Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5"— Transcript presentasi:

1 KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5

2 STANDARD PRESTASI: TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1
Menyenaraikan item penerimaan dan pembayaran serta item hasil dan belanja bagi kelab dan persatuan 2 Menerangkan maksud Pendapatan Hasil dan Pendapatan Modal, Perbelanjaan Hasil dan Perbelanjaan Modal, Lebihan dan Kurangan serta Dana Terkumpul 3 Menyediakan Akaun Penerimaan dan Pembayaran dalam bentuk T dan format Penyata dan Akaun Yuran Ahli 4 Menganalisis jumlah jualan dan belian, belanja berkaitan dan melengkapkan Akaun Perdagangan dalam bentuk T dan format Penyata 5 Mentaksir untung atau rugi aktiviti berskala dan Sana terkumpul Menentukan perbelanjaan hasil dan pendapatan hasil dan melengkapkan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan dan bentuk T dan Penyata 6 Menghasilkan Penyata Kewangan Kelab dan Persatuan dalam bentuk T dan format Penyata

3 PENGERTIAN KELAB DAN PERSATUAN
Kelab dan persatuan ialah organisasi bukan perniagaan yang tidak bermotif untung. Tujuan penubuhan kelab dan persatuan adalah untuk menyediakan kemudahan dan menjaga kepentingan dan kebajikan ahli. Kelab dianggotai oleh sekurang-kurangya 7 orang ahli

4 SUMBER UTAMA KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
Sumber utama kewangan kelab dan persatuan ialah yuran keahlian. Contoh sumber kewangan lain kelab dan persatuan ialah: Yuran pendaftaran/yuran masuk Yuran pertandingan Kutipan jualan pestaria Sewa diterima kerana penyewaan kemudahan kelab Derma Jualan aset bukan semasa yang terpakai Faedah atas pelaburan Keuntungan perniagaan yang dikendalikan oleh kelab dan persatuan seperti kantin, restoran dan kedai buku

5 TATACARA PENUBUHAN KELAB DAN PERSATUAN
Mengadakan mesyuarat penubuhan Menetapkan nama pertubuhan, alamat berdaftar dan melantik Ahli-Ahli Jawatankuasa Penaja Menetapkan undang-undang perlembagaan pertubuhan Mendaftarkan pertubuhan dalam system eROSES Menyemak permohonan pendaftaran selepas bayaran Fi dibuat

6 Perakaunan Kelab dan Persatuan Perakaunan Entiti Berasingan
PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN PERAKAUNAN BAGI ENTITI PERNIAGAAN Perakaunan Kelab dan Persatuan Perakaunan Entiti Berasingan Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Penyata Penerimaan dan Pembayaran. Akaun Penerimaan dan Pembayaran digunakan sebagai sumber untuk menyediakan Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Semua penerimaan dan pembayaran tunai direkodkan dalam Buku Tunai. Imbangan Duga yang disediakan merupakan sumber untuk menyediakan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi.

7 Perakaunan Kelab dan Persatuan Perakaunan Entiti Berasingan
PERBEZAAN ANTARA PERAKAUNAN KELAB DAN PERSATUAN DENGAN PERAKAUNAN BAGI ENTITI PERNIAGAAN Perakaunan Kelab dan Persatuan Perakaunan Entiti Berasingan Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Lebihan diperoleh jika pendapatan hasil melebihi belanja hasil Kurangan diperoleh jika belanja hasil melebihi pendapatan hasil Komponen Penyata Kedukukan Kewangan Aset Liabiliti Dana terkumpul Aset – Liabiliti = Dana terkumpul Semua pendapatan dan perbelanjaan hasil direkodkan dalam Penyata Pendapatan Untung bersih diperoleh jika pendapatan hasil melebihi belanja hasil Rugi bersih diperoleh jika belanja hasil melebihi pendapatan hasil Komponen Penyata Kedudukan Kewangan Aset Liabiliti Ekuiti pemilik Aset – Liabiliti = Ekuiti pemilik

8 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
Akaun Penerimaan dan Pembayaran merupakan penyata yang menunjukkan semua penerimaan dan pembayaran dalam suatu tahun kewangan tertentu. Akaun ini merupakan ringkasan Buku Tunai yang menghitung baki akhir tunai di tangan. Format Akaun Penerimaan dan Pembayaran adalah seperti yang berikut.

9 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

10 AKAUN PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN

11 JENIS-JENIS YURAN Yuran masuk
Dikategorikan sebagai pendapatan hasil atau pendapatan modal bergantung pada dasar sesebuah kelab dan persatuan. Jika yuran masuk dikategorikan sebagai pendapatan hasil, butir ini dikreditkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Jika yuran masuk dikelaskan sebagai pendapatan modal, maka butir ini akan ditunjukkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan iaitu ditambahkan kepada dana terkumpul.

