Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

LOADING…….PLEASE WAIT……

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "LOADING…….PLEASE WAIT……"— Transcript presentasi:

1 LOADING…….PLEASE WAIT……

2

3 Dengan ini… Dipersembahkan
Tayangan slaid

4 BAHASA MELAYU TINGKATAN EMPAT DISEDIAKAN OLEH: PUAN SAADIAH BT. ALI
AHLI KUMPULAN

5 KARYA : NORHISHAM MUSTAFA
SEBUTIR PASIR DI KAKI KARYA : NORHISHAM MUSTAFA

6 SINOPSIS Sebaik sahaja pulang daripada bercuti di Singapura,Fuad berasa marah apabila diberitahui oleh ibunya bahawa dia telah menurunkn cap jari serta geran tanah kepada Datuk Sukar. Fuad kecewa dan marah kerana Datuk Sukar tidak berunding dengannya terlebih dahulu.Pada malam itu juga Fuad ke rumah Datuk Sukar. Fuad memang sudah biasa ke rumah Datuk Sukar kerana dia bekerja dengan Datuk Sukar. Anak Datuk Sukar, Junainah ialah kekasihnya. Ketika Fuad sampai, Datuk Sukar tiada di rumah kerana menghadiri jamuan makan malam. Fuad menunggu kepulangan Datuk Sukar dengan rasa jengkel di hati.

7 Apabila Datuk Sukar pulang,Fuad meluahkan perasaannya
Apabila Datuk Sukar pulang,Fuad meluahkan perasaannya. Datuk Sukar pun menjelaskan sebab dia bertindak demikian. Beliau dan Tauke Ban Heng telah berpakat untuk bekerjasama dengan pelabur dari Hong Kong. Mereka bercadang membuka sebuah kilang tekstil. Malangnya tanah Tauke Ban Heng tidak cukup luas. Justeru, Datuk Sukar mengambil tanah Fuad di sebelah tanah Tauke Ban Heng itu.

8 Datuk Sukar menawarkan bayaran sebanyak RM280,000
Datuk Sukar menawarkan bayaran sebanyak RM280, untuk membeli tanah itu. Namun Fuad tidak cepat gelap mata. Dia meminta Datuk Sukar memulangkan geran tanah kepadanya. Datuk Sukar menjadi marah kerana Fuad telah mengganggu rancangannya. Dia juga mengungkit budi yang pernah ditaburkannya kepada Fuad. Misalnya mengambil Fuad bekerja di syarikatnya dan merestui hubungan cinta Fuad dengan Junainah.

9 Apabila Fuad masih berkeras untuk mengambil geran tanahnya semula, Datuk Sukar terpaksa menyerahkan geran itu lalu menghalau Fuad dari rumahnya. Ketika Fuad sampai di pintu pagar. Junainah telah mengejarnya dan meminta supaya hubungan mereka tidak terputus setakat itu. Ketika itulah Datin Sipah memanggil mereka supaya masuk ke rumah kerana Datuk Sukar tiba-tiba pengsan.

10 TEMA Perasaan cinta kepada tanah pusaka yang menjadi warisan keluarga.

11 PERSOALAN a) Kesanggupan untuk berkorban apa sahaja bagi
mempertahankan tanah pusaka. b) Sikap tegas dan tidak mudah lupa diri setelah memperoleh wang ringgit atau kekayaan.

12 PLOT PUNCAK PERMULAAN PERKEMBANGAN PELERAIAN

13 P E R M U L A N Fuad melepaskan rasa marah terhadap Datuk Sukar di hadapan ibunya.

14 P E R K M B A N G PERKEMBANGAN
Datuk Sukar menggunakan tipu helahnya untuk mendapatkan tanah pusaka milik keluarga Fuad. Datuk Sukar mengambil cap jari ibu Fuad semasa Fuad berada di Singapura. Ibu Fuad yang buta huruf tidak mengesyaki apa-apa kerana kedudukan Datuk Sukar yang begitu berpengaruh.

15 P E R K M B A N G Ibu Fuad beranggapan tindakan yang dilakukan oleh Datuk Sukar telah dipersetujui oleh Fuad kerana Fuad bekerja dengan Datuk Sukar. Fuad ke rumah Datuk Sukar. Kedatangannya disambut baik oleh Datin Sipah dan Junainah. Mereka kesal dengan tindakan Datuk Sukar yang ketika itu tiada di rumah.

