Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR"— Transcript presentasi:

1 ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR
TERBAHAGI KEPADA DUA: ASPEK LINGUISTIK & ASPEK BUKAN LINGUISTIK

2 ASPEK LINGUISTIK Sebutan Tekanan Mora Jeda Intonasi Laras Bahasa

3 Sebutan Memerlukan alat-alat artikulasi untuk membunyikannya.
Bermula dengan mengajar murid-murid untuk mengenal huruf-huruf dan membunyikan huruf, suku kata, rangkai kata dan ayat-ayat. TUJUAN: Melatih membunyikan huruf-huruf dengan tepat dan jelas. Memperbetulkan dan menghafal huruf dengan cepat

4 Tekanan Untuk mengajar murid-murid untuk memberikan tekanan apabila menyebut ayat atau perkataan pada bahagian-bahagian tertentu. Kebiasaannya tekanan akan dikenakan pada suku kata. TUJUAN: Untuk menandakan keras atau lembut sesuatu perkataan.

5 Mora (Panjang-pendek)
Mora dalam bahasa Melayu tidak terlalu ketara dalam penggunaannya kerana ia tidak akan mengubah maksud sesuatu perkataan itu. Berbeza dengan bahasa Arab, mora atau lebih dikenali sebagai harakat adalah penting kerana ia akan menentukan maksudnya jika dibaca panjang atau pendek. TUJUAN: Menentukan kadar sesuatu bunyi itu sama ada disebut secara panjang atau pendek.

6 Jeda Membawa makna yang berbeza apabila ia digunakan.
Merupakan hentian sementara. TUJUAN: Memisahkan unsur-unsur linguistik seperti rangkai kata, perkataan dan ayat.

7 Intonasi berpandukan kepada jenis-jenis ayat yang ingin digunakan.
merupakan keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu ia dilafazkan. boleh dibunyikan dalam keadaan mendatar. TUJUAN: digunakan secara berbeza-beza sebagai contoh dalam ayat tanya selalunya mempunyai intonasi yang menarik di akhir ayat manakala ayat seru pula mempunyai intonasi yang menaik pada akhir ayat.

8 Laras Bahasa digunakan dalam konteks, suasana, dan situasi yang berlainan. TUJUAN: memupuk cara murid-murid menggunakan bahasa dalam berkomunikasi secara berkesan.

9 ASPEK BUKAN LINGUISTIK
Kelancaran(bertutur tanpa sebarang gangguan) Kefasihan(bertutur dengan petah seperti penutur jati) Pergerakan Tubuh(bahasa tubuh) Bahasa Isyarat(pola pergerakan jari/tangan dan ