Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Golongan Kata: Kata Tugas

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Golongan Kata: Kata Tugas"— Transcript presentasi:

1 Golongan Kata: Kata Tugas
MINGGU 07 Golongan Kata: Kata Tugas

2 HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti: Pengertian kata tugas Ciri kata tugas Kelompok kata tugas, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata

3 KATA TUGAS Kata yang hadir dalam frasa, klausa dan ayat dengan tugasnya semata-mata untuk memungkinkan kata lain berperanan dalam ayat, sama ada sebagai penerang, penentu, penguat, pemeri, pembantu, atau tugas lain.

4 CIRI KATA TUGAS Tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat. Mempunyai maksud gramatikal tetapi tidak mempunyai maksud leksikal. Maksud KT ditentukan oleh kehadiran kata lain. Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai tugas. Tidak mengalami perubahan bentuk untuk sebahagian besar KT. Tidak mudah terpengaruh oleh unsur asing.

5 KELOMPOK KATA TUGAS KATA PENYAMBUNG AYAT KATA PRAKLAUSA KATA PRAFRASA KATA PASCAKATA

6 KATA PENYAMBUNG AYAT Kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan atau penerusan. Dua binaan ayat atau lebih yang digubungkan itu akan mewujudkan ayat majmuk. Kata hubung berfungsi sebagai penghubung unit tatabahasa. Tiga jenis kata hubung, iaitu: * kata hubung gabungan * kata hubung pancangan * kata hubung berpasangan

7 KATA PRAKLAUSA Kata yang hadir sebelum rangkaian perkataan yang mengandung subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian ayat. Tugasnya untuk mewujudkan seruan, pertanyaan, pengiaan atau penerang pada klausa. Kata yang termasuk dalam praklausa ialah: * kata seru * kata tanya * kata perintah * kata pembenar * kata pangkal ayat

8 KATA PRAFRASA Kata yang hadir sebelum kelompok kata, rangkai kata (selain ungkapan atau kata majmuk). Kata yang termasuk dalam prafrasa ialah: * kata bantu * kata penguat * kata penegas * kata nafi * kata pemeri * kata sendi nama * kata arah * kata bilangan

9 KATA PASCAKATA Kata yang hadir selepas perkataan. Fungsinya sebagai penekan atau pembenda. Kata yang termasuk dalam pascakata ialah: * kata penekan * kata pembenda

10 KATA HUBUNG GABUNGAN Kata yang menghubungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, atau ayat dengan ayat yang sama sifatnya, dan memiliki status yang sama. Contoh perkataan: dan, tetapi, kecuali, atau, malahan, melainkan, lalu, sambil, maka, kemudian, serta, padahal… Contoh ayat: * Petir berdentum lalu kilat sabung-menyabung. * Mahasiswa itu sedih maka dia pun menangis tersesak-esak. * Orang itu miskin tetapi dia bahagia. * Saudara akan memilih yang ini atau yang itu?

11 KATA HUBUNG PANCANGAN Kata yang digunakan untuk memancangkan (menempatkan) klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk untuk membentuk ayat pancangan. Kata hubung pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: * kata hubung pancangan relatif * kata hubung pancangan komplemen * kata hubung pancangan keterangan

12 KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF
Kata yang bertugas sebagai penghubung klausa utama dengan klausa yang kecil. Kata hubung jenis ini hanyalah yang. Contoh: * Mahasiswa yang kena dera itu sudah mati. * Mahasiswi yang tersenyum itu buah hatiku. * Saya makan nasi dengan seniman yang disukai ramai. * Buah yang tergantung itu paling disukainya. * Kain yang terlondeh itu dilucutkannya.

13 KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN
Kata yang bertugas menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata hubung jenis ini ialah bahawa dan untuk. Contoh: * Orang itu memberitahu bahawa penderitaan yang dialaminya semakin parah. * Kita mengetahui bahawa demontrasi itu tidak baik. * Untuk mencapai bahagia, kita mestilah berusaha bersungguh- sungguh dalam semua perkara.

14 KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
Kata yang bertugas menghubungkan klausa keterangan dengan klausa utama. Contoh perkataan: kerana, meskipun, sedangkan, agar, sebelum, sungguhpun, apabila, sejak, walau bagaimanapun, hingga, sekiranya, sekalipun, jika, selama, sehingga, jikalau, walaupun, oleh sebab, tatkala, demi, semenjak, seandainya, semasa, semoga, supaya, andai kata… Contoh ayat: * Sekiranya aku pergi dahulu, engkau tunggulah di pintu syurga. * Andaikata engkau menjadi bunga, aku menjadi tangkainya.

15 KATA HUBUNG BERPASANGAN
Kata hubung yang hadir secara berpasangan dalam menghubungkan dua klausa. Contoh: baik … ataupun, baik … baik, baik … mahupun, bukan saja … bahkan juga, bukan saja … tetapi juga, entah … entah, jangankan … pun, kian … kian, makin … makin, sedangkan … apatah lagi, sedangkan … tambahan pula, sungguhpun … namun. Contoh ayat: * entah berbuah entah tidak. * jangankan di mulut naga, di lautan api pun… * makin jauh ditinggalkan, makin dekat… * sungguhpun dadah itu berbahaya, namun… * Sedangkan bah kapal tak hanyut, tambahan pula kemarau …

16 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: dan Tugas dan fungsi: penghubung satuan bahasa (kata, frasa, klausa dan ayat) yang setara, yang termasuk dalam jenis yang sama serta memiliki fungsi yang tidak berbeda. Contoh: * Tangannya patah sebelah dan kakinya luka-luka. * Ali dan Lim ke sekolah dengan basikal. * Emak membeli ikan dan udang

17 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: serta Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau sifat. Contoh: * Hang Jebat melompat serta menghunus keris. * Isterinya rajin serta gigih. * Pakaiannya kemas serta anggun. * Hang Tuah menangkis serta menikam.

18 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: lalu Tugas dan fungsi: menggabungkan dua perbuatan yang berlaku berturut-turut. Contoh: * Orang itu bangun lalu keluar. * Ia mengejar pencuri itu lalu menangkapnya. * Tun Teja menangis lalu turun ke taman. * Dia menengking lalu menumbuk meja.

19 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: atau Tugas dan fungsi: menunjukkan pilihan antara beberapa hal atau perkara. Contoh: * Anda akan bermalam di rumah kawan atau hotel? * Tuankah atau saya yang harus pergi ke bulan. * Anda boleh memilih buletin atau surat akhbar.

20 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: tetapi Tugas dan fungsi: menunjukkan perkara yang berlainan. Contoh: * Budak itu pandai tetapi malas. * Adik Lina telah besar tetapi belum boleh bercakap. * Orang itu berkelulusan tinggi tetapi kelakuannya tidak senonoh. * Rumahnya besar tetapi kurang selesa. * Orang itu miskin tetapi tidak kedekut.

21 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: melainkan, kecuali Tugas dan fungsi: menunjukkan kekecualian Contoh: * Dia akan dihukum melainkan / kecuali dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bersalah. * Mereka bekerja tiap-tiap hari melainkan / kecuali hari Ahad. * Mahasiswa itu datang ke kuliah setiap hari melainkan / kecuali dia sakit.

22 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: supaya, agar Tugas dan fungsi: menunjukkan tujuan atau harapan, mudah-mudahan sampai pada maksudnya. Contoh: Ia makan ubat supaya cepat sembuh. Kami mesti meningkatkan pengeluaran barang itu supaya harganya turun. Ia belajar dengan tekun agar mendapat kejayaan kelak.

23 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: sambil Tugas dan fungsi: menunjukkan keserentakan perbuatan atau peristiwa yang bersamaan; sembari. Contoh: * Dia mengucapkan selamat tinggal sambil melambai- lambaikan tangannya. * Ia berkata sambil menyerahkan bungkusan itu. * Sambil bekerja, saya mencuri pandang ke arahnya. * Dia membaca buku sambil mendengar radio.

24 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: manakala Tugas dan fungsi: menunjukkan masa dan hal yang bertentangan. Contoh: * Manakala hari telah senja, burung-burung pulang ke sarang. * Ia berehat-rehat sahaja, manakala orang lain sibuk bekerja. * Pak Kaduk bersorak dengan hebatnya, manakala si Luncai terjun dengan labu-labunya.

25 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: jika, kalau, jikalau, sekiranya Tugas dan fungsi: menunjukkan syarat Contoh: * Jika hari hujan, saya tidak akan pergi ke sana. * Jikalau sudah lewat, naiklah teksi. * Kalau boleh saya akan menyertai rombongan itu. * Sekiranya engkau pergi dahulu… * Kahwinlah sampai empat sekiranya mampu.

26 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung koordinat: kerana Tugas dan fungsi: menunjukkan sebab atau alasan terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku. Contoh: * Ia lambat ke kuliah kerana ketinggalan bas. * Dia sakit hati kerana perbuaran kamu. * Mahasiswa itu kecewa amat kerana sudah jatuh ditimpa tangga. * Kerana gagal dalam peperiksaan, mahasiswa itu membunuh diri.

27 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung subordinat: apabila, semenjak, sementara Tugas dan fungsi: menunjukkan masa Contoh: * Rumah itu sudah hangus terbakar apabila pasukan bomba tiba. * Carilah kerja sementara menunggu keputusan STPM anda. * Semenjak didenda oleh ayahnya, Ali tidak berani merokok lagi.

28 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung subordinat: sebelum, setelah Tugas dan fungsi: menunjukkan masa sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh: * Saya akan menemui orang itu sebelum pukul tiga pagi. * Setelah bertikam dengan hebatnya, Hang Jebat pun tewas. * Mahasiswa itu menjeling dengan jelingan membunuh sebelum meninggalkan dewan. * Orang itu tertidur setelah penat bekerja.

29 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung subordinat: sampai, sehingga Tugas dan fungsi: menunjukkan had atau kadar Contoh: * Saya menunggu kedatangannya sampai senja. * Ia bekerja kuat sehingga badannya berpeluh. * Dia menjerit sampai suaranya serak. * Kusangka panas sehingga petang…

30 PENGGUNAAN KATA HUBUNG
Kata hubung subordinat: selagi Tugas dan fungsi: menunjukkan sesuatu hal yang masih belum berhenti. Contoh: * Saya tidak akan meletakkan jawatan selagi saya mendapat sokongan anggota parti. * Mereka tidak akan melabur di negara ini selagi keadaan politik tidak stabil. * Selagi hayat dikandung badan, cintaku padamu akan tetap menyala.

31 KATA HUBUNG BERPASANGAN
baik … mahupun: * Semua orang sayang akan mahasiswa itu, baik yang tua mahupun yang muda sama ada … atau: * Orang itu tidak pasti sama ada tindakannya itu betul atau salah. * Kami ingin mengetahui sama ada mahasiswi itu masih bujang atau telah berumah tangga. daripada … lebih baik: * Daripada dua lebih baik tiga. * Daripada berputih mata, lebih baik berputih tulang.

32 KATA HUBUNG BERPASANGAN
jangankan … pun: * Jangankan di mulut harimau, di mulut naga pun sanggup direbutnya. * Jangankan dua, satu pun tidak terlarat olehnya. bukan saja … tetapi juga: * Peraturan ini bukan saja untuk mahasiswa tetapi juga untuk staf akademik. entah … entah: * entahkan kasih entahkan tidak. sungguhpun … namun: * Sungguhpun banyak bintang di langit, namun bintang kejora juga yang jadi idaman.

33 KATA PRAKLAUSA: KATA SERU
Kata yang digunakan untuk memanggil atau yang dikeluarkan dengan tiba-tiba untuk menyatakan pelabagai rasa hati seperti geram, hairan, hiba, sindiran, marah, sakit, takut, terperanjat, kecewa, menarik perhatian, kagum, menyapa, mengejek, menolak, sedih, benci, simpati, cemas, setuju dan kasihan. Pada umunya, kata seru mengarah pada sikap negatif, positif, kehairanan dan bercampur bergantung pada makna yang mengiringinya. Contoh: aduh, cis, nah, aduhai, cih, oh, ah, eh, wah, amboi, hai, wahai, syabas, celaka, hoi, ya Allah, ha, ha, ha…, yahoo, hei, ayuh, wau, baik, syukur… * Aduh, cantiknya gadis ini! * Amboi, sombongnya! * Hai, lama tak nampak! * Oh, sungguh jauh dikau pergi!

