Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA EJEN HARTA TANAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA EJEN HARTA TANAH"— Transcript presentasi:

1 TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA EJEN HARTA TANAH
Seorang ejen harta tanah hendaklah memberikan perkhidmatan ke peringkat kecekapan setara standard amalannya dan berasaskan kepada penetapan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa. Jika wujud kesukaran dalam satu transaksi harta tanah dan memerlukan bantuan dari pakar-pakar yang lain yang mana ejen tidak dapat menyelesaikan masalah, adalah dibenarkan. Sesiapa yang dilantik hendaklah dinyatakan kepada pelanggan dan nyatakan bentuk-bentuk bantuan. Menjadi kewajipan ejen harta tanah untuk melindungi orang awam/pelanggannya dari penipuan, penyataan palsu/amalan-amalan yang tidak beretika semasa menjalankan urusan transaksi harta tanah. Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa beliau tidak melakukan perkara-perkara yang memburukkan profesion ejen harta tanah begitu juga ejen harta tanah tidak boleh mengesyorkan perkara-perkara yang boleh menyalahi undang-undang. Ejen yang bekerja di bawah satu firma perejenan harta tanah tidak boleh menerima kerja atau pelanggan untuk dirinya sendiri kecuali dengan persetujuan/ pengetahuan majikan.

2 Seorang ejen harta tanah hendaklah sentiasa mengetahui hal-hal yang berkaitan dengan harta tanah pada kawasan amalannya, negerinya dan negaranya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih bertanggungjawab kepada pelanggannya. Ejen harta tanah bertanggungjawab untuk melindungi semua pihak yang terlibat terutamanya kewajipan dan tanggungan kawangan yang berkaitan dengan transaksi harta tanah tersebut. Kewajipan / tanggungan yang dibayar hendaklah dibuat secara bertulis. Cth : resit untuk semakan hakmilik, bayaran peguam dll. Setiap ejen harta tanah hedaklah merujuk kepada Lembaga sekiranya didapati ejen-ejen harta tanah yang lain telah melanggar etika / melakukan kesilapan yang boleh membawa keaiban kepada profesion tersebut. Seorang ejen harta tanah hendaklah memberitahu kliennya apa juga bentuk hubungan perniagaan yang akan wujud dalam menyempurnakan transaksi harta tanah yang mana secara langsung akan berkait dengan klien tersebut.

3 Mana-mana firma perejenan yang hendak ditubuhkan perlu mendapatkan kelulusan pendaftaran dari Lembaga samada firma secara tunggal / syarikat: Secara tunggal : pemohon hendaklah terdiri daripada ejen harta tanah berdaftar Perkongsian : Rakan-rakan kongsi hendaklah terdiri daripada ejen harta tanah berdaftar Perbadanan : Terdiri daripada beberapa orang yang terdiri daripada lembaga pengarah. Walaupun berapa banyak lembaga pengarah, mereka hendaklah terdiri daripada ejen harta tanah berdaftar. Pembahagian syer: Pemegang syer terdiri daripada ejen harta tanah berdaftar. Seorang ejen harta tanah berdaftar tidak boleh menjadi pemilik tunggal / rakan kongsi / pemegang syer / ahli lembaga pengarah kepada beberapa buah firma yang menjalankan ejensi harta tanah.

4 Seorang ejen harta tanah dari firma yang sama tidak boleh bertindak kepada 1 pihak dalam transaksi manakala seorang ejen harta tanah lain dari firma yang sama bertindak bagi pihak yang lain kecuali jika kedua-dua pihak bersetuju dan mengetahui keadaan sedemikian. Kebenaran perlu dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak. Seorang ejen harta tanah tidak boleh menerima yuran profesional lebih dari satu pihak dalam satu transaksi (hanya satu pihak yang melantiknya samada tuan tanah/ penyewa atau samada pembeli/penjual) Firma ejen harta tanah berdaftar dengan Lembaga boleh membuka cawangannya tetapi tidak boleh menggunakan nama yang lain dari syarikat induk. Setiap cawangan hendaklah diketuai oleh ejen harta tanah berdaftar tetapi melainkan jika dibenarkan sebaliknya oleh Lembaga. Ejen harta tanah tidak boleh membeli/memperolehi/menyewa sesuatu kepentingan harta tanah untuk dirinya/ahli keluarga terdekat/ untuk firmanya/ mana-mana entiti kecuali ia diberitahu keadaan sebenar kepada pelanggan.

5 Seorang ejen harta tanah jika ia bekerja dengan satu firma yang tidak menjalankan amalan perejenan, maka ia tidak boleh menggunakan nama/jawatannya bagi memberikan perkhidmatan perejenan samada pemberitahuan secara nyata atau tersirat. Seorang ejen harta tanah layak untuk menerima yuran profesional jika terdapat usaha-usaha yang dilakukannya dalam tempoh perlantikan yang telah ditetapkan walaupun penyempurnaan transaksi dilakukan selepas perlantikan itu tamat. Jika sesuatu perjanjian jualbeli / sewaan telah ditandatangani dan kemudiannya dibatalkan oleh mana-mana pihak maka ejen harta tanah layak menerima yuran penuh (samada dibatalkan oleh penjual / pembeli / penyewa / tuan tanah). Jika transaksi dibatalkan sebelum perjanjian ditandatangani tetapi deposit telah dibayar, maka ejen harta tanah layak menerima 50% dari wang deposit / 50% dari keseluruhan yuran profesional, yang mana lebih rendah.

6 Seorang ejen harta tanah layak membuat tuntutan yuran profesional berdasarkan kepada jumlah harga yang teleh dipersetujui samada harga dibayar dalam bentuk tunai, saham atau apa sekalipun tetapi boleh dinilai dalam bentuk wang. Yuran yang diterima oleh ejen tidak boleh diambil dari wang deposit bagi transaksi harta tanah tersebut kecuali jika ejen mendapat persetujuan daripada klien secara betulis untuk mengambil yuran dari wang deposit. Tuntutan yuran profesional boleh dibuat / dibayar bagi 2 keadaan yang berbeza : (i) Tuntutan yuran profesional dituntut pada masa perjanjian penyewaan ditandatangani / bangunan diduduki / mana- mana yang lebih awal (ii) Bagi jualbeli, tuntutan yuran profesional dibuat semasa perjanjian ditandatangani (jika ada perjanjian dilakukan). Jika perjanjian jualbeli ditandatangani, yuran dituntut pada: a. Penyempurnaan / tukar milik disempurnakan b. Deposit dibayar kepada ejen yang mana lebih awal dari kedua-dua keadaan.


Download ppt "TATA KELAKUAN DAN ETIKA KERJA EJEN HARTA TANAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google