Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
Imbuhan Awalan ber- Penggunaan Contoh Menunjukkan maksud ‘mempunyai’/memakai Adik perempuannya berwajah comel. Kata kerja tak transitif Orang tua itu berjalan di taman. Kata kerja pasif Baju itu belum bergosok.
2
Imbuhan Awalan ter- Penggunaan Contoh Perbuatan yang tidak sengaja
Edwin menangis kerana terjatuh ke dalam longkang. Memberikan maksud ‘paling’ Mary ialah pelajar yang terpandai di kelasnya. Kesanggupan / kebolehan Adik tidak terangkat kotak yang berat itu. Perbuatan yang sedia berlaku Gambar mereka sekeluarga tergantung di dinding ruang tamu.
3
Imbuhan Awalan me- Penggunaan Contoh Kata kerja transitif
Emak memotong sayur di dapur. Menukar kata kerja kepada kata nama Menjahit ialah mata pencarian Puan Lim. Menunjukkan maksud ‘seperti’/’seakan-akan’ Padang itu melaut luasnya.
4
Imbuhan Awalan pe- Penggunaan Contoh
Pelaku sesuatu perbuatan / pekerjaan Pencuri itu telah ditangkap. Alat / perkakas Papan pemotong itu sangat berat. Sikap seseorang Pelajar yang didenda itu pemalas orangnya.
5
Imbuhan Awalan ke- Penggunaan Contoh Menunjukkan nombor kedudukan
Hassan ialah anak yang kedua. Menunjukkan maksud semuanya dikira sekali Ketiga-tiga orang pelajar itu ialah rakan saya. Membentuk kata nama terbitan Saiful menjadi ketua dalam kumpulan itu.
6
Imbuhan Awalan se- Penggunaan Contoh Menunjukkan bilangan satu
- Hamzah akan keluar negara selama seminggu. Menunjukkan maksud ‘sama’ - Pelajar itu sekelas dengan kakak saya. Menunjukkan maksud ‘tidak tentu’ atau ‘tidak tetap’ - Seseorang itu akan berjaya jika dia berusaha.
7
Imbuhan Awalan di- Penggunaan Contoh
Digunakan untuk menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif - Tingkap rumah jiran saya dipecahkan oleh beberapa orang budak nakal. Menitikberatkan perbuatan daripada pembuat/penyambut - Dicampaknya kotak itu ke lantai dengan kuat. Menunjukkan perbuatan yang tidak disebut pembuatnya - Filem itu sudah beberapa kali ditayangkan.
8
Pemuda itu ialah seorang penjenayah yang sangat kehendaki oleh polis.
Berikan imbuhan yang betul pada perkataan yang berikut. Penduduk di situ telah dinasihatkan oleh kerajaan supaya jangan mudah pengaruhi oleh anasir-anasir jahat. Baik sahaja ibunya masuk ke dalam kereta, Rahmat pun menitiskan air matanya. Pemuda itu ialah seorang penjenayah yang sangat kehendaki oleh polis. Saya akan sampai ke rumah awak lewat-lewatnya pada pagi Jumaat ini. Anggota-anggota polis memeriksa tiap kenderaan yang melalui tempat itu dengan teliti.
9
6. Marahnya budak yang merosakkan pokok-pokok bunga kesayangannya.
7. Puan Saratha terpaksa mengikut sahaja hendak suaminya yang garang itu. 8. Rashid ditegur oleh Cikgu Maniam kerana selalu keluar dari kelas suka hatinya. Kursus yang diambil oleh abang saya memakan masa selama tahun. Tiga-tiga orang pelari handalan itu pernah menyertai Sukan SEA di Bangkok dahulu.
10
Jumlah pendapatan setiap hari pasaraya itu kira oleh pengurusnya sendiri.
Hamzah dan saya bukan sahaja tinggal kampung malah kami berdua bekerja di pejabat yang sama. Nasir tidak dapat makan dan tidur kerana kasihnya telah mengahwini pemuda pilihan keluarganya. Keluarga itu akan makan malam sudah menonton berita di televisyen pada pukul lapan. 15. Mereka memakan hidangan yang baru sajikan oleh Makcik Salmah dengan penuh tertib.
11
Imbuhan Akhiran
12
Imbuhan Penggunaan Kata Terbitan -an Membentuk kata nama Menunjukkan maksud ‘banyak’ atau ‘besar’ Menunjukkan makusud ‘masa’ atau ‘tempoh’ pakaian, mainan, buruan lautan, ribuan harian, tahunan -kan Menunjuk maksud menyebabkan berlakunya sesuatu Memberikan arahan Makanan untuk tetamu telah kami hidangkan. Peristiwa yang lucu itu telah saya rakamkan. Tanggalkan kasut kamu sebelum masuk ke rumah. -i Menyebabkan jadi ‘sesuatu’ Menerangkan unsur tempat Baiki sikap kamu jika ingin berjaya. Jangan kamu dekati rumah usang itu.
13
Berikan imbuhan akhiran betul pada perkataan yang berikut.
“______lah diri dari dadah,” nasihat pegawai kesihatan kepada orang ramai. (jauh) Peraih ikan itu membeli semua hasil ___________ nelayan di kampung saya. (tangkap) Bas ekspres yang kami __________ itu rosak. (naik) _________ penonton menyaksikan perlawanan badminton itu. (ribu) “Tolong __________ basikal saya,” kata abang kepada saya. (bersih) Bagaimana _________, begitulah kuihnya. (acu) “_________ karangan kamu sekarang juga,” arah Cikgu Ishak. (tulis) Masalah Matematik yang rumit itu dapat saya ___________. (selesai) __________lah sikap padi yang semakin berisi semakin menunduk. (contoh) Tayangan filem berkisarkan kisah benar itu amat saya ___________. (gemari)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.