34 KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA
Kata yang digunakan untuk menanya sesuatu, iaitu yang berupa permintaan, keterangan dan penjelasan. Dalam ayat, kata tanya hadir sebagai sebahagian predikat, dan partikel kah boleh hadir dengan kata tanya yang dikedepankan. Contoh: mengapa (sebab apa, apa fasal, apa sebab), berapa (jumlah, besar, bilangan, harga, tinggi…), bila (waktu, masa, ketika, kapan), bagaimana (hal, proses). * Mengapakah dia termenung? * Isterinya berapa orang? * Bilakah kita akan bahagia? * Anda hendak ke sana, bagaimana?

35 KATA PRAKLAUSA: KATA TANYA
Terdapat juga kata ganti nama yang berfungsi sebagai kata tanya, seperti apa, siapa, mana dan di mana. Contoh: * Yang bergerak-gerak di dalam kain itu apa? * Mahasiswa itu siapa? * Mereka itu dari mana? * Apakah yang kamu bawa itu? * Siapakah nama anda? * Di manakah akan kucari ganti…

36 KATA PRAKLAUSA: KATA PERINTAH
Kata yang menyuruh atau mengarah melakukan sesuatu arahan, suruhan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh: jangan (tidak boleh), usah (jangan), sila (minta dengan hormat), jemput ( ajak atau undang), minta (mohon sesuatu), tolong (minta bantuan atau sokongan), harap (ingin akan sesuatu). * Janganlah tinggalkan aku di sini. * Usahlah bersedih hati. * Silalah masuk. * Tolong tinggalkan tempat ini. * Harap-harap kelapa puan… * Minta perhatian…

37 KATA PRAKLAUSA: KATA PEMBENAR
Kata yang mengisahkan sesuatu kenyataan sebagai betul, tidak salah, tepat seperti yang dikehendaki. Contoh: ya, benar, betul. * Ya, itulah yang saya maksudkan. * Ya, di sanalah rumah isteri mudanya. * Benar, mahasiswa itulah yang ditangkap semalam. * Betul, kalau tak percaya, tanyalah neneknya. * Betul, dia sudah berumah tangga. * Benar, orang itulah batu apinya.

38 KATA PRAKLAUSA: KATA PANGKAL AYAT
Kata yang hadir pada bahagian awal ayat. Fungsinya ialah untuk menyambung ayat dalam suatu wacana. Contoh: hatta (lalu, maka, kemudian daripada itu, sampai, hingga), maka (lalu, sudah itu), syahadan (selanjutnya), adapun (tentang, perihal), alkisah (kisahnya, ceritanya), kalakian (kala itu, ketika itu, kemudian), sebermula (peristiwa, pertama-tama), sekali peristiwa (pada suatu kejadian), arakian (sesudah itu). * Maka tergila-gilalah perempuan, anak dara-dara dan janda janda kepada Harith Fadhilah. * Syahadan tengah baginda duduk berkata-kata itu… * Alkisah, maka tersebutlah perkataan Ratu Pandan… * Sebermula, akan segala kedayan, menteri… * Adapun Harith Fadhilah itu leka…

39 KATA BANTU Kata yang wujud sebelum kata utama untuk membantu KKJ, KAdj atau KSN dengan mewujudkan makna tambahan dari aspek ciri waktu dan harapan atau ragam. Kata bantu tidak mempunyai fungsi dan makna yang tersendiri. Kata bantu tidak menerima kata daripada golongan lain untuk membentuk kumpulan tertutup. Kata bantu tidak berimbuhan dan tidak mengubah golongan kata. Kata bantu tidak diikuti oleh objek (KN). Kata bantu hanya digunakan untuk menggabungkannya dengan kata lain. Kata bantu terbahagi dua, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.

40 KATA BANTU ASPEK Kata yang menunjukkan pelbagai suasana perbedaan masa, iaitu: > Keadaan yang telah berlaku: sudah, telah, pernah > Keadaan yang sedang berlaku: sedang, masih, tengah > Keadaan yang belum berlaku: belum, akan * Orang itu telah mengetahui bahawa peria itu pahit. * Dia masih ingat akan kekasih lama. * Saya tidak muda lagi, tetapi saya belum tua.

