Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSudirman Tanudjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK AAN 2010
TAKLIMAT ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK AAN 2010 ANUGERAH AKADEMIK NEGARA 2010 oleh PROFESOR RAHMAH NOORDIN Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk AAN 2010
2
ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
Ahli J/Kuasa Pemilih ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK AAN2010 PROF. RAHMAH NORDIN (USM) - Pengerusi PROF. DATO’ DR. MOHAMED SHARIFF MOHAMED DIN (UPM) - Timbalan Pengerusi PROF. NOR AIENI HAJI MOKHTAR (MOSTI) PROF. NIK MERIAM NIK SULAIMAN (UM) PROF. DR. NORHAYATI MOHD TAHIR (UMT) PROF. MOHD ZAKI SALLEH (UiTM) PROF. AHMAD FARHAN MOHD SADULLAH (MIROS) DR. WAN MANSHOL WAN ZIN (NUKLEAR MALAYSIA) ENCIK IZHAR HIFNIE ISMAIL (USM)
3
ASAS ANUGERAH AAN2010 Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk merangkumi produk* berasaskan penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan di Malaysia dan telah dikomersialkan, memberi impak dari segi penjanaan ilmu ke arah peningkatan kualiti hidup, pembangunan industri dan pertumbuhan ekonomi Negara. Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun berikutnya dengan produk yang berbeza. *Produk penyelidikan boleh merupakan rekabentuk, rekacipta, teknologi, perisian, formulasi atau proses.
4
KRITERIA PENCALONAN PRODUK
AAN2010 Produk telah dikomersialkan melalui penjanaan pendapatan dan/atau mendapat pulangan daripada jualan. Yuran perlesenan boleh diambil kira sebagai pendapatan pengkomersialan. Walau bagaimanapun, yuran perkhidmatan dan amaun terimaan daripada penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai jualan kasar/pendapatan pengkomersialan. Nilai pendapatan kasar terkumpul sekurang-kurangnya RM500,000 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Ribu).
5
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
AAN2010 Pemilihan produk akan mengambil kira perkara berikut : 1. Penerangan dari aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna. 2. Perlu mendapat perlindungan harta intelek dan mempunyai perjanjian harta intelek. 3. Pernah menerima anugerah dari dalam dan/atau luar negara. 4. Telah menjana hasil jualan kasar dan/atau pendapatan pengkomersialan kepada universiti serta penyelidik.
6
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
AAN2010 5. Telah berjaya menembusi pasaran dalam dan/atau luar negara. Mempunyai elemen nilai tambah berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran. Memberi impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara. Mampu menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru.
7
KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN PRODUK
AAN2010 9. Terdapat usaha ke arah kelestarian bisnes termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk dan pelaburan semula dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D). 10. Penerbitan berkaitan produk telah dihasilkan. 11. Telah memperolehi dana untuk sekurang-kurangnya satu fasa berikut: penyelidikan, pembangunan atau pengkomersialan.
8
FORMAT HURAIAN PRODUK AAN2010 Sila huraikan/nyatakan perkara berikut berkenaan produk ini mengikut urutan di bawah. Sila sertakan dokumen sokongan sebagai pengakuan bagi setiap pernyataan. Bagi perkara yang ditandakan (*), bukti yang berkaitan WAJIB dilampirkan. Produk 1.1 Aspek teknikal, keaslian (originality) dan kepentingan kepada pengguna. *1.2 Status perlindungan pendaftaran harta intelek. kategori harta intelek (paten, trade mark, utility design, industrial design, copyright, know-how atau trade secret) status (pending atau granted) dan nombor rujukan nyatakan samada paten di bawah Patent Cooperation Treaty (PCT) difailkan/diperoleh dan senaraikan negara yang didaftarkan … sambungan
9
FORMAT HURAIAN PRODUK *1.3 Anugerah yang telah diterima
AAN2010 *1.3 Anugerah yang telah diterima 1.4 Keberkesanan dan nilai tambah (value added) berbanding dengan produk yang sedia ada di pasaran. Contohnya daripada aspek penjimatan kos, masa dan peningkatan produktiviti. … sambungan
10
FORMAT HURAIAN PRODUK Pengkomersialan
AAN2010 Pengkomersialan *2.1 Hasil jualan kasar oleh syarikat/enterpris dan/atau pendapatan pengkomersialan kepada institusi serta penyelidik sejak mula dikomersialkan sehingga tahun kewangan terkini. Yuran perlesenan boleh diambil kira sebagai pendapatan pengkomersialan. Walau bagaimanapun, yuran perkhidmatan dan amaun terimaan penyelidikan kontrak tidak diambil kira sebagai pendapatan pengkomersialan. Dokumen berkaitan produk yang perlu disertakan ialah: i. Salinan perjanjian pengkomersialan yang disahkan; ii. Penyata akaun teraudit syarikat/enterpris; dan iii.Penyata akaun pendapatan yang sah bagi institusi dan penyelidik. … sambungan
11
FORMAT HURAIAN PRODUK AAN2010 *2.2 Negara di mana produk telah dipasarkan. Dokumen yang perlu disertakan ialah salinan invois jualan bagi setiap negara yang dipasarkan. *2.3 Dana yang diperolehi bagi penghasilan dan pengkomersialannya. Ini meliputi fasa penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R & D & C). … sambungan
12
FORMAT HURAIAN PRODUK 3. Impak
AAN2010 3. Impak 3.1 Impak terhadap kualiti hidup, industri dan ekonomi negara. 3.1.1 Bagaimana ia membantu dalam menjana peluang pekerjaan dan bisnes baru. 3.1.2 Tren hasil jualan. Petunjuk tren termasuk carta jualan atau seumpamanya. 3.1.3 Kelestarian bisnes. Petunjuk kelestarian bisnes termasuk pengembangan pasaran, penambahbaikan produk, penjimatan kos dan masa, produktiviti dan pelaburan semula dalam R&D. … sambungan
13
FORMAT HURAIAN PRODUK 3.1.4 Bagaimana produk ini menyumbang kepada
AAN2010 Bagaimana produk ini menyumbang kepada kemandirian (self-sufficiency) ekonomi, kelestarian alam sekitar, pembangunan ekonomi dan / atau peningkatan imej negara. Peningkatan kualiti hidup. Contohnya : Produk yang mesra alam; menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan/atau seluruh kehidupan alam. … sambungan
14
FORMAT HURAIAN PRODUK AAN2010 * Pembangunan modal insan dalam fasa R & D & C. Contoh dokumen sokongan yang wajib disertakan ialah : i. Tajuk dan abstrak tesis/disertasi yang berkaitan (disahkan), ii. Surat pelantikan/penggajian pembantu penyelidik/pasca doktoral dan lain-lain, iii. Sijil/surat perakuan latihan keusahawanan, latihan industri dan seumpamanya yang berkaitan dengan produk. … sambungan
15
FORMAT HURAIAN PRODUK 3.2 Penerbitan yang berkaitan.
AAN2010 Penerbitan yang berkaitan. * Makalah akademik/ buku/ monograf/ bab dalam buku oleh penyelidik. * Sebaran dalam media oleh badan luar yang berprestij seperti institusi lain, WHO dll. * Penerbitan lain. Contohnya : Artikel dalam majalah yang berkaitan dengan teknologi atau media massa, laman web. … sambungan
16
FORMAT HURAIAN PRODUK 3.3 Penglibatan pemohon dalam bisnes.
AAN2010 3.3 Penglibatan pemohon dalam bisnes. * Peranan dalam pengkomersialan. Contohnya : ahli lembaga pengarah, pemegang saham, pengarah teknikal dan sebagainya. Peranan dalam pengurusan projek * Perundingan. Bimbingan dan latihan teknikal oleh perekacipta kepada pengguna. . … sambungan
17
NILAI ANUGERAH AAN2010 Nilai hadiah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta trofi dan sijil penghargaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Hadiah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan membahagikannya kepada ahli kumpulan mengikut peratusan sumbangan masing-masing seperti yang tertera di dalam borang pemohonan (warganegara Malaysia sahaja).
18
ANUGERAH AKADEMIK NEGARA
BORANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA AAN2010 Untuk muat turun borang, sila lawat laman web Anugerah Akademik Negara di;
19
AAN2010 TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.