Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
DEFINISI EJENSI HARTA TANAH
Lecturer : Tuti Haryati Binti Jasimin Ext : 4768 Room no : LBP-01C
2
Contents DEFINISI EJENSI HARTA TANH JENIS-JENIS EJENSI HARTA TANAH
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN EJENSI HARTA TANAH PROSEDUR PENDAFTARAN EJEN HARTA TANAH
3
DEFINISI EJENSI HARTA TANAH
Definisi Ejen Harta Tanah (Real Estate Agent): Sek 2, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981: Bertindak atau mengemukakan diri seseorang kepada orang ramai sebagai bersedia bertindak untuk upah sebagai seorang ejen berkenaan dengan sesuatu jualan atau lain-lain pelupusan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya atau lain-lain pengambilan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya atau berkenaan dengan pemajakan atau penyewaan tanah dan bangunan dan mengenai apa-apa kepentingan di dalamnya.
4
Definisi Ejen Harta Tanah Tidak Sah (Illegal Estate Agent)
Sek 22C, Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, 1981: Tiada seseorang pun yang boleh menjalankan amalan sebagai Ejen Harta Tanah, Ejen Perumahan, Ejen Harta, Ejen Tanah atau perkataan-perkataan lain yang seperti dengannya melainkan ia seorang Ejen Harta Tanah Berdaftar.
5
Chamber Twentieth Century Dictionary mendefinisikan Ejen Harta Tanah sebagai ‘pengurus harta tanah’ atau ‘pihak tengah dalam penjualan harta tanah’ manakala Ejensi Harta Tanah bermaksud ‘perniagaan yang dijalankan oleh pengurus harta tanah ataupun perniagaan sebagai orang tengah dalam penjualan harta tanah’ Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan disini bahawa Ejen Harta Tanah adalah merupakan seseorang yang bertindak bagi pihak kliennya di dalam urusniaga atau rundingan berkenaan dengan jualan, pembelian penyewaan atau pemajakan melalui perjanjian.
6
JENIS-JENIS EJENSI HARTA TANAH
Terdapat enam (6) jenis ejensi harta tanah: i) Ejensi Eksklusif (Exclusive Agency) Merujuk kepada keadaan dimana hanya seorang ejen harta tanah berdaftar dilantik oleh klien untuk mewakili pihaknya dalam urusniaga ke atas harta tanahnya. Pihak klien boleh mengemukakan cadangan pihak yang berminat dengan urusniaga tetapi akan menyerahkan proses penyempurnaan urusniaga kepada ejen yang telah dilantik.
7
II) Ejensi Tunggal (Sole Agency)
Ejensi ini adalah sama seperti Ejensi Eksklusif dimana hanya seorang ejen harta tanah berdaftar yang dilantik. Walau bagaimanapun bagi Ejen Tunggal, pihak klien mempunyai hak untuk menyempurnakan urusniasa di samping mengemukakan cadangan pihak yang berminat dengan urusniaga. Perundingan juga boleh dibuat di bawah agensi ini untuk klien mendapatkan diskaun ke atas yuran profesional yang dikenakan bilamana klien memainkan peranan yang aktif dalam urusniaga.
8
III) Ejensi Gabungan Tunggal (Sole Joint Agency)
Ejensi ini adalah merujuk kepada keadaan dimana hanya seorang ejen harta tanah berdaftar dilantik dan klien bekerjasama dengannya sebaagi satu kumpulan atau pasukan. Yuran profesional adalah dibahagikan mengikut formula yang telah dipersetujui terlebih dahulu. Klien mempunyai kelonggaran untuk melantik ejen tambahan disamping masih menikmati kelebihan memiliki seorang ejen di bawah pengawalannya.
9
Iv) Ejensi Gabungan (Joint Agency)
Jenis agensi ini adalah merujuk kepada keadaan di mana lebih daripada seorang ejen harta tanah yang dilantik dan hanya ejen yang berjaya menyerpurnakan urusniaga sahaja yang akan dibayar yuran profesional. Pada kebiasaannya jumlah bilangan ejen yang dilantik adalah terhad dan setiap ejen yang dilantik mengetahui tentang perlantikan ejen-ejen yang lain.
10
V) Berdasarkan Sementara (Ad Hoc Basis/ Open Listing)
Ejensi jenis ini adalah merujuk kepada keadaan dimana jumlah ejen harta tanah berdaftar yang dilantik adalah tidak terhad di atas “ad hoc” (sementara). Bayaran yuran profesional hanya dibayar kepada ejen yang berjaya menyempurnakan urusniaga.
11
Vi) Co-broking Dikenali juga sebagai co-agency. Ejen mendapatkan bantuan daripada ejen lain dan yuran profesional akan dibahagikan bersama. Boleh dilakukan samada dengan ejen dalaman atau ejen luar. Pihak Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah, Malaysia maklum akan jenis ejensi ini. Akan tamat berdasarkan perjanjian diantara kedua-dua pihak ejen ataupun timbulnya salahlaku di antara salah satu pihak.
12
KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN EJENSI HARTA TANAH
Urusniaga yang melibatkan harta tanah adalah komplek sebagaimana kompleknya sifat harta tanah itu sendiri. Harta tanah terdiri daripada pelbagai jenis bermula daripada tanah pertanian, rumah kediaman sehinggalah kepada kondominium dan kompleks pernigaan. Setiap harta tanah memerlukan kepakaran tertentu terutamanya berkaitan dengan aspek perundangan dan pentadbiran harta tanah, kemahiran rundingan, sistem percukaian, polisi-polisi semasa kerajaan dan sebagainya. Transaksi harta tanah melibatkan sejumlah wang yang banyak dan tidak semua orang mampu untuk memilikinya. Oleh itu, strategi pemasaran yang berkesa dan meluas serta penglibatan masa yang panjang sebelum sesuatu transaksi boleh disempurnakan menyebabkan klien memerlukan seseorang bertindak mewakili pihaknya dalam urusan tersebut. Keperluan ejen harta tanah yang mempunyai pengetahuan luas dalam bidang yang disebutkan adalah diperlukan bagi memastikan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam transaksi adalah terjamin.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.