Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERIBAHASA (7) SIMPULAN BAHASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERIBAHASA (7) SIMPULAN BAHASA"— Transcript presentasi:

1 PERIBAHASA (7) SIMPULAN BAHASA

2 air muka - keadaan wajah seseorang 2. angkat kaki - meninggalkan sesuatu tempat dengan segera 3. batu loncatan - orang yang dijadikan alat untuk mencapai hajat yang lain 4. buat helah - berdalih, beri alasan

3 5. curi tulang - culas bekerja atau berpura-pura bekerja 6
5. curi tulang - culas bekerja atau berpura-pura bekerja 6. jadi angin - sesuatu yand tidak boleh dipakai lagi 7. kuku besi - pemerintahan yang kejam dan zalim 8. bapa ayam - suami yang berkahwin banyak dan tidak bertanggungjawab

4 9. mandi kerbau - mandi yang tidak bersih 10
9. mandi kerbau - mandi yang tidak bersih 10. tahi judi - orang yang suka berjudi

5 Tuliskan Simpulan Bahasa yang tepat dalam setiap ayat di bawah.
Rakyat telah bersatu hati untuk menggulingkan pihak kerajaan sekarang yang _________________ dalam pilihan raya akan datang. Akibat sikapnya yang _________________, dia berhutang sekeliling pinggang dan sekarang diburu oleh peminjam wang haram. Sekumpulan remaja yang ponteng sekolah dan melepak di taman tasik itu bertempiaran _________________ kerana tempat itu diserbu oleh pihak polis.

6 4. Setelah beberapa lama pihak majikannya menyiasat kelakuannya yang gemar _________________ semasa bekerja, akhirnya Sabri diberhentikan kerja. 5. Wafi kerap _________________ apabila disuruh bertugas membersihkan kelas oleh gurunya. 6. Hamdan yang berbaik-baik dengan Surina hanya menjadikan Surina sebagai _________________ baginya untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam syarikat itu. 7. Faizal hanya _________________ pada pagi ini kerana lambat bangun untuk ke sekolah.

7 8. _________________nya berubah daripada tenang kepada marah apabila diberitahu tentang kejadian yang serius itu. 9. Segala rancangannya untuk bercuti ke luar negara _________________ kerana duit simpanannya itu terpaksa digunakan untuk membayar ganti rugi kemalangan yang disebabkan oleh dirinya sendiri. 10. Harun ibarat _________________ kerana mengabaikan anak-anak dan isteri-isterinya dan segala keperluan asas mereka tidak disediakan.


Download ppt "PERIBAHASA (7) SIMPULAN BAHASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google