Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Tafsir Surah Al-Layl
2
Topik Perbincangan Latar Belakang Surah Munasabah Surah
Kandungan Surah Tafsir & Ulasan Ayat
3
Latar Belakang Surah Merupakan surah Makkiyah.
Dinamakan bersempena dengan pembukaan ayat Al-Layl, yang merupakan kata sumpah. Al-Layl bermaksud waktu malam, apabila ia menyelubungi segala-galanya. Surah ini menyentuh tentang yang yang bakhil, maka wajarlah dimulai dengan menyebut waktu malam yang menggambarkan kegelapan.
4
Munasabah Surah Surah Al-Syams Surah Al-Layl
Menyentuh tentang ciri-ciri orang yang menjadikan dirinya dengan iman dan amal kebajikan. Menyatakan sifat-sifat yang membawa kejayaan dan ciri-ciri yang mencetuskan kekecewaan.
5
Kandungan Surah Usaha serta amalan manusia serta balasannya pada hari akhirat Golongan beriman – Melakukan membelanjakan harta dan infaq Golongan kufur – Bersifat bakhil serta tidak mengharapkan pertolongan Allah Kategori manusia yang terbahagi kepada dua kumpulan: Penjelasan tentang balasan golongan yang pemurah dan bakhil
6
Al-Layl 1-4 وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى 1 وَالنَّهَارِ إِذَا تَجَلَّى 2
وَمَا خَلَقَ الذَّكَرَ وَالْأُنثَى 3 إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى 4 1. Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya), 2. dan siang apabila ia lahir terang-benderang; 3. Demi Yang menciptakan (makhluk-makhlukNya) lelaki dan perempuan, (jantan dan betina); - 4. Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya.
7
Tafsir & Ulasan Maksudnya sebagaimana beza waktu malam dan siang, begitu juga dengan lelaki dan perempuan. Amalan seseorang hamba juga berbeza-beza, ada yang bermanfaat, ada yang merosak. Ada yang bahagia, ada juga yang sengsara, ada yang ke syurga ada juga yang ke neraka. Malam dan siang mempunyai tingkatan kegelapan dan keterangan, begitulah juga manusia.
8
Tafsir & Ulasan Merenung perbezaan waktu malam dan siang, mengapa disebut malam dahulu? Sesiapa yang mengatur malam dan siang, sehingga ia sangat teratur lagi sangat tepat perjalanannya. Memikirkan bagaimana terdapat beza lelaki dan perempuan? Sedangkan keduanya dari sumber yang sama iaitu benih lelaki dan telur wanita. Siapa yang mengatur dan menentukannya?
9
Al-Layl 5-7 فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى 5 وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى 6
فَأَمَّا مَن أَعْطَى وَاتَّقَى 5 وَصَدَّقَ بِالْحُسْنَى 6 فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْيُسْرَى 7 5. Jelasnya: adapun orang yang memberikan apa yang ada padanya ke jalan kebaikan dan bertaqwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya), - 6. serta ia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik, 7. maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga).
10
Sebab Turun Ayat 5 Dari Amir Bin Abdullah Bin Zubayr katanya: “Bahawa Abu Bakar r.a. memerdekakan hamba-hamaba yang memeluk Islam di Mekah. Beliau telah memerdekakan golongan yang lemah dan wanita apabila mereka memeluk Islam.” Abu Quhafah bapanya berkata: “Wahai anakku, aku dapati engkau telah memerdekakan manusia yang lemah. Bagaimana kalau engkau memerdekakan lelaki yang gagah, mereka boleh berada di sisimu dan mempertahankanmu dan membelamu.” Maka Abu Bakar menjawab: “Memang benar ayahku, aku hanya mencari keredhaan Allah.” Maka turunlah ayat ini. Hadith riwayat Imam Al-Hakim.
11
Tafsir & Ulasan Maksudnya sesiapa yang menafkahkan hartanya dan menghindari larangan Allah. Allah akan memudahkan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim dan menyediakan mereka pedoman. Ia juga bermaksud kemudahan yang berganda. Kemudahan Allah adalah bersyarat dengan pengamalan manusia.
12
Al-Layl 8-11 وَأَمَّا مَن بَخِلَ وَاسْتَغْنَى 8 وَكَذَّبَ بِالْحُسْنَى 9 8. sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, - 9. serta ia mendustakan perkara yang baik,
13
Al-Layl 8-11 فَسَنُيَسِّرُهُ لِلْعُسْرَى 10 وَمَا يُغْنِي عَنْهُ مَالُهُ إِذَا تَرَدَّى 11 10. maka Sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; 11. dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke Dalam azab seksa hari akhirat)?
14
Sebab Turun Ayat 8 …Ibn Abbas menyatakan bahawa ayat ini diturunkan ke atas Umayyah Bin Khalaf.
15
Tafsir & Ulasan Maksudnya barangsiapa yang bersikap bakhil, tidak peduli ganjaran Allah dan pembalasa akhirat. Maka Allah menyediakannya kesempitan, dan kesukaran dalam melaksanakan kebaikan. Harta yang disimpan juga tidak mampu menyelamatkan mereka dari neraka. Apabila kebaikan dan keburukan disertakan dalam satu ayat, maka kemudahan itu bermaksud untuk keduanya sekaligus.
