Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehVerawati Tedjo Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BUSINESS MANAGEMENT BUSINESS TRAVEL BPP403
2
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Kepentingan Melancarkan perjalanan operasi syarikat Mengelakkan pertindihan tempahan Memastikan tidak berlaku pembaziran sumber syarikat Menaikkan imej syarikat
3
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Jenis-jenis kenderaan Kereta Terbahagi kepada beberapa jenis seperti kereta biasa, esekutif dan pacuan empat roda. Digunakan untuk membawa pegawai ataupun penumpang tidak melebihi 3 orang.
4
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Van Untuk membawa penumpang tidak melebihi 12 orang Bas pendek / coaster Untuk membawa penumpang tidak melebihi 25 orang Bas panjang Untuk membawa sehingga 40 penumpang
5
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Pemandu kenderaan akan ditugaskan mengikut kesesuaian masa, jarak dan jadual pemandu tersebut. Pengalaman dan rekod pemandu juga akan diambil kira terutamanya jika melibatkan penumpang VIP. Giliran pemandu akan ditulis di dalam jadual pemandu.
6
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Masa dan jarak perjalanan perlu dikira bagi mengelakkan berlakunya kelewatan atau sebarang masalah yang mungkin timbul. Jarak berkait rapat dengan kos yang ditanggung seperti kadar tol, kos bahan api dan harga tiket penerbangan atau teksi. Semua ini perlu diambil kira untuk setiap perjalanan. Arahan yang jelas perlu diberikan kepada pemandu tentang jadual perjalanan serta butiran seperti masa bertolak dan sampai dan tempat yang dituju dan juga jalan yang perlu diambil.
7
MENGURUSKAN PENGANGKUTAN DALAMAN
Contoh Borang Tempahan Kenderaan
9
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Kepentingan Memastikan perjalanan atau percutian yang dirancangkan berjalan dengan lancar. Mampu mengoptimakan masa bercuti dan mungkin boleh menjimatkan kos.
10
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Perkara yang penting dalam perancangan itinerary Memastikan keperluan syarikat diutamakan spt tujuan perjalanan (mesyuarat, rombongan kerja, hari keluarga), destinasi pilihan (luar negeri, domestik, pulau, pergunungan), jenis tempat penginapan (hotel, resort, apartment), aktiviti yang berkaitan, mod pengangkutan dsb. Mencari maklumat yang berkaitan berdasarkan keperluan syarikat seperti jadual penerbangan, harga tiket, pilihan penginapan, tawaran perkhidmatan sokongan, keperluan perjalanan dll. Bertanggung jawab dan komited kepada tugasan tersebut dengan memastikan setiap keperluan dipenuhi dan mengikut masa dan kos yang ditetapkan.
11
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Membina model Keperluan Perjalanan berdasarkan semua maklumat yang telah disediakan dengan mengutamakan tujuan dan keperluannya. Berusaha memenuhi setiap tuntutan organisasi seperti jenis penginapan berserta dengan perkhidmatan yang ditawarkan (bilik mesyuarat berteknologi tinggi, spa, sauna, golf, jenis makanan). Perlu bersikap professional dengan memberi sepenuh fokus, komitmen dan penelitian terhadap setiap maklumat.
12
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Proses melengkapkan keperluan perjalanan (itinerary) perlu memalui beberapa proses seperti berikut: Perjumpaan dalaman bagi mengesahkan setiap butiran yang diperlukan (tujuan, siapa yang terlibat, tempat, peralatan yang diperlukan, aktiviti dll) Penetapan tarikh ( menyemak jadual syarikat dan individu) Perbincangan kemudahan penginapan (jenis, kemudahan yang disediakan – bilik mesyuarat, pemandu pelancong dsb) Mesyuarat pengesahan untuk setiap butiran. Proses penempahan. Mengemaskini maklumat berkaitan dari masa ke semasa.
13
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Kaedah merekabentuk keperluan perjalanan (itinerary) Membentuk dokumen Microsoft Word atau perisian yang bersesuaian bagi itinerary tersebut. Terdapat juga laman web yang sedia wujud bagi tujuan ini seperti Mulakan itinerary dengan tajuk ringkas dengan menyatakan butiran penting seperti siapa, kemana dan tujuan perjalanan. Bahagikan mengikut hari. Senaraikan butiran penting untuk setiap hari yang terlibat mengikut kronologi dengan memberi penekanan kepada butiran rasmi dan penting. Pastikan terdapat waktu atau jam bagi setiap urusan itu bermula. Pastikan terdapat waktu senggang yang berpatutan di antara setiap satu perkara.
14
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Susun kesemua masa tersebut secara sama supaya mudah untuk disemak. SEMAK! Pastikan setiap butiran penting adalah tepat mengikut keperluan yang telah ditetapkan. Sahkan rancangan perjalanan ini. Dapatkan pengesahan pegawai terlibat. Sehari sebelum perjalanan, hubungi setiap agensi terlibat (syarikat penerbangan, hotel, pemandu pelancong, pelanggan dll) untuk mengesahkan setiap tempahan. Cetak itinerary dan segala pengesahan tempahan dan wujudkan satu fail. Tandakan setiap perkara penting dengan jelas bagi memudahkan rujukan.
15
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
16
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
17
MENYEDIAKAN KEPERLUAN PERJALANAN (TRAVEL ITINERARY)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.