41 Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah.
KATA BANTU RAGAM Kata yang menyatakan pelbagai ragam tingkah laku, cara dan olah. > menunjukkan kehendak: mahu, hendak, ingin > menunjukkan keupayaan: boleh, dapat, bisa > menunjukkan kebarangkalian: kemungkinan, mungkin, barangkali > menunjukkan kemestian: mesti, wajib, harus, perlu, pasti, patut, tentu, memang * Suaminya hendak berkahwin lagi * Mahasiswa boleh pergi ke bulan * Orang itu mungkin sembuh daripada penyakit * Kita patut bersyukur kepada Tuhan

42 KATA BANTU ASPEK DAN KATA BANTU RAGAM
Kata bantu aspek (masa perbuatan) dan kata bantu ragam (perasaan yang berkait dengan perbuatan) boleh digunakan bersama-sama dalam satu ayat. > Buah mempelam itu mesti akan masak pada akhir bulan ini. > Jandanya itu harus sudah berkahwin. > Permaisuri sedang hendak bersiram. > Mahasiswa itu belum boleh berjalan. > Mahasiswi itu belum mahu berkenalan.

43 KATA PENGUAT Kata penguat menjadi penanda KAdj, dan boleh hadir di hadapan KAdj sahaja, di belakang KAdj sahaja, atau bebas, iaitu di hadapan atau di belakang KAdj. Fungsinya memberi penekanan maksud KAdj. Kata penguat hadapan: agak, begitu, demikian, kurang, lebih, paling, terlalu, cukup… Penguat belakang: benar, betul, nian, sekali. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh. Kata penguat boleh digunakan pada KKJ yang berfungsi sebagai KAdj: sangat bersedih, amat berjimat… Kata penguat bebas sahaja yang diizinkan hadir dengan penguat belakang: sangat indah nian, sungguh cantik sekali… Contoh lain: begitu ceria, degil betul, sungguh gembira, demikian sulit, hebat sekali, malu amat, indah nian…

44 KATA PENEGAS Kata yang menjelaskan bahagian tertentu dalam ayat. Kata penegas menekankan bahagian dalam ayat. Maknanya dapat dipastikan dengan jelas setelah digunakan dalam ayat. Kata penegas terbahagi dua, iaitu kata partikel penegas FPred, dan kata akar penegas FN. Kata partikel penegas FPred: kah, tah, lah Kata akar penegas FN: juga, jua, sahaja, saja, pun, lagi, hanya, memang, cuma, yang. * Yang tersenyum itulah buah hatiku * Alangkah bertuahnya orang itu * Hanya engkau yang aku cinta * Dia pun akan ke sana juga

45 KATA NAFI Kata yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu FN, FKJ, FAdj, FSN, dan larangan ayat perintah. Penafian FKJ dan FAdj: tidak Penafian dua perkara yang bertentangan: entah Penafian FN dan FSN: bukan, tiada. Penafian ayat perintah: jangan Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum FKJ jika faktanya bertentangan * tiada ibu dan bapa * bukan saudaranya * tidak berkenan * tidak sopan * entah ya entah tidak * jangan masuk * Mahasiswa itu bukan hendak berkahwin tetapi main-main sahaja.

46 KATA PEMERI Kata yang menerangkan hal (perkara atau peristiwa) atau perangkai antara subjek dengan frasa utama predikat, dan bersifat pilihan. Kata pemeri dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pemerian secara persamaan (ekuatif) dan hadir di hadapan FN, dan pemerian secara huraian, dan hadir di hadapan FAdj dan FSN. Pemerian secara persamaan: ialah dan pemerian secara huraian: adalah Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan KKJ, dan dalam ayat nafi. > Raja Ali Haji ialah pengarang Tuhfat Al-Nafis > Yang dikatakan itu adalah benar > adalah dimaklumkan…(tidak gramatis) > Orang itu adalah tidak pandai (tidak gramatis)

47 KATA SENDI NAMA KSN ialah kata yang hadir di hadapan FN. KSN memerlukan FN untuk membentuk FSN supaya dapat berfungsi sebagai predikat. Fungsinya untuk merangkaikan FN dengan kata atau frasa lain. Fungsinya itu berbeda berdasarkan konteks penggunaannya yang khusus. Contoh KSN: akan KN, antara KN, oleh KN, pada KN, di KN, tentang KN, demi KN, dalam KN, atas KN, bagi KN, daripada KN, sejak KN, terhadap KN, bagai KN, sampai KN, dengan KN, hingga KN, kepada KN, seperti KN, untuk KN, umpama KN…

48 PENGGUNAAN KSN: di KSN di digunakan untuk: tempat dan arah * di bandar ini, dia dilahirkan * Orang itu mencari isteri di desa terpencil * Tangannya sakit di sebelah kanan * Kekacauan meletus di selatan Thailand * di sanalah cintanya terpahat

