Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AKTIVITI BERSAMA KELUARGA"— Transcript presentasi:

1 AKTIVITI BERSAMA KELUARGA
PEMBANGUNAN KELUARGA GROUP D KUMPULAN 10 TAJUK: AKTIVITI BERSAMA KELUARGA

2 OBJEKTIF Setelah menjalani aktiviti,para peserta akan dapat meningkatkan kreativiti untuk menceriakan ahli keluarga..

3 V I D E O

4 Pada zaman sekarang,ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak mereka. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar. Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram. Hal ini juga mengakibatkan hubungan sesebuah kekeluargaan menjadi renggang. Oleh itu, aktiviti bersama keluarga perlulah dirancang agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang.

5 ASPEK-ASPEK YANG MENJADI PANGHALANG KEPADA AKTIVITI KEKELUARGAAN
Sibuk dengan tugas dan kerja masing-masing sehingga sentiasa tiada masa bersama keluarga Menganggap aktiviti kekeluargaan tidak mendatangkan faedah Tidak bersungguh-sungguh untuk mengadakan satu-satu program bersama-sama keluarga Tidak sanggup berkorban untuk keluarga Tidak pernah merancang untuk aktiviti keluarga.

6 KESAN IBU BAPA YANG MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK
Anak-anak mungkin mudah untuk mengalami tekanan emosi. Anak-anak akan mempunyai masalah emosi seperti kebosanan atau kesunyian. Anak-anak terdorong untuk melakukan aktiviti diluar jangkaan. Menjejaskan hubungan sesebuah kekeluargaan. Kasih sayang antara ahli keluarga semakin pudar.

7 KEPENTINGAN MENJALANKAN AKTIVITI BERSAMA KELUARGA
Mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan Lebih memahami sikap semasa ahli keluarga Dapat bertukar-tukar fikiran dan bergurau senda Berkongsi minat dan hobi Dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi disamping dapat menenangkan fikiran dengan gelak tawa keluarga. Meningkatkan kemesraan Menjalinkan silatulrahim bersama keluarga.

8 LUANGKAN MASA UNTUK ANAK
Menjamu selera Aktiviti Seharian Membaca Tidur

9 LUANGKAN MASA UNTUK ANAK
Bersiar-siar Aktiviti Mingguan Senaman

10 LUANGKAN MASA UNTUK ANAK
Menziarahi saudara mara Aktiviti Bulanan Berkelah Berkhemah

11 LUANGKAN MASA UNTUK ANAK
Melancong Aktiviti Tahunan Meraikan perayaan

12 V I D E O

13 AKTIVITI UNTUK ANAK Daya konsentrasi bagi anak berumur dua belas dan ke bawah sangat pendek Mereka mudah merasa jemu sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak dapat menarik perhatian mereka. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini juga sangat tinggi. Aktiviti yang sesuai untuk anak-anak ialah aktiviti yang merangsang kreativiti anak-anak dan juga kena menarik. Melalui aktiviti yang dijalankan, ibu bapa dapat mengajar anak menggunakan pancaindera iaitu mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa. Ibu bapa boleh melibatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

14 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK
Kutip Daun Dan Bunga Mengutip daun dan bunga berwarna-warni dan pelbagai bentuk memang menyeronokkan kanak-kanak. Sambil menghidu bunga, ibu bapa boleh mengajar anak tentang warna.

15 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK
Main Sembunyi-sembunyi Anak akan gembira untuk mencari ibu bapa di sebalik celah rimbun pokok atau kerusi rehat di halaman rumah.

16 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK
Tanam Pokok Bunga Ajak anak untuk menyediakan pasu atau bekas untuk aktiviti menanam pokok bunga atau sayur-sayuran. Sebelum itu, pastikan sarung tangan disediakan sebelum anak mula menyentuh tanah untuk tanam pokok bunga. Bersihkan tangan setelah selesai melakukan aktiviti itu.

17 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK
Istana Pasir Pergi ke pantai seawal pagi. Memang menyeronokkan dapat bermain pasir terutama sekali apabila pergi ke pantai. Tetapi untuk mengelak daripada merasa bosan, apa kata, lakukan aktiviti membina istana pasir. Pasti anak teruja untuk melakukan aktiviti ini.

18 AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK
Pencarian Harta Karun Sediakan hadiah kecil untuk menjadi ‘buruan’ si kecil, kemudian sembunyikannya. Berikan petanda-petanda di mana hadiah itu disembunyikan. Misalnya, katakan hadiah itu di sebalik pasu bunga atau di celah pokok kecil. Tentunya si kecil teruja untuk mendapatkan hadiah misterinya.

19 V I D E O

20 RUMUSAN Anak kecil memerlukan masa yang berkualiti dan banyak
bersama ibu bapa ( A quantity of quality time). Kekurangan masa bersama anak mengakibatkan kesunyian, kebosanan dan kurang persefahaman, perbincangan, penyeliaan dan kemesraan. Ibu bapa perlu merancang aktiviti bersama keluarga di dalam dan di luar rumah dari semasa ke semasa. Aktiviti bersama keluarga akan dapat: - Memperkenalkan ahli keluarga luas -Meningkatkan lagi kemesraan -Menggalakkan kebolehan interpersonal -Menjalinkan silatulrahim dengan saudara mara

21 TERIMA KASIH


Download ppt "AKTIVITI BERSAMA KELUARGA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google