dan Peranan Pelajar Penguasaan BM yang baik menunjukkan jati diri sebagai rakyat Malaysia di samping membantu meningkatkan ilmu pengetahun dan seterusnya dapat menimbulkan rasa cinta dan bangga kepada negara. Satu gerakan menyeluruh harus dibuat bagi memupuk perasaan cinta BM sebagai bahasa identiti rakyat negara ini. Rakyat wajar bangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka, memiliki kefasihan tinggi, sedia memberi penghormatan, serta gembira mempromosikan di mana saja (Datuk Seri Hishammudin, BH: 13 September 2005) Sikap pelajar yang menganggap BM itu mudah kerana bahasa itu bahasa yang digunakan dalam perhubungan harian, perlu dikikis sama sekali (Abd. Hamid Mahmood, 1990)


Download ppt "M14 FAKTOR MOTIVASI DAN PENGARUHNYA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google