Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 9: Teori Persuratkhabaran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 9: Teori Persuratkhabaran"— Transcript presentasi:

1 UNIT 9: Teori Persuratkhabaran

2 Apabila kita membicarakan soal fungsi akhbar dan isu kebebasan akhbar, kita perlu melihat sistem akhbar dari sudut empat teori akhbar yang utama. Empat teori akhbar itu diperkenalkan oleh Fred S.Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm pada tahun 1956. Menurut mereka, ideologi dan sistem politik negara menyebabkan wujud model media yang unik yang menjelaskan mengapa satu-satu institusi media itu menjalankan fungsi tertentu.

3 Empat teori tersebut ialah Autoritarian, Libertarian, Tanggungjawab Sosial dan Soviet Komunis.

4 1. Autoritarian Menurut teori ini, kebenaran berita ditunjukkan kepada kerajaan/pemerintah dan seterusnya berita itu disebarkan kepada rakyat melalui akhbar. Fungsi akhbar adalah menjelaskan kepada rakyat apa yang pemerintah mahukan rakyat tahu; Segala mesej/maklumat yang disampaikan kepada rakyat sudah ditentukan oleh pemerintah; .

5 Menerusi sistem ini akhbar diberi tanggungjawab mengesahkan kebenaran berita yang disediakan oleh pemerintah; Kebenaran atau lesen boleh ditarikbalik atas budibicara raja dan hak untuk menapis berita terletak di tangan pemerintah; Peranan akhbar tidak boleh dipersoalkan. Konsep ini dikatakan wujud di negaranegara seperti Iran.

6 2. Libertarian Sistem ini wujud di England pada akhir abad ke-17. Dikembangkan ke Amerika Syarikat dan benua Eropah. Idea asas sistem ini ialah masyarakat bukanlah penerima maklumat yang pasif tetapi aktif, mereka mampu membezakan antara yang betul dan salah. Dipelopori oleh ahli falsafah politik Libertarian - John Milton. Konsep Libertarian bererti manusia sebagai individu yang rasional hendaklah bebas mencari kebebasan dan media adalah agen dalam proses mencari kebenaran itu.

7 Prinsip asas teori ini ialah media tidak boleh tertakluk semata-mata kepada kerajaan tetapi ia hendaklah bebas, berautonomi, bebas bersuara dan kadangkala mencabar campur tangan kerajaan; Media dikuasai oleh pemilikan dalam satu pasaran yang bebas dari segi idea dan mahkamah. Contoh :- Amerika Syarikat dan Jepun.

8 3. Tanggungjawab Sosial Ia wujud dalam pertengahan kurun ke-20 di Amerika Syarikat apabila satu suruhanjaya yang digelar Suruhanjaya Hutchins dibentuk untuk mengkaji kedudukan kebebasan media; Didapati kebebasan akhbar akan menjadi lebih bahaya apabila wujudnya sistem monopoli yang berkembang. Pemilik-pemilik institusi media mempunyai kuasa yang terlalu besar sehingga dapat menguasai banyak institusi media Kesannya pemilik-pemilik media yang mempunyai kuasa pemilikan tinggi, lamakelamaan menjadi terlalu berkuasa seperti zaman Autoritarian

9 4. Komunis-Soviet Sistem keempat ini adalah pengubahsuaian dari teori Autoritarian. Melalui sistem ini akhbar berkhidmat untuk parti yang memerintah Akhbar Soviet dikehendaki membantu usaha melaksanakan perubahan. Media tidak boleh mengecam objektif parti pemerintah dan dimiliki oleh rakyat. Contoh sistem ini ialah Russia


Download ppt "UNIT 9: Teori Persuratkhabaran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google