Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehGlenna Widyawati Muljana Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
ASAL-USUL NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA
2
JALUR GEMILANG ANAK BULAN Anak bulan tanda Agama Islam WARNA PUTIH
Menandakan kesucian WARNA BIRU Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia 14 jalur merah dan putih (melintang yang sama lebarnya) melambangkan keanggotaan yang sama bagi Kerajaan Persekutuan dan 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia WARNA MERAH Melambangkan keberanian BINTANG Bintang pecah 14 tandanya perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan WARNA KUNING Melambangkan warna Di Raja Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
3
Pohon Melaka melambangkan negeri Melaka
Bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri dan sebuah wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia Pohon Melaka melambangkan negeri Melaka Cogan kata negara Burung Kenyalang melambangkan negeri Sarawak Bintang dan anak bulan melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Warna kuning melambangkan warna Di-Raja Dua ekor harimau yang menompangi perisai melambangkan keberanian dan kekuatan Bunga raya,bunga kebangsaan Malaysia yang mewakili Kerajaan Persekutuan Perisai melambangkan kekuatan dan kesanggupan mempertahankan Kesatuan Malaysia oleh negeri-negeri yang bersekutu Lambang negeri Sabah Pohon pinang melambangkan negeri Pulau Pinang Empat warna di tengah -tengah mewakili negeri yang dahulunya Dikenal sebagai Negeri-negeri Bersekutu, Iaitu Pahang, Perak, Selangor, Dan Negeri Sembilan Lima bilah keris mewakili lima buah negeri yang dahulunya dikenal sebagai Negeri- Negeri Tidak Bersekutu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
4
NEGERI JOHOR JOHOR DARUL TAKZIM
Nama silam Johor adalah "Ujung Tanah", sementara R.O. Winstead dalam penulisannya pernah merujuk negeri Johor dengan nama "Wurawari", ianya adalah istilah jawa yang bermaksud "Air Jernih". Antara nama lama yang merujuk kepada Negeri Johor ialah, "Hujung Medini” (disebut dalam Syair Jawa Nagara Kretagama), Ganggayu (nama Johor sebelum 1450) dan Langyu. Namun nama negeri lebih kuat dipercayai berasal dari perkataan arab iaitu "Jauhar" yang membawa maksud "Permata". Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
5
Bendera Johor Jata Johor
Warna putih pada anak bulan dan bintang menandakan Raja yang berdaulat. Simbol anak bulan dan bintang menunjukkan lambang Agama Islam yang menjadi agama rasmi negeri Johor. Bahagian bewarna merah melambangkan keberanian dan ketabahan hulubalang dan pengikut Sultan Abu Bakar yang bersama-sama menerokai dan memajukan Johor. Maksud warna biru tua (Navy Blue) yang dipadankan dari warna laut ialah kerajaan dan rakyat. Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau. Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan. Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini. Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”. Bendera Johor Jata Johor Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
6
NEGERI KEDAH KEDAH DARUL AMAN
Kedah mengikut catatan ramai sejarawan adalah negeri tertua di Tanah Melayu, ianya berdasarkan penemuan arkeologi tentang kewujudan penempatan serta aktiviti masyarakat Melayu Proto. Nama Kedah mengikut rujukan catatan Arab dan Parsi ialah "Kilah", "Kalah" atau "Qalha". Dalam tulisan Sanskrit Kedah dicatatkan sebagai "Kataha" atau "Kadara", sementara dalam naskah Tamil ianya dikenali sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". Tetapi menurut Wilkinson, nama negeri ini berasal dari perkataan "Kheddah" yang membawa erti perangkap gajah, tetapi ada juga yang mengatakan Kedah adalah bermaksud "Gelas Berkaki" dalam bahasa Arab, ianya bersempena dengan perniagaan pedagang Arab yang menjual gelas berkaki pada masa itu. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
7
Bendera Kedah Jata Kedah