16
Tafsir & Ulasan Ayat-ayat ini dan sebelumnya bermaksud mengajurkan usaha dan ikhtiar sebelum menyerahkan hasil usaha kepada Allah. Dari Sayyidna Ali: “Kami bersama di perkuburan Baqi’ dalam satu pengebumian jenazah”, maka Rasulullah bersabda: “Setiap orang dari kamu telah ditulis tempatnya di syurga dan neraka. Para sahabat bertanya: Apakah tidak boleh kita menyerah sahaja? Rasulullah bersabda: Beramallah, kerana setiap orang dipermudahkan ke arah tempat tujuan masing-masing kamu dijadikan.” Kemudian Baginda pun membaca: firman Allah (AL-Layl 5-11).
17
Al-Layl 12-13 إِنَّ عَلَيْنَا لَلْهُدَى 12 وَإِنَّ لَنَا لَلْآخِرَةَ وَالْأُولَى 13 12. Sesungguhnya tanggungan Kamilah memberi hidayah petunjuk (tentang yang benar dan yang salah). 13. dan Sesungguhnya Kamilah yang Menguasai hari akhirat dan alam dunia.
18
Tafsir & Ulasan Maksudnya Allah yang bertanggungjawab menjelaskan jalan yang petunjuk serta jalan yang sesat, halal ataupun yang haram., kebenaran dan kebatilan. Ia terlaksana melalui para utusan para Rasul dan dengan menganugerahkan manusia akal fikiran serta potensi untuk beramal. Sesiapa yang mengabaikannya, dia yang akan memikul kesannya.
19
Tafsir & Ulasan Maksudnya Allah yang menguasai segala yang berkaitan dengan akhirat dan segala yang berkaitan dengan alam dunia. Sesiapa yang menginginkan salah satu atau keduanya hendaklah dia meminta Allah dan tidak mencari selain-Nya.
20
Al-Layl 14-16 فَأَنذَرْتُكُمْ نَارًا تَلَظَّى 14 لَا يَصْلَاهَا إِلَّا الْأَشْقَى 15 الَّذِي كَذَّبَ وَتَوَلَّى 16 14. maka (serentak dengan memberi hidayah petunjuk) Aku juga telah memberi amaran mengingatkan kamu akan api neraka yang marak menjulang, 15. Yang tidak akan menderita bakarannya melainkan orang yang sungguh celaka, - 16. Yang telah mendustakan (kebenaran) dan berpaling ingkar.
21
Tafsir & Ulasan Maksudnya Allah memperingatkan diri manusia tentang bencana api neraka yang amat besar, bergejolak dan menjulang tinggi. Maksud yang paling celaka di sini ialah yang masuk dan kekal di dalamnya. Mereka telah medustakan Allah dan Rasul-Nya dan mengingkari segala apa yang disampaikan.
22
Al-Layl 17-21 وَسَيُجَنَّبُهَا الْأَتْقَى 17 الَّذِي يُؤْتِي مَالَهُ يَتَزَكَّى 18 وَمَا لِأَحَدٍ عِندَهُ مِن نِّعْمَةٍ تُجْزَى 19 17. dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, - 18. yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya, 19. sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut dibalas,
23
Al-Layl 17-21 إِلَّا ابْتِغَاء وَجْهِ رَبِّهِ الْأَعْلَى 20 وَلَسَوْفَ يَرْضَى 21 20. hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha tinggi; 21. dan Demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
24
Sebab Turun Ayat 17 Dari ‘Urwah katanya: “Abu Bakar telah memerdekakan sembilan orang hamba. Semua mereka diazab kerana memeluk agama Allah. Maka turunlah ayat menegaskan bahawa Abu Bakar tidak mendapat sebaliknya.” Hadith riwayat Ibn Abi Hatim. Maka Allah berfiman (Al Layl: 17)
25
Sebab Turun Ayat 19 Dari Ibn Abbas katanya: …”Kemudian Bilal ditangkap dan disiksa di tengah panas. Beliau tetap menyatakan: Esa, Esa. Apabila Rasulullah melihat Bilal disiksa.” Baginda menyatakan kepadanya: “Engkau akan diselamatkan oleh Yang Esa.” Kemudian Rasulullah memberitahu Abu Bakar yang Bilal disiksa. Kerana pertahankan aqidahnya. Sejurus kemudian Abu Bakar membawa sekati emas dan membebaskan Bilal dengan emas tersebut. Golongan Musyrikin berkata: “Abu Bakar bebaskan Bilal kerana terhutang budi padanya.” Maka turunlah ayat (Al Layl: 19) Hadith riwayat Imam Bazzar.
26
Tafsir & Ulasan Maksudnya orang yang paling bertakwa dan menghindari kekufuran akan dijauhkan dari api neraka. Yang dimaksudkan dengan orang yang paling bertakwa di sini ialah Abu Bakar As-Siddiq Walaupun ia diturunkan ke atas Abu Bakar, namun ia membawa hukum dan makna yang khusus. Termasuk pada contoh Abu Bakar r.a. yang menggunakan seluruh hartanya untuk mendukung Rasulullah dan kepentingan dakwah.
27
Tafsir & Ulasan Ia turun ke atas Abu Bakar yang menebus Bilal dari Umayyah Bin Khalaf dengan harga yang mahal. Sehingga dituduh Abu Bakar memerdekakan Bilal kerana membalas budi. Ini dibantah oleh Allah (Ayat 19-20) Maksudnya Abu Bakar tidak memerdekakan Bilal kerana membalas budi, tetapi kerana mengharapkan keredhaan Allah.
28
Tafsir & Ulasan Awal surah ini menampilkan aneka sumpah untuk menekankan usaha manusia yang bermacam. Akhirnya pun berbicara tentang hal tersebut sambil menampilkan contoh salah satu usahan manusia terpuji yang menafkahkan hartanya ke jalan Allah.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.