Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Kata Majmuk
2
KATA MAJMUK Menurut Tatabahasa Dewan, kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk boleh terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif, seperti contoh berikut:
3
CONTOH KATA MAJMUK Kata Nama Majmuk Kata Kerja Majmuk
Kata Adjektif Majmuk jalan raya ambil alih biru laut guru besar tunjuk ajar hijau daun kertas kerja kenal pasti merah jambu susu pekat manis kuat kuasa muda remaja
4
Berdasarkan Tatabahasa Dewan juga dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
Rangkai kata bebas - jalan raya, beg tangan, cita rasa, menteri besar 2. Istilah khusus dalam bidang ilmiah - graf terarah, analisis teks, deria rasa Simpulan bahasa/kiasan - kaki bangku, lipas kudung, anak emas
5
Secara umumnya, kata majmuk dieja secara terpisah (jarak).
Ini kerana kata majmuk terdiri daripada dua kata dasar yang membawa maksud yang berbeza. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang dianggap telah mantap penggunaannya. Oleh itu, kata majmuk yang telah mantap hendak dieja sebagai satu perkataan.
6
BENTUK YANG TELAH MANTAP
Antarabangsa Matahari Sukarela Suruhanjaya Setiausaha Tandatangan Bumiputera Olahraga Tanggungjawab Jawatankuasa Warganegara Kakitangan Kerjasama Pesuruhjaya Beritahu
7
Selain daripada contoh yang diberikan, kata majmuk hendaklah dieja secara terpisah.Misalnya :
- atur cara, tengah hari, alat tulis, usaha sama, rumah tangga, temu bual, urus setia dll.
8
IMBUHAN Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan, dan mestilah mematuhi peraturan ejaan yang telah ditetapkan. Kata Majmuk Menerima Awalan Menerima Apitan kuat kuasa berkuat kuasa menguatkuasakan satu padu bersatu padu menyatupadukan urus niaga berurus niaga diurusniagakan
9
Penggandaan Kata majmuk
Kata majmuk juga boleh digandakan iaitu dengan menggandakan unsur pertama kata sahaja. Misalnya: Kata Majmuk Penggandaan Kata majmuk alat tulis alat – alat tulis balai raya balai – balai raya kertas kerja kertas - kertas kerja gambar rajah gambar –gambar rajah Menteri Besar Menteri – menteri Besar
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.