16 P U N C A K PUNCAK Fuad melepaskan rasa marahnya terhadap Datuk Sukar.
Datuk Sukar cuba mempertahankan dirinya dengan alasan ingin membantu keluarga Fuad. Fuad membantah dan mendesak agar geran tanahnya dikembalikan. Datuk Sukar menghalau Fuad dari rumahnya. P U N C A K

17 P E L R A I N PELERAIAN Datuk Sukar kembalikan geran tanah milik keluarga Fuad. Fuad tinggalkan rumah Datuk Sukar. Datuk Sukar jatuh pengsan.

18 WATAK DAN PERWATAKAN FUAD F U A D
Anak bongsu daripada dua adik-beradik. Berusia 27 tahun. Dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Hanya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Pangkat 3. Mempunyai seorang abang yang bersikap tegas dan keras hati. Bertugas sebagai penyelia di syarikat Datuk Sukar. Berani menegakkan kebenaran. Taat menunaikan suruhan Tuhan. F U A D

19 D A T DATUK SUKAR U K S R Berusia 50 tahun.
Bertubuh gempal, bermisai nipis dan berjanggut sejemput. Suami Datin Sipah dan ayah kepada Junainah. Seorang kenamaan dan kaya. Seorang yang ego, pendendam dan tidak mahu mengalah. Tidak jujur dan banyak menipu orang demi kepentingan diri sendiri.

20 MAK Ibu Fuad. Sudah tua dan merupakan janda kepada dua orang anak lelaki. Rambutnya sudah banyak beruban dan mukanya berkedut. Buta huruf dan berbaik sangka. Tidak menyangka Datuk Sukar akan mempermainkannya. M A K

21 J U N A I D H JUNAINAH Anak Datuk Sukar dan Datin Sipah. Berusia 21 tahun dan memiliki rupa paras yang cantik. Memiliki rambut yang panjang sampai ke punggung, berkulit putih,sepasang mata yang cantik, mukanya berbentuk bulat dan tubuhnya tinggi lampai . Kekasih Fuad. Guru lepasan maktab.

22 D A T I N S P H DATIN SIPAH Isteri Datuk Sukar dan ibu Junainah. Memiliki sifat-sifat yang positif seperti baik hati, befikiran rasional, berhemah tinggi dan lemah lembut.

23 LATAR TEMPAT Rumah Fuad Dalam rumah Datuk Sukar Luar rumah Datuk sukar
Maktab perguruan Dewan negeri

24 LATAR MASA Dalam lingkungan lima jam (lewat petang hingga 11 malam)
Waktu malam (selepas maghrib)

25 LATAR MASYARAKAT Masyarakat yang menentang penyelewengan
Golongan berpengaruh yang menyalahgunakan kedudukannya Masyarakat yang tidak memilih darjat

26 GAYA BAHASA Peribahasa Contoh: keras hati,bermain kayu tiga,dan lepas
mulut. Personifikasi Contoh: Telinganya jelas menangkap kata-kata Datin Sipah. Pengulangan Contoh: Datuk Sukar orang besar,orang kaya,orang ada pengaruh.

27 NILAI Kasih sayang Memberi pertolongan atau bantuan Ikhlas. Berani.
Contoh: Fuad sangat sayang akan Junainah dan berhasrat mengambil Junainah sebagai isterinya. Memberi pertolongan atau bantuan Contoh: Datuk Sukar mengambil Fuad yang berkelulusn SPM dengan pangkat 3 untuk bekerja di syarikatnya. Ikhlas. Contoh: Datuk Sukar dgn ikhlas membantu Fuad dengan cara mengambil pemuda itu sebagai pekerjanya. Berani. Contoh: Fuad berani melawan Datuk Sukar demi mempertahan kan tanah pusaka yang cuba diambil oleh Datuk Sukar.

28 PENGAJARAN Jangan bertindak mengikut emosi sehingga menimbulkan kesusahan kepada orang lain. Jangan bertindak terburu-buru kerana tindakan begitu hanya akan menimbulkan masalah. Kita hendaklah berunding secara baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

29 SEKIAN SELAMAT MAJU JAYA…


Download ppt "LOADING…….PLEASE WAIT……"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google