Anak bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning yang tanda negeri ini beragama Islam, dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang merah. Merah adalah warna tradisional negeri Kedah yang turun-temurun dan juga melambangkan kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya. Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan. Jambangan yang terdiri daripada lengkaran biji padi melambangkan komoditi pertanian utama negeri - beras. Anak bulan sabit melambangkan Islam sementara perisai melambangkan kekuasaan pemerintah. Perisai pula melambangkan kekuasaan. Bendera Kedah Jata Kedah Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
8
NEGERI KELANTAN KELANTAN DARUL NAIM
Mula muncul dalam catatan Ptolemy yang merujuk negeri ini sebagai Kalantan. Dikisahkan nama Kelantan diperkenalkan oleh orang India Utara, ianya berasal dari Bandar Koli, tempat kelahiran bonda kepada Gautama Buddha, nama Koli kemudian digabungkan dengan perkataan "Thana" yang bermaksuh Tanah, lalu jadilah "Kolithana" yang kemudiannya disebut oleh penduduk pada ketika itu sebagai "Kolamtanah" atau "Kolantam" yang akhirnya menjadi Kelantan. Catatan dalam ensiklopedia Ma Tuan-Lin ada menyebut tempat ini sebagai "Ko-lo". Dalam catatan China yang selainnya ada dikesan nama sepertu "Ho-lan-tan" atau "Kou-lo-tan". Sementara dalam peta De‘Eredia, wujud nama "Calantan Rio", sementara peta selainnya disebut "Calantan", "Calantam" dan "Calantao". Terdapat juga kisah bahawa nama Kelantan itu adalah bersempena dengan nama pokok "Gelam Hutan" yang tumbuh di pesisir pantai negeri Kelantan pada ketika itu. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
9
Bendera Kelantan Jata Kelantan
Bendera Kelantan yang berlatar belakang berwarna merah membawa maksud kejujuran penduduk, rakyat, raja. Lambang kebesaran bewarna putih pula menandakan kesucian Raja Negeri Kelantan. Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam. Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan“. Bendera Kelantan Jata Kelantan Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
10
MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH
NEGERI MELAKA MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH Selain dari kisah Parameswara yang menyaksikan seekor pelanduk menendang anjing hingga jatuh ke sungai dan Pokok Melaka tempat beliau bersandar ketika itu, terdapat teori lain bagaimana Melaka mendapat namanya. Dalam naskah lama "Sejarah Melayu" memang sudah disebut nama Melaka, ia mungkin dari istilah "Malakat" atau "Mulagah" yang digunakan oleh pedagang arab yang membawa maksud “tempat perhimpunan segala dagang". Dalam bahasa Sanskrit, Melaka mungkin dirujuk sebagai "Malayakolam" atau "Malayaka" yang membawa erti "negeri bagi orang-orang Melayu". Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
11
Bendera Melaka Jata Melaka
Sebelah kiri atas berwarna biru pekat dengan bulan sabit dan bintang pecah lima berwarna kuning. Sebelah kanan atas berwarna merah dan separuh bahagian bawah berwarna putih. Warna biru, kuning, merah dan putih yang terdapat pada bendera Melaka mencerminkan warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia (Jalur Gemilang). Ini menandakan Melaka sebagai sebuah negeri di Malaysia. Lambang bulan sabit dan bintang yang ada pula adalah simbol kepada agama Islam, agama rasmi negeri dan juga negara. Kelima warna yang terdapat pada lambang negeri ini adalah warna-warna yang menunjukkan bahawa Melaka sebuah negeri di Malaysia. Lima bilah keris di dalam lambang tersebut melambangkan 5 orang pahlawan Melaka pada zaman silam yang terkenal dan berani: Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturi. Bulan sabit dan bintang berpecah lima yang terdapat di atas tengah-tengahnya pula adalah simbol bahawa Agama Islam merupakan agama rasmi negeri tersebut. Di samping itu, terdapat juga pokok dan 2 ekor Pelanduk yang mengisahkan hikayat bagaimana Melaka diasaskan. Parameswara telah menyaksikan pergaduhan di antara seekor Pelanduk dengan seekor Anjing semasa baginda berehat di bawah pokok Melaka. Baginda berasa kagum dengan kekuatan dan kebijaksanaan pelanduk yang kecil itu. Walaupun kecil, pelanduk itu tetap gagah dan baginda akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan tempat tinggal di situ dan menamakannya bersempena pokok Melaka tersebut. Bendera Melaka Jata Melaka Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
12
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Nama negeri ini bersempena 9 “negeri” atau “kawasan” yang berada dibawah gabungannya, kawasan berkenaan ialah : Negeri Sembilan kemudiannya menyerahkan Klang kepada Selangor, Ulu Pahang dan Jelai kepada Pahang dan Segamat kepada Johor. Rombakan kawasan kemudianya menyenaraikan 9 kawasan berikut sebagai negeri yang sembilan, iaitu : 1) Sungai Ujong 2) Rembau 3) Jelebu 4) Johor 5) Ulu Muar 6) Inas 7) Gunung Pasir 8) Terachi 9) Jempol Sungai Ujong 2) Naning 3) Rembau 4) Jelebu 5) Johor 6) Klang Jelai 8) Ulu Pahang 9) Segamat Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
13
Bendera Negeri Sembilan Jata Negeri Sembilan
Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merahbermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini. Sembilan Tangkai Padi di dalam perisai bermaksud sembilan buah negeri dalam gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna Merah dalam perisai menunjukkan hubungan-hubungan pada masa lalu dengan British. Warna Hitam bermaksud Dato'-Dato' Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin. Warna kuning pula bermakna Yang Di-Pertuan Besar manakala Bintang Pecah Sembilan menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan yang sama. Pedang dan sarung di atas perisai memberi maksud Tanda Keadilan serta di tengah jata antara pedang dan sarung terletak Changgai Putri tanda kebesaran Yang Di-Pertuan Besar. Bendera Negeri Sembilan Jata Negeri Sembilan Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
14
NEGERI PAHANG PAHANG DARUL MAKMUR
Nama klasik bagi negeri ini ialah Inderapura, nama Pahang telah ada sebelum adanya negeri Melaka, ianya dikenali sebagai Pahang Tua. Tiada kisah yang jelas bagaimana Pahang mendapat namanya, namun dalam bahasa Khmer, Pahang itu bermaksud "timah" yang mungkin juga ada kena mengena dengan Sungai Lembing yang terkenal dengan timah. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
15
Bendera Pahang Jata Pahang
Bendera negeri mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bahagian bawah. Warna putih melambangkan kedaulatan dan pemerintahan negeri meliputi perkara-perkara berkenaan adat resam, adat istiadat, undang-undang, tatasusila dan kuasa-kuasa seorang Sultan yang memerintah negeri ini. Manakala, warna hitam adalah warna kebesaran Bendahara pada masa lampau yang pernah memerintah negeri ini. Jata negeri terdiri daripada gabungan cogan, gading bersilang, cogan kata ‘Ya Latiff’ dan skrol tertulis nama Negeri Pahang. Mata cogan yang berbentuk daun kopi adalah simbolik kepada peristiwa kejayaan sewaktu menyusun perancangan untuk mengambil alih pemerintahan Kerajaan Pahang oleh Wan Ahmad (Sultan Ahmad) yang ketika itu dihidangkan air kopi. Gading gajah yang bersilang melambangkan kegagahan dan keperwiraan negeri ini. Gading gajah juga melambangkan istiadat. Memberi erti negeri yang mempunyai adat istiadat sempena gajah yang pada zaman dahulu digunakan sebagai kenderaan dalam istiadat Diraja. Huruf jawi yang mengapit cogan tersebut adalah perkataan ‘Ya Latiff’ yang bermaksud ‘Allah Yang Maha Lembut’ ini merujuk kepada pemerintahan Sultan yang berpaksikan kepada Agama Islam. Bendera Pahang Jata Pahang Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
16
NEGERI PERAK PERAK DARUL RIDZUAN
Sepertimana Pahang, Perak juga mempunyai nama klasiknya yang tersendiri, iaitu “Gangga Negara”, pusat pemerintahan Gangga Negara ialah di Beruas. Menurut Hikayat Marong Mahawangsa, nama Perak diberi bersempena dengan anak panah bermata perak yang dilepaskan oleh anak Raja Merong Mahapodisat Kedah. Anak panah itu dilepaskan ke kawasan yang dihajati beliau untuk dijadikan sebuah negeri. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
17
Bendera Perak Jata Perak
Bendera Negeri Perak mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya. Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan. Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan. Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit yang mengandungi bunga padi. Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah. Bulan Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bunga Padi menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri. Bendera Perak Jata Perak Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
18
NEGERI PERLIS PERLIS INDRA KAYANGAN
Perlis dahulunya dikenali sebagai “Kayang" atau “Kayangan", dan nama Perlis diberi bersempena dengan nama seorang tua yang dianggap mempunyai keramat, iaitu "Tok Perlis". Ada juga versi lain bagaimana Perlis mendapat nama, berkemungkinan ianya berasal dari perkataan Siam "Phrau Loi" yang bermaksud kelapa hanyut, kelapa hanyut ini dikatakan banyak dijumpai oleh orang-orang siam yang menggunakan laluan Kuala Sungai Perlis untuk ke Kedah. Sebutan "Phrau Loi" ini bila disebut oleh masyarakat tempatan akhirnya menjadi "Perleh". Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
19
Bendera Perlis Jata Perlis
Bendera Negeri Perlis terdiri daripada gabungan dua warna. Pada jalur atas bendera menonjolkan warna kuning dan pada jalur bawah bendera menonjolkan warna biru. Di Nusantara, warna kuning adalah warna tradisional untuk raja-raja. Jadi, jalur berwarna kuning mengambarkan simbol pemerintahan beraja iaitu D.Y.M.M. Raja Perlis yang terdapat di Perlis, manakala jalur berwarna biru pula mengambarkan simbol rakyat jelata. Paduan warna ini menunjukkan hubungan erat antara "Raja dengan Rakyat". Lingkaran padi pada lambang negeri Perlis memberi maksud pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi. Perisai pula melambangkan kebanggaan dan kehormatan negeri itu. Lambang itu keseluruhannya bermakna kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya. Bendera Perlis Jata Perlis Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
20
PULAU PINANG PULAU MUTIARA
NEGERI PULAU PINANG PULAU PINANG PULAU MUTIARA Ianya berasal dari barisan pokok-pokok pinang di kawasan penempatan masyarakat asal melayu di kawasan pantai. Pulau Pinang pernah diberi nama "Prince of Wales Island" oleh Francis Light pada 11 Ogos 1786, tetapi mujur juga nama itu tidak lekat dan hanya wujud dalam catatan serta peta inggeris, tetapi tidak di bibir penduduk tempatan. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
21
Bendera Pulau Pinang Jata Pulau Pinang
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna putih maksudnya Negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna Kuning tanda kemakmuran. Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya. Pohon Pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua tiang dan empat kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua tiang ini melambangkan Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat. Empat kabel pula melambangkan empat jenis keturunan rakyat di negeri ini, iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jalur-jalur biru dan putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima tiap-tiap satu warna yang memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang terdapat di Pulau Pinang. Bendera Pulau Pinang Jata Pulau Pinang Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
22
NEGERI SABAH SABAH DI BAWAH BAYU
Pernah dikenali dengan nama "Api-Api", Sabah mendapat namanya daripada perkataan “saba", iaitu sejenis pisang yang digelar “pisang saba”, yang sekarang disebut sebagai “pisang menurun”. Kebanyakkan penduduk asal menanam pisang ini di penempatan mereka di sekitar pantai untuk dijadikan sumber makanan. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
23
BENDERA SABAH JATA SABAH
Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan Warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan Warna biru melambangkan keamanan dan ketenteraman Gunung melambangkan Gunung Kinabalu, iaitu melambangkan kerajaan negeri Sabah Nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama Biru Salji melambangkan perpaduan dan kemakmuran Warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan Gunung melambangkan Gunung Kinabalu, gunung yang tertinggi di Malaysia yang melambangkan kerajaan negeri Warna merah menunjukkan keberanian dan keyakinan Warna biru melambangkan keamanan dan ketenteraman Warna merah Warna merah menunjukkan keberanian dan keyakinan Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
24
SARAWAK BUMI KENYALANG
NEGERI SARAWAK SARAWAK BUMI KENYALANG Tiada kisah yang cukup popular untuk dijadikan sandaran bagaimana Sarawak mendapat nama, mungkin juga bersempena dengan nama Sungai Sarawak. Terdapat sumber dikalangan penduduk tempatan yang mengkisahkan nama Sarawak berasal dari ungkapan “serah pada awak", iaitu apabila Pengeran Muda Hashim menyerahkan pentadbiran negeri itu kepada James Brooke pada tahun 1841. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
25
BENDERA SARAWAK JATA SARAWAK
Kaki burung Kenyalang memegang satu pita yang bertulis cogan kata Sarawak, iaitu, Bersatu, Berusaha, Berbakti, melambangkan kedaulatan negeri dan senantiasa menjunjung cita-cita negara Malaysia Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka Bintang pecah sembilan melambangkan sembilan bahagian asal negeri Sarawak Burung Kenyalang melambangkan keberanian, kegagahan, dan keazaman Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya Sayap dan ekor burung Kenyalang mempunyai 13 jalur melambangkan 13 buah negeri dalam Malaysia Bunga raya melambangkan bunga kebangsaan negara Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
26
NEGERI SELANGOR SELANGOR DARUL EHSAN
Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor. Kononnya juga nama Selangor berasal dari pokok Mentangau yang banyak terdapat di kawasan pinggir sungai. Pohonnya besar dan rimbun boleh dilihat dari laut. Ada diantara pedagang mengatakan ‘aku singgah di Kuala Sungai Mentangau’ seterusnya berkembang kepada Kuala Selangau dan akhirnya menjadi Kuala Selangor. Pendapat lain ada menyatakan Selangor berasal dari perkataan ‘salang’ dan ‘jemur’. Dikatakan Kuala Selangor menjadi tempat penyiksaan para penderhaka dengan cara disalang dan dijemur sehingga mati. Dua perkataan salang dan jemur dicantumkan menjadi ‘selangur’. Maklumat ini telah di ambil dari laman web Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
27
BENDERA SELANGOR JATA SELANGOR
Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Warna putih melambangkan kesucian agama Islam Tulisan Jawi yang berbunyi "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri Tali bengkung yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu Dua bahagian yang berwarna kuning dan dua bahagian yang berwarna merah melambangkan darah dan daging, iaitu dua unsur yang perlu untuk memberikan jiwa dan tenaga kepada negeri Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
28
NEGERI TERENGGANU TERENGGANU DARUL IMAN
Dipercayai berasal dari cahaya kilat yang dilihat oleh penduduk Kelantan, lalu mereka berkata “Terangnya-ganu" atau maksud lainnya "terang hingga ke sana". Terdapat juga kisah yang mengatakan nama Terengganu berasal dari kisah penemuan taring gajah di sebatang sungai di Pulau Duyong, dek kerana saiz taring yang besar serta belum pernah dilihat oleh penduduk tempatan, mereka merujuk taring itu sebagai "Taring anu", sungai dimana taring tersebut dijumpai juga dikenali sebagai "Sungai Taring Anu". Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
29
Bendera Terengganu Jata Terengganu
Latar belakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan Terengganu. Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat. Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Diraja. Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala di sebelah kanannya ialah al-Quran melambangkan undang-undang. Buku Undang-undang di sebelah kiri pula menandakan keadilan dan Wali / Selampai menandakan Alatan Istiadat Kebesaran. Bendera Terengganu Jata Terengganu Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
30
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia. Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan berkeperibadian Malaysia. Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang berasaskan sains dan teknologi. Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara. Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah- tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian, kesucian dan perpaduan. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
31
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
32
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran. Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya. Iibrary.utem.edu.my Perpustakaan Laman Hikmah
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.