Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Adat Resam Perkahwinan Melayu

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Adat Resam Perkahwinan Melayu"— Transcript presentasi:

1 Adat Resam Perkahwinan Melayu

2 MERISIK ZAMAN DAHULU Ibu bapa bakal pengantin lelaki akan mencarikan pasangan untuk anak lelaki mereka. SEKARANG Selalunya orang Melayu zaman ini mencari jodoh mereka sendiri. Hanya segelintir yang masih dijodohkan oleh ibu bapa atau pihak ketiga.

3 MEMINANG Ibu bapa bakal pengantin lelaki menghantar rombongan peminangan yang diwakili saudara mara. Peminangan diterima secara sah. Perbincangan kemudian berkisar kepada perkara-perkara seperti duit hantaran, tempoh bertunang dan jumlah barang iringan yang akan dibawa pihak lelaki.

4 BERTUNANG Rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan membawa sebentuk cincin emas tanda pertunangan dan lambang hantaran. Kedua-dua belah pihak akan bertukar bunga rampai dan barang-barang hantaran yang lain seperti gubahan makanan, pakaian, selendang, sejadah, jam, beg tangan dan lain-lain. Cincin disarungkan ke jari bakal pengantin perempuan oleh wakil pihak lelaki. Jamuan disediakan untuk hadirin.

5 Barang-barang hantaran

6 Sarung cincin

7 BERNIKAH Akad nikah-tuntutan agama Islam.
Boleh dilakukan di rumah atau di masjid selalunya sehari sebelum persandingan. Majlis pernikahan disertakan dengan jamuan untuk tetamu. Kadhi atau wali(bapa) pengantin perempuan akan menjalankan akad nikah. Dua saksi, diperlukan. Satu daripada pihak lelaki dan satu daripada pihak perempuan.

8 BERNIKAH Diikuti upacara batal air sembahyang; pengantin lelaki bersalaman dengan pengantin perempuan dan menyerahkan mahar (mas kahwin) dan duit hantaran. Mas kahwin selalunya dalam bentuk wang tunai. Sesetengah pengantin lelaki memberikan barang kemas atau al-Quran sebagai mas kahwin. Kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan akan menukar barang-barang hantaran dan bunga rampai.

9

10 BERSANDING Pengantin lelaki dan rombongannya akan diarak dan diiringi selawat dan pukulan kompang dari rumahnya ke rumah pengantin perempuan. Beberapa wakil pengantin perempuan dan lelaki akan bersilat ‘selamat datang’ di hadapan pengantin lelaki. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan bersanding sengan pengantin perempuan di atas pelamin, saudara-mara pengantin perempuan akan menghadang pengantin lelaki hinggalah mereka berpuas hati dengan ‘pengeras’ yang diberikan oleh wakil pengantin lelaki.

11

12

13 Mak andam pula akan duduk di sebelah pengantin perempuan dan menutup mukanya.
Jika dia berpuas hati dengan ‘pengeras’ yang diberikan oleh wakil pengantin lelaki, barulah pengantin lelaki dibenarkan bersanding di sisi pengantin perempuan. Diikuti dengan upacara menepung tawar.

14 BERTANDANG Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan bertandang ke rumah pengantin lelaki. Upacara silat ‘selamat datang’ diadakan juga Pengantin tidak dihadang. Mempelai bersanding diikuti dengan upacara menepung tawar. Jamuan diadakan secara besar-besaran di rumah pengantin lelaki dan perempuan. Saudara-mara dan sahabat handai dijemput dan diberikan berkat.

15

16

17 ‘SEMBAH-SEMBAH’ Mempelai akan menziarahi saudara-mara terdekat kedua-dua pihak selepas majlis persandingan selesai. Tujuannya untuk mengenali keluarga masing-masing dengan lebih dekat lagi dan sebagai tanda ucapan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan untuk menjayakan majlis pernikahan dan persandingan.

18 Mempelai selalunya ditemani keluarga atau saudara terdekat.
Saudara yang diziarahi akan menyediakan jamuan dan hadiah kepada mempelai.

19 BERBULAN MADU Selepas keriuhan majlis perkahwinan, kedua-dua mempelai melalui berbulan madu di destinasi idaman mereka


Download ppt "Adat Resam Perkahwinan Melayu"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google