Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
MINGGU 12 Ayat Majmuk
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: ayat majmuk gabungan ayat majmuk pancangan ayat majmuk campuran
3
AYAT MAJMUK GABUNGAN: BERURUTAN, BERTENTANGAN PANCANGAN: RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN CAMPURAN: PELBAGAI AYAT PASIF: GABUNGAN, RELATIF, KOMPLEMEN, KETERANGAN
4
AYAT MAJMUK GABUNGAN Subjek dan predikat lebih daripada satu. Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda. * Hang Tuah memegang keris, dan Hang Jebat memegang lembing * Tun Teja menangis lalu turun ke taman * Sultan itu amat berdaulat lagi besar kerajaannya * Yang manis A atau B
5
JENIS AYAT GABUNGAN Susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka Maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal > Dia menjeling sambil tersenyum > Hang Tuah melompat lalu menikam > Anak itu lapar maka ia menangis > Orang ini miskin tetapi ia bahagia > Bukan orang yang malas berjaya, melainkan orang yang rajin > Dia membeli barang yang mahal, padahal ada barang yang murah
6
AYAT MAJMUK PANCANGAN: RELATIF
Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu. Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang berwarna hijau Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang menjahit baju itu isteri saya Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda yang ditunggangnya itu kuda padi > Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu > Yang tampan itu pensyarah baharu
7
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
Komplemen FN: subjek dan objek tepat * Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan kalah dalam pertandingan itu (objek tepat) * Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek) * Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini (songsang) Komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap) * Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk bersuara * Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin pada tahun ini adil Komplemen FAdj * Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam pertandingan itu * Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam golongan musafir
8
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat. Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri. Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan). Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk. ayat induk + kata hubung + ayat keterangan kata hubung: ketika, semasa, kerana. Sewaktu, sekiranya…
9
JENIS AYAT KETERANGAN Keterangan musabab/penyebaban Keterangan akibat Keterangan syarat Keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas akhir Keterangan pertentangan Keterangan harapan Keterangan cara Keterangan tujuan, Keterangan perbandingan Keterangan sangkalan Keterangan kenyataan
10
KETERANGAN MUSABAB Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat. Contoh: * Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit. * Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas dalam pengundian. * Oleh sebab malam semakin larut, mereka meninggalkan tempat itu. * Akibat gagal dan percintaan, mahasiswa itu membunuh diri.
11
KETERANGAN AKIBAT Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan makanya. Contoh: * orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya. * Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau. * Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya tergadai habis. * Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya protes. * Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh.
12
KETERANGAN SYARAT Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana… Contoh: * Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan kutunggu di pintu syurga. * Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama. * Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku teringat akan dirimu. * Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia.
13
KETERANGAN WAKTU Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai). Contoh: * Dia lebih ceria sejak dia berkahwin. * Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan menyerah diri. * Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya. * Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir.
14
KETERANGAN PERTENTANGAN
Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun… Contoh: * Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. * Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis. * Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar cintanya. * Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa. * Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat.
15
KETERANGAN CARA Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah dengan. Contoh: * Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke laut. * Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi. * Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh. * Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua tangannya. * Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya pergi.
16
KETERANGAN HARAPAN Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar… Contoh: * Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih bahagia. * Kita mesti menghormati orang, agar orang juga menghormati kita. * Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa yang telah saya katakan. * Biar kita berputih tulang daripada kita berputih mata.
17
KETERANGAN TUJUAN Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi. Contoh: * Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja. * Kerajaan menambahkan dana untuk membantu golongan miskin. * Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan Melaka. * Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun yang dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa.
18
KETERANGAN PERBANDINGAN
Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk. Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil. Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih… Contoh: * Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu membantuku. * Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air. * Daripada satu, baiklah dua. * Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan bingung.
19
KETERANGAN SANGKALAN Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah. Contoh: * Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada buaya. * Pemimpin yang tewas itu bergegas turun, seakan-akan merajuk.
20
KETERANGAN KENYATAAN Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk. Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan. Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua peristiwa yang terjadi serentak. Contoh: * Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu. * Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka. * Jemputan sudah datang, sedangkan hidangan belum sedia lagi. * Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton TV.
21
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandung:
* Lebih daripada satu ayat tunggal * Campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk * Deretan pelbagai ayat majmuk
22
CONTOH AYAT MAJMUK CAMPURAN
Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun. Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut: * Minah belajar di Universiti Putra Malaysia * Pelajarannya telah tamat * Minah segera pulang ke kampung * Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya * Dia hendak menemui saudara maranya. * Dia mempunyai maksud * Maksudnya berkahwin * Dia hendak berkahwin dengan Hassan * Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM * Mereka belajar di UPM selama tiga tahun.
23
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
Pada asasnya, ayat pendek ialah ayat tunggal dan ayat panjang ialah ayat majmuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga ayat panjang yang berupa ayat tunggal, dan ayat pendek yang berupa ayat majmuk. Contoh: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu telah roboh sepenuhnya petang kelmarin Ayat di atas ialah ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat. Subjek: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu Predikat: telah roboh sepenuhnya petang kelmarin
24
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
Contoh: Motosikal yang telah lama dibeli itu dibuang tayarnya, ditendang, ditolak ke jalan, dan dihumban ke sungai. Ayat di atas ialah ayat majmuk kerana mempunyai lima ayat, iaitu: * Motosikal itu telah lama dibeli. * Motosikal itu dibuang tayarnya. * Motosikal itu ditendang. * Motosikal itu ditolak ke jalan. * Moitosikal itu dihumban ke sungai.
25
AYAT MAJMUK PASIF Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif. Contoh ayat majmuk gabungan: aktif: Suami makan nasi dan isteri minum air. pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air diminum (oleh) isteri. Contoh ayat majmuk relatif: aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati. pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton (oleh) mahasiswa.
26
AYAT MAJMUK PASIF Contoh ayat majmuk pancangan komplemen: aktif: Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan. pasif: Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan dikatakan (oleh) pensyarah. Contoh ayat majmuk keterangan: aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan menantimu di pintu syurga. pasif: Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga akan kunanti.
27
KESIMPULAN Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan berurutan dan gabungan bertentangan Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan Ayat majmuk campuran mengandung pelbagai jenis ayat, sama ada ayat pendek atau ayat panjang Ayat majmuk juga boleh dijemakan dalam bentuk pasif
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.