Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN"— Transcript presentasi:

1 MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN
Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara-perkara tersebut adalah: Peranan Norma Status Kuasa Kepercayaan.

2 Peranan Ellis & Fisher (1994) menyatakan peranan timbul lantaran apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari kita. Terdapat 3 kategori peranan: Peranan tugas kelompok Peranan pemelihara kelompok Peranan individu.

3 Peranan Peranan boleh diperolehi secara formal atau tidak formal.
Peranan (1) dan (2) adalah peranan yang berkaitan dengan matlamat kumpulan (matlamat pencapaian dan matlamat penjagaan kumpulan) Matlamat pencapaian adalah hasil yang diinginkan (produk- berkaitan dengan keberkesanan kumpulan) Matlamat penjagaan kumpulan adalah merujuk pada usaha mengendali, mengukuh dan mensejahterakan kumpulan (jaga hubungan).

4 Peranan Tugas Kelompok
Contoh peranan tugas kelompok: Membuat keputusan Menyelesaikan masalah Mencetuskan idea-idea baru Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli dalam melaksanakan tugas ini adalah:

5 Peranan Tugas Kelompok (samb.)
Perintis-penyumbang Pencari informasi Pencari pendapat Pemberi informasi Penerang Penyimpul Penyalaras-penyatu

6 Peranan Tugas Kelompok (samb.)
h. Pengarah i. Pembantah j. Penilai-pengkritik k. Pendorong l. Petugas Teknik m. Pencatat

7 Peranan Pemeliharaan Kelompok
Peranan yang dimainkan oleh ahli untuk memelihara hubungan emosional. Ahli wajar bertindak sebagai: Penggalak Pelerai-pendamai Pengkompromi Pengawal Pengasas Piawai Pengikut

8 Peranan Individu Satu usaha individu dalam kumpulan untuk memenuhi keperluan peribadi yang tidak relevan dengan tugasan kumpulan atau matlamat kumpulan. Individu seperti ini selalunya bertindak sebagai: Penyerang Penghambat Pencari nama

9 Peranan Individu (samb.)
d. Pengungkap diri e. Peleser f. Penindas g. Pencari simpati

10 Norma Kumpulan Peraturan atau piawai yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan proses pencapaian matlamat kumpulan Norma yang menjadi amalan akan membudaya dalam kumpulan Norma menyatakan apa yang elok dan tidak elok, apa yang sesuai/tidak sesuai dan apa yang perlu dan tidak perlu.

11 Norma Kumpulan (samb.) Terdapat 2 kategori norma:
Bertulis: norma yang dibentuk secara formal. Misalnya polisi/undang-undang atau perlembagaan kumpulan Tidak bertulis: norma yang dibentuk secara tidak formal. Misalnya hukum sosial; memerhati perlakuan orang lain

12 Norma Kumpulan (samb.) Keakuran kepada norma berlaku apabila:
Kejelasan penyataan norma serta hukumnya jika dilanggar Bilangan anggota yang telah menerima dan memperakuinya ramai Kualiti hubungan interpersonal yang baik Kekuatan semangat kekitaan Mahu bersama dalam kumpulan dalam jangka masa yang lama

13 Status dalam kumpulan Kedudukan sosial atau kepentingan ahli dalam sesebuah kumpulan Tinggi atau rendah status ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi cara bercakap Kajian Beebe & Masterson (1994) mendapati:

14 Status dalam kumpulan (samb.)
Orang berstatus tinggi lebih berkomunikasi daripada orang berstatus rendah Orang berstatus tinggi suka berkomunikasi dengan orang berstatus tinggi Orang berstatus tinggi lebih berpengaruh membuat keputusan Orang berstatus rendah lebih mengarahkan komunikasinya kepada orang berstatus tinggi Ramai ahli tidak menghiraukan komen/pendapat orang berstatus rendah.

15 Kuasa dalam kumpulan Pengaruh di dalam kumpulan yang mampu menimbulkan ketundukan /keakuran Terdapat 5 jenis kuasa: Kuasa koersif: ganjaran/hukuman kpd ahli Kuasa keahlian: ada pengetahuan, kepakaran, pengalaman, ketrampilan atau kemampuan

16 Kuasa dalam kumpulan (samb.)
3. Kuasa bermaklumat: mempunyai maklumat kritikal dan terbaru yang amat diperlukan oleh ahli 4. Kuasa rujukan: idola (kerangka rujukan untuk menilai diri; menjadi teladan) 5. Kuasa undang-undang: kedudukan formal yang diperolehi hasil dari lantikan, atau peraturan telah menetapkan ahli perlu akur kepada arahan.

17 Kepercayaan dalam kumpulan
Kewujudan saling mempercayai antara ahli sehingga dapat menjalinkan kemesraan dalam kumpulan Komunikasi yang dilakukan tidak berkesan bukan kerana mesej tidak difahami dan tidak didengar, sebaliknya kerana tidak mahu percaya kepada apa yang disampaikan. Keraguan terhadap diri komunikator.


Download ppt "MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google