49 PENGGUNAAN KSN: pada KSN pada digunakan untuk: masa, orang, haiwan, dan benda mujarad Contoh KSN pada: * Pada masa ini, bapanya sedang bertapa * Bungkusan itu ada pada Halimah * Virus berbahaya ada pada burung * Pada bayangan wajahmu kulihat bulan

50 PENGGUNAAN KSN: ke KSN ke digunakan untuk: tempat, arah, benda konkrit tak bernyawa, dan masa Contoh KSN ke: * Mahasiswa itu balik ke Terengganu * Kaca terhempas ke batu * Dia sentiasa bermimpi ke zaman bahari * Dia memandang ke dalam bilik itu * Bulan Syawal sudah sampai ke penghujungnya

51 PENGGUNAAN KSN: kepada
KSN kepada digunakan untuk: benda bernyawa, benda mujarad kecuali masa, pecahan dan perubahan keadaan, dan letaknya mendahului KN atau FN yang merujuk orang atau objek Contoh KSN kepada: * Dia menghantarkan surat itu kepada isterinya * Dikirimkan rindu kepada angin nan lalu * Kumpulan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian * Banjir yang melanda telah tiba kepada paras yang maksimum

52 PENGGUNAAN KSN: dari KSN dari digunakan di hadapan KN / FN dalam hal yang menunjukkan: masa, tempat dan arah Contoh KSN dari: * Sejarah hendaklah dinilai dari masa kini dan dini * Ibu bapanya berasal dari Arab * Kereta itu datang dari kanan jalan * Orang itu dari Kuala Lumpur * Dia keluar dari dalam rumah itu

53 PENGGUNAAN KSN: daripada
KSN daripada digunakan di hadapan KN / FN untuk hal yang lebih umum: orang, perbandingan, asal kejadian, dan bahagian sesuatu Contoh KSN daripada: * Hadiah diterima daripada putera itu * Mangga Thailand lebih sedap daripada mangga Kelantan * Daripada benang dibuat kain * Daripada dua bahagian digabungkan menjadi satu bahagian

54 PENGGUNAAN KSN: bagi KSN bagi digunakan untuk menyatakan hubungan yang membawa maksud untuk. Dalam konteks ini, untuk dan bagi boleh bertukar ganti berasaskan mana suka. KSN bagi tidak digunakan dengan kata kerja. Contoh KSN bagi: > Gaji untuk / bagi bulan ini sudah dibayar kelmarin. > Sijil Penghargaan untuk / bagi peserta bengkel akan diserahkan pada minggu hadapan. > Senapang untuk menembak gajah.

55 PENGGUNAAN KSN: demi KSN demi digunakan untuk maksud: tujuan, penegas, dan urutan Contoh KSN demi: * Demi kekasih tercinta, saya sanggup melakukan apa-apa sahaja * Seorang demi seorang perajurit itu gugur ke bumi * Satu demi satu pakaiannya dibuka * Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian…

56 PENGGUNAAN KSN: sejak / Semenjak
KSN sejak / semenjak digunakan untuk: waktu / masa Contoh KSN sejak: * Sejak hari pernikahannya, dia tidak pernah berbual-bual dengan kita lagi. * Sejak minggu lepas, dia tidak pernah datang ke kuliah. * Semenjak ibunya meninggal, dia tidak pernah ketawa.

57 PENGGUNAAN KSN: dalam / antara
KSN dalam / antara digunakan untuk: lingkungan yang tidak beruang dan tidak mempunyai jarak, dan jangka waktu Contoh KSN dalam / antara: * Dalam perkara ini, kita hendaklah bertindak bijak. * Mata pelajaran Matematik akan diajar dalam bahasa Inggeris. * Dalam masa 15 minit, dia akan sampai ke sini. * Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula antara suami dengan isteri. * Antara pandangannya dengan pandangan saya jauh berbeda.

58 PENGGUNAAN KSN: sebagai
KSN sebagai digunakan untuk menyatakan: menjadi, selaku, seakan-akan, dan seumpama Contoh KSN sebagai: > Pemuda tampan itu telah dipilih sebagai ketua pasukan. > Kehidupan puteri itu sebagai layang-layang putus tali. > Sebagai rumusannya, kita hendaklah bersatu untuk mencapai kemenangan. > Sebagai balasannya, orang itu dibuang negeri.

