Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIrwan Kartawijaya Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
KBM 2 Aqidah Islamiah Bab 3 Syurga dan Neraka
2
Syurga dan Neraka Alam akhirat adalah destinasi terakhir yang akan dituju oleh setiap anak Adam. Di sana, wajah orang mukmin akan putih berseri-seri ketawa. Wajah orang kafir menjadi hitam muram terhina. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
3
Pengertian Syurga Syurga adalah suatu tempat di alam akhirat yang disediakan bagi hamba-hamba ALLAH yang bertakwa. Syurga mempunyai seratus derajat,di antara setiap derajat luasnya seperti jarak antara bumi dengan langit. Derajat yang paling tinggi adalah Firdaus. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
4
Syurga telah dijadikan oleh ALLAH sebelum makhluq-makhluq lain dicipta.
Penjaga syurga ialah malaikat Ridwan. Ada sebuah pintu di syurga yang disebut Rayyan yang akan dimasuki melaluinya oleh orang-orang yang berpuasa pada hari Kiamat. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
5
Nikmat-nikmat Syurga Memperolehi penghormatan dari ALLAH dan para malaikat. Menikmati segala makanan dan minuman yang disediakan. Diberi pakaian dari sutera halus yang hijau. Disediakan katil-katil yang tinggi,bantal-bantal yang tersusun rapi. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
6
Disediakan gelas-gelas yang terletak sedia serta piring-piring dari emas serta dikelilingi isteri-isteri dari bidadari yang tidak pernah disentuh oleh sesiapapun. Diberi perhiasan seperti gelang-gelang dari emas, perak dan mutiara. Dapat melihat Zat ALLAH. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
7
Makanan-makanan di Syurga
Buah-buahan seperti kurma dan delima, tidak akan habis. Daging-daging burung dan segala makanan yang mereka ingini. Sungai dari arak yang enak rasanya, harum baunya dan tidak memabukkan. Sungai dari air yang suci. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
8
Jenis-jenis sungai di Syurga
Sungai dari madu yang suci bersih. Sungai dari susu. Sungai dari arak yang enak rasanya, harum baunya dan tidak memabukkan. Sungai dari air yang suci lagi jernih. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
9
Pengertian Neraka Ia adalah sebuah tempat yang disediakan oleh ALLAH untuk menghukum hamba-hamba-Nya yang menderhakai-Nya. Para malaikat yang ditugaskan untuk menjaga neraka dinamakan `Zabaniyah`. Rupa `Zabaniyah` besar bentuknya, paling ganas antara malaikat-malaikat. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
10
Azab-Azab neraka Orang yang kaya enggan mengeluarkan zakat, maka dahi, lambang dan punggung mereka di panggang dengan emas dan perak. Leher diikat dengan rantai, diserat dan dilemparkan ke dalam lautan air mendidih. Jambul dipegang dan diseret ke tengah-tengah neraka dan disiram air mendidih. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
11
4. Tangan diikat dan dibelenggu ke lehernya kemudian di masukkan ke dalam api neraka.
5. Orang kafir di dalam neraka dikenakan pakaian dari api neraka,kepalanya dijurus dengan air mendidih. 6. Penghuni Neraka tidak akan mati selama-lamanya dan tidak rasa kehidupan. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
12
Azab neraka yang paling ringan, sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya penghuni Neraka yang paling ringan azabnya di hari kiamat ialah orang yang diletakkan di bawah tapak kakinya dua bara api lalu mendidihkan otaknya seperti mendidihnya periuk dan benjana. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
13
Makanan-makanan penghuni Neraka
Pohon berduri yang sama sekali tidak menggemukkan dan tidak dapat menghilangkan kelaparan. Buah `zaqqum`. Darah dan nanah. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
14
Minuman-minuman penghuni Neraka
Air nanah.Firman ALLAH : “ Mereka tidak dapat merasakan kesejukan di dalamnya dan tidak dapat mendapat minuman selain air yang mendidih dan nanah (yang mengalir).” al-Naba` : 24-26 2. Air besi mendidih. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
15
Syurga dan neraka adalah dua tempat yang berbeza
Syurga dan neraka adalah dua tempat yang berbeza.Namun demikian, tiada seorangpun yang mampu menggambarkan suasana di kedua-dua tempat ini kerana ia adalah di luar batas kemampuan akal manusia.Syurga dan Neraka adalah tempat yang dijanjikan ALLAH bagi hamba-hamba-Nya. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
16
Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya kumpulan yang pertama memasuki syurga, rupa mereka bagaikan bulan purnama.Kemudian yang menyusuli mereka mempunyai rupa bagaikan bintang cemerlang yang cahayanya sangat terang di langit…… Kbm 2/ Aqidah/ Bab
17
…..Kemudian mereka selepas itu berperingkat, mereka tidak membuang air besar dan air kecil dan tidak pula berhingus dan berludah.Sikat-sikat mereka diperbuat daripada emas.Perasapan mereka diperbuat daripada tangkai kayu gaharu yang harum.Dan peluh mereka berbau minyak kasturi.Para ahli syurga rupa bentuknya….. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
18
…. seperti rupa bentuk seorang sahaja
…..seperti rupa bentuk seorang sahaja.Bentuk rupanya adalah seperti bentuk bapa mereka iaitu Adam yang tingginya enam puluh hasta.” Kbm 2/ Aqidah/ Bab
19
Orang yang beriman tidak akan kekal di dalam neraka .
Setiap azab di dalam neraka jika menimpa penghuni dunia sudah pasti membawa maut. Tetapi penghuni Neraka di hari Akhirat tidak akan mati sama sekali, walaupun azabnya sangat dasyat dan pedih. Kbm 2/ Aqidah/ Bab
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.