Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik"— Transcript presentasi:

1 WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik
Mohd Amir Hamizan bin Abdul Rahman Mohd Sodiqin bin Badrin Nur Azmina binti Suhaimi Ildah Nahur binti Padli

2 Konsep Fonetik Fonetik ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Fonetik berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon) atau proses penghasilan fisiologi dan persepsi neurofizika.

3 Kaedah Fonetik Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya. Kajian telah menunjukan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyi nama-nama huruf.

4 Cabang- Cabang Fonetik
Fonetik Artikulasi Fonetik Akustik Fonetik Forensik Fonetik Auditori

5 Fonetik Artikulasi – penghasilan bunyi percakapan, kedudukan atau bentuk alat dan daerah artikulasi ketika bunyi terhasil. Fonetik Akustik – sifat akustik percakapan seperti gelombang bunyi, frekuensi, kekerapan dan harmoni bunyi. Fonetik Auditori – dengan persepsi bunyi yang diterima masuk ke gegendang telinga seterusnya ditafsirkan oleh otak. Fonetik Forensik – kegunaan ilmu fonetik (sains percakapan) bagi tujuan forensik (perundangan).

6 26 vokal dan konsonan Melayu
/a/ = eee /b/ = beh /c/ = ceh /d/ = deh /e/ = iii /f/ = feh /g/ = geh /h/ = heh /i/ = ee’h /j/ = jeh /k/ = keh /l/ = leh /m/ = meh /n/ = neh /o/ = ooo /p/ = peh /q/ = qeh /r/ = reh /s/ = seh /t/ = the /u/ = uuu /v/ = veh /w/ = weh /x/ = xeh /y/ = yeh /z/ = zeh Vokal e dalam abjad Melayu membawa 2 bunyi iaitu /e/ = ‘iii’ (e taling – helah) dan /e/ = ‘e’ yang ditulis _ dalam bidang fonetik (e pepet – belah)

7 Proses Kaedah Fonetik Murid tahu bunyi huruf, dapat menyebutnya dan mengingatinya. Murid kenal bentuk huruf, rupa dan cara menulisnya. Murid dapat menghubungkan bunyi dengan huruf yang mewakili bunyi tersebut.

8 Halangan Minat Membaca
Tidak dapat membezakan bentuk huruf, kedudukan, susunan abjad dan sebutan huruf. Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadun membentuk suku kata dan perkataan. Gagal membezakan bunyi huruf dalam perkataan. Keliru dengan huruf yang hampir sama.

9 Jangan Lakukan… Elakkan daripada mengajar nama-nama huruf.
Elakkan mengajar murid mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat. Elakkan daripada mengajar murid mengenal bunyi huruf sambil mengenal nama huruf sekali gus. Elakkan daripada mengenal huruf-huruf besar dahulu.

10 Membatangkan Suku Kata dan Perkataan
Definisi Suku Kata Menurut Pandangan Sarjana Menurut ahli fonetik British, Danial Jones ( ) suku kata boleh didefinisikan sebagai satu deretan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan. Contohnya: a + ‘ku la + ‘ri

11 Nik Safiah Karim et. al (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyebut, perkataan adalah satu suku kata dalam bentuk bebas, mempunyai makna dan dapat berdiri sendiri. Menurut Goodman (1979), suku kata adalah unit terkecil dalam perkataan Melayu yang boleh dibunyikan dengan senang. Semua perkataan yang menjadi bahan dalam pelajaran membaca haruslah mempunyai kaitan dengan pengalaman murid-murid.

12 Membatangkan Suku Kata Dan Perkataan
Melibatkan proses mengeja sambil membaca sesuatu suku kata yang seterusnya akan membentuk perkataan. Contohnya: membatangkan huruf r + u menjadi ‘ru’ membatangkan huruf m + a + h menjadi ‘mah’ membatangkan suku kata ‘ru’ + ‘mah’ menjadi ‘rumah’

13 Kemahiran yang harus disampaikan kepada murid-murid harus disusun daripada yang mudah kepada yang lebih sukar bersesuaian dengan tiga peringkat domain kognitif: - pengetahuan - pemahaman - penggunaan

14 Membunyikan Huruf dan Asosiasi Benda dengan Bunyi Huruf

15 Apakah maksud Asosiasi?
Asiosasi bermaksud perkaitan, perhubungan atau pertalian - Kamus Dewan Edisi 4

16 Benda / Objek Bunyi huruf ayam dan api /a/ Benda / Objek Bunyi huruf ikan dan itik /i/

17 Benda / Objek Bunyi huruf otak dan oren /o/

18 Contoh Aktiviti : Nama objek / benda dan bunyi huruf

19

20 Membaca Frasa dan Ayat Frasa adalah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua atau satu perkataan yang berpotensi diperluaskan menjadi dua perkataan. Sesuatu perkataan akan dapat menjadi frasa apabila dapat menduduki fungsi utama ayat, iaitu subjek dan predikat.

21 Contoh Frasa Makan Sudah makan Sudah makan nasi
Sudah makan nasi berlaukkan ikan Sudah makan nasi berlaukkan ikan tengah hari tadi

22 Ayat Perkataan atau serangkaian perkataan yang membentuk kesatuan membawa maksud tertentu.

23 Contoh Ayat Anak orang itu sedang tidur Anak orang itu sedang tidur

24 Aktiviti Galakkan murid-murid membina frasa menggunakan perkataan dalam lingkungan pengetahuan murid.

25 Contoh Aktiviti Murid-murid diminta menyebut frasa dengan menggunakan kata sifat bagi gambar-gambar yang diberikan. Ini gambar bunga

26 Ini Ain. Apakah yang sedang dibuatnya?
2) Murid-murid boleh menyatakan ayat mudah dengan berpandukan gambar dan dirangsang dengan soalan. Ini Ain. Apakah yang sedang dibuatnya?

27 3) Murid-murid diminta menyusun perkataan supaya menjadi ayat yang betul.
suka laksa Sarawak Amin makan memakai Ajis sedang kasut.

28 4. Membina ayat berpandukan gambar yang diberikan.
Siti sedang membaca buku. Najian sedang bermain alat muzik.


Download ppt "WAJ 3104 Literasi Bahasa Melayu Kaedah Fonetik"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google