59 PENGGUNAAN KSN: sebelum / selepas
KSN sebelum / selepas digunakan untuk maksud: sebelum: lebih cepat daripada selepas: sesudah Contoh KSN sebelum / selepas: * Sebelum saya, dia telah tiba ke sana. * Selepas makanan, minuman pula dihidangkannya.

60 PENGGUNAAN KSN: oleh KSN oleh digunakan untuk menunjukkan: > perhubungan pembuat perbuatan dalam ayat yang menggunakan di, dan ter, iaitu untuk perbuatan pasif > perhubungan yang membawa maksud sebab dan kerana Contoh KSN oleh: * Buku itu dibaca oleh Amin * Batu besar itu terangkat oleh Badang * Dia gagal oleh kelalaiannya sendiri

61 PENGGUNAAN KSN: akan KSN akan digunakan di hadapan kata untuk manusia, dan penggunaannya terhad kepada kata adjektif yang bersifat emotif. Contoh KSN akan: * Mahasiswa itu amat rindu akan buah hatinya * Orang banyak sangat benci akan perangainya * Banyak orang takut akan hantu * Orang Cina itu suka akan durian

62 PENGGUNAAN KSN: dengan
KSN dengan digunakan untuk menimbulkan maksud: bersama / beserta, perbandingan, padanan / kesesuaian, kesan atau cara, alat Contoh KSN dengan: * Ahmad berjalan dengan Aminah * Kulitnya sama putih dengan kapas * Dia menunjukkan marahnya dengan hentakan meja * Tuah menikam Jebat dengan keris

63 PENGGUNAAN KSN: hingga / sampai
KSN hingga / sampai digunakan secara bergantian untuk menandakan hal: peringkat had masa / waktu Contoh KSN hingga / sampai: * Kedua-dua isterinya berjaga hingga / sampai pagi * Hingga /sampai hilang suaranya orang itu menjerit 1- * Ketiga-tiga anaknya belajar hingga / sampai universiti

64 PENGGUNAAN KSN: seperti / bagai / umpama
KSN seperti / bagai / umpama digunakan sebelum KN / FN untuk menunjukkan perbandingan. Contoh KSN seperti / bagai / umpama: * Wajah puteri itu seperti bulan purnama * Cintanya seperti embun di hujung rumput * Orang itu bagai rusa masuk kampung * Dia bekerja bagai lipas kudung * Hamba ini umpama kiambang di air… * Umpama golok kayu, ditetak tak lut, dijual tak laku

65 PENGGUNAAN KSN: tentang
KSN tentang digunakan untuk menandakan perihal masa tertentu, dan rujukan mujarad. Contoh KSN tentang: * Alias berbincang tentang masalah kemiskinan dalam kuliahnya * Merujuk surat tuan tentang perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa… * Tentang perkara 4, ceraian 2…

66 PENGGUNAAN KSN: terhadap
KSN terhadap digunakan dalam posisi penyambut tentu seperti manusia, satwa dan benda, yang membawa maksud rujukan. Contoh KSN terhadap: * Ali sangsi terhadap kejujuran Ahmad * Ibu bapa mestilah adil terhadap anaknya * Kita perlu prihatin terhadap alam sekitar * Manusia semakin kejam terhadap satwa * Aku amat sedih dengan kenyataannya terhadap kegagalanku

67 PENGGUNAAN KSN: selama
KSN selama digunakan untuk menandakan perihal masa yang tertentu Contoh KSN selama: * Mahasiswi itu tidak datang ke kuliah selama dua minggu * Orang itu pengsan selama dua tahun * Selama ini, kuharap panas hingga petang, rupanya hujan di tengah hari * Selama tiga hari, orang itu berpuasa

68 PENGGUNAAN KSN: selain
KSN selain digunakan untuk menimbulkan maksud: hanya, di samping atau bersama Contoh KSN selain: * Majlis itu tidak mengandung aktiviti apa-apa selain penayangan filem. * Selain ceramah, diadakan juga aktiviti riadah. * Selain kopi, dihidangkan juga buah-buahan.