12 JENIS-JENIS YURAN Yuran tahunan/ bulanan
Merupakan yuran yang dibayar oleh ahli pada setiap tahun atau bulan. Dianggap sebagai pendapatan hasil dan dikreditkan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Yuran pertandingan Merupakan yuran yang dikenakan apabila menyertai pelbagai aktiviti pertandingan anjuran kelab dan persatuan.

13 JENIS-JENIS YURAN Yuran belum terima
Yuran tahun perakaunan semasa yang masih belum diterima sehingga tarikh akhir tahun perakaunan semasa Direkodkan sebagai aset semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Yuran belum terperoleh Yuran tahun akan datang yang telah diterima pada tahun perakaunan semasa Direkodkan sebagai liabiliti semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan

14 JENIS-JENIS YURAN Yuran lapuk
Yuran tertunggak pada tahun perakaunan yang lepas yang dihapuskan dalam tahun perakaunan semasa kerana tidak dapat dikutip daripada ahli-ahli Direkodkan di bahagian belanja hasil dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan.

15 FORMAT AKAUN YURAN

16 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Merekodkan item pendapatan hasil dan belanja hasil yang berlaku bagi sesuatu tempoh perakaunan. Semua pendapatan hasil akan dicatatkan di bahagian pendapatan dan semua belanja hasil akan dicatatkan di bahagian perbelanjaan. Selain daripada pelarasan dalam Akaun Yuran, akaun-akaun lain perlu dibuat pelarasan untuk mendapatkan jumlah yang sebenarnya patut dipindahkan ke dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Lebihan = Pendapatan hasil > Belanja hasil Kurangan = Belanja hasil > Pendapatan hasil

17 SUMBER HASIL Terdiri daripada:
Pendapatan hasil iaitu wang yang diterima daripada aktiviti harian kelab dan persatuan seperti yuran ahli, yuran pertandingan, dan sewa kemudahan kelab. Pendapatan modal iaitu pendapatan yang diterima daripada aktiviti biasa kelab dan persatuan seperti jualan aset bukan semasa, derma khas untuk membiayai perbelanjaan yang tertentu.

18 BELANJA Terdiri daripada:
Belanja hasil iaitu belanja pengurusan dan pentadbiran sesebuah kelab dan persatuan seperti kadar bayaran, belanja membaiki premis, surat khabar dan majalah, dobi, honorarium, dan susut nilai aset bukan semasa. Belanja modal iaitu bayaran untuk membeli atau membina aset bukan semasa seperti membeli alatan sukan dan membina gelanggang badminton.

19 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

20 AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

21 AKAUN PERDAGANGAN KELAB DAN PERSATUAN
Disediakan untuk menghitung untung atau rugi daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh kelab dan persatuan. Komponen Akaun Perdagangan Jualan Inventori Awal Belian Inventori Akhir Belanja Pengendalian Perniagaan

22 AKTIVITI BERKALA KELAB DAN PERSATUAN
Ada kelab dan persatuan yang menjalankan aktiviti berskala untuk menambah dana kelab dan persatuan tersebut. Akaun Perdagangan disediakan untuk menghitung untung atau rugi aktiviti perniagaan kelab. Untung atau rugi perniagaan akan dipindahkan ke Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan. Format Akaun Perdagangan bagi kelab dan persatuan.

23 AKAUN PERDAGANGAN KELAB DAN PERSATUAN

24 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
Menunjukkan aset yang dimiliki, liabiliti yang di tanggung dan dana terkumpul kelab dan persatuan pada akhir tempoh perakaunan. DANA TERKUMPUL Jumlah dana yang dimiliki oleh sesebuah kelab dan persatuan. Merupakan lebihan aset yang dimiliki daripada liabiliti yang ditanggung

25 Dana terkumpul = Aset – liabiliti
RUMUS DANA TERKUMPUL Dana terkumpul = Aset – liabiliti Dana terkumpul awal= Jumlah Aset Awal – Jumlah Liabiliti Awal Dana terkumpul akhir = Jumlah Aset Akhir- Jumlah Liabiliti Akhir

26 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN KELAB DAN PERSATUAN
Untuk menunjukkan kedudukan kewangan Kelab dan Persatuan pada akhir tempoh perakaunan. Boleh disediakan dalam bentuk T dan Penyata

27 PENYATA KEDUDUKAN KEWANGAN

28

29 TAMAT


Download ppt "KELAB DAN PERSATUAN Tingkatan 5"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google