Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI (M.S 41)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI (M.S 41)"— Transcript presentasi:

1 PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI (M.S 41)
Kegiatan Berkebajikan Amalan Kita Sebagai seorang belia yang masih muda dan bertenaga, kita amat digalakkan untuk terlibat sama dalam majlis atau aktiviti kemasyarakatan dan berkebajikan. Kegiatan-kegiatan berkebajikan bukan hanya amalan yang selalu dilakukan oleh masyarakat Melayu Brunei

2 -malahan dalam agama Islam juga menggalakkan aktiviti berkebajikan ini -kegiatan-kegiatan berkebajikan sangat digalakkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim, bantu-membantu serta dapat mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni -antara kegiatan berkebajikan yang dimaksudkan ialah seperti mengimarahkan masjid, menziarahi kubur, menderma, memucang-mucang, membersihkan rumah warga tua, perkhemahan jati diri dan sebagainya

3 -justeru itulah, dengan adanya penglibatan dalam majlis atau aktiviti ini secara tidak langsung menjadikan kita dapat saling mengenali antara satu sama lain (dapat kenala antara satu dengan lain) -bak kata pepatah “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” -kerana manusia hendaklah mewujudkan suatu perasaan atau sikap hormat-menghormati dan tolong-menolong antara satu sama lain bagi menanamkan perasaan kasih sayang dan muhibah sesama manusia.

4 Salah satu aktiviti amalan yang berkebajikan ialah memucang-mucang

5 AKTIVITI MEMUCANG-MUCANG M.S 42-43
Memucang-mucang adalah merupakan aktiviti sosial yang sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup orang-orang Brunei Aktiviti sosial ini lebih menonjol di kalangan masyarakat kampung yang masih mempunyai ikatan kekeluargaan, persatuan dan semangat kejiranan yang kukuh

6 MAKSUD MEMUCANG-MUCANG M.S 42
Memucang-mucang membawa maksud kerja yang diusahakan secara bergotong-royong atau bersama-sama

7 CONTOH AKTIVITI MEMUCANG-MUCANG
Kerja bergotong-royong yang dimaksudkan itu seperti bekerjasama dalam majlis suka dan duka Misalnya majlis perkahwinan, majlis bertahlil (kematian), mendirikan balai raya, kempen kebersihan, membuat jalan kecil, kegiatan koperasi sekampung dan lain-lain

8 Dalam aktiviti kerja memucang-mucang ini juga semua orang yang terlibat akan mempunyai peranan masing-masing Sebagai contoh, kita boleh menghidangkan jamuan, menolong atau membantu mereka yang memerlukan pertolongan

9 KESAN AMALAN MEMUCANG-MUCANG
Dapat mewujudkan perasaan kasih sayang Mengeratkan hubungan silaturahim Menambahkan pengalaman hidup bermasyarakat Dapat mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu Dapat menjadikan pekerjaan yang berat menjadi ringan

10 AKTIVITI MEMUCANG-MUCANG DAPAT DILIHAT DALAM:

11

12 Majlis Perkahwinan Majlis Pembangunan kampong wanita Majlis makan arwah dan tahlil sekampong Majlis korban dan aqiqah sekampong Membersihkan kawasan tanah perkuburan Membersihkan masjid atau surau

13


Download ppt "PENGLIBATAN DALAM MAJLIS ATAU AKTIVITI (M.S 41)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google