69 PENGGUNAAN KSN: sepanjang
KSN sepanjang digunakan untuk menandakan perihal: mengikut jarak, waktu, dan mengikut atau menurut Contoh KSN sepanjang: * Selepas berkahwin, dia tunduk sepanjang masa. * Mahasiswa itu tersenyum sepanjang jalan. * Sepanjang pengetahuan saya, ayam itu masih ayam dara. * Sepanjang pertemuan itu, dia membisu seribu bahasa.

70 KATA ARAH Kata arah ialah kata yang hadir di hadapan FN, dan lazimnya hadir di belakang KSN untuk memberitahukan tempat sesuatu itu berada, iaitu hala atau jurusan. Oleh itu, kata arah ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas. Contoh kata arah: atas, tengah, timur, sisi, selatan, sudut, utara, barat, tepi, sebelah, hadapan, dalam, antara, penjuru, bawah, segi, utara, samping… * Masalah itu dikaji dari sudut sosiologi. * Rumahnya terletak di antara kebun ubi dengan kebun durian. * Pasir roboh di tepi kali. * Di penjuru matamu kulihat bulan.

71 Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu…
KATA BILANGAN Kata bilangan ialah kata penerang jumlah KN, iaitu kata yang membawa maksud bilangan atau kuantiti. Oleh itu, kata bilangan ialah jenis KN yang tergolong dalam kata tugas. Kata bilangan terbahagi kepada enam jenis, iaitu: Bilangan tentu: satu, tiga, lima, enam puluh satu… Bilangan tidak tentu: masing-masing, segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit… Bilangan pisahan: setiap, tiap-tiap, masing-masing… Bilangan pecahan: separuh, setengah, tiga suku, satu pedua, seperempat, suku… Bilangan himpunan: berjuta-juta, berguni-guni, berabad-abad, kedua-dua, ratusan, jutaan… Bilangan tingkat atau ordinal: pertama, kedua, ketiga, keenam…

72 KATA BILANGAN Kata bilangan tidak tentu sudah mendukung maksud jamak. Oleh itu, KN yang diterangkannya tidak perlu digandakan lagi. Kata bilangan tentu boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contoh penggunaan kata bilangan: * Sesetengah mahasiswa tidak prihatin tentang politik semasa * Isterinya telah menunggu di situ lebih tiga suku jam * masing-masing tidak mahu mengalah * Ribuan penonton telah membanjiri Stadium Bukit Jalil * Lima buah rumah telah dirobohkan oleh pihak berkuasa Dewan Bandar Raya semalam

73 KATA PASCAKATA: KATA PENEKAN
Kata penekan ialah kata yang memberi penegasan pada kata yang bergabung dengannya. Contoh penggunaan kata penekan: * Keadaan mahasiswa itu sesungguhnya semakin tenat. * Buah yang tergantung itu nampaknya akan gugur. * Bahawasanya keadilan mesti dipertahankan dalam semua keadaan.

74 KATA PASCAKATA: KATA PEMBENDA
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu yang bukan KN sebagai KN. Contoh penggunaan kata pembenda: * Lajunya seperti kilat * Malunya bukan kepalang * Peladang itu berhujah dengan hebatnya * Datangnya seperti harimau, perginya seperti tikus

75 KESIMPULAN Kata tugas ialah kata yang hadir dalam frasa, klausa atau ayat dengan tugasnya untuk menjadikan kata lain berfungsi dalam ayat. Kata tugas terbahagi kepada empat kelompok, iaitu kata penyambung ayat, kata praklausa, kata prafrasa, dan kata pascakata. Kata penyambung ayat ialah kata yang menghubungkan ayat melalui proses penyambungan, iaitu menggunakan kata hubung gabungan, kata hubung pancangan, dan kata hubungan berpasangan. Kata praklausa ialah kata yang hadir sebelum klausa. Kata praklausa ialah kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat. Kata prafrasa ialah kata yang hadir sebelum frasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah dan kata bilangan. Kata pascakata ialah kata yang hadir selepas perkataan, iaitu kata penekan dan kata pembenda.

76 KATA BIJAK PANDAI SETIAP KEGAGALAN PASTI MENYISAKAN KESEMPATAN. KERANA KEGAGALAN BUKAN BERERTI KEMUNDURAN, TETAPI SEKADAR BERJALAN DI TEMPATNYA. ORANG YANG PERNAH GAGAL SAHAJA YANG MENGERTI MAKNA KEJAYAAN


Download ppt "Golongan Kata: Kata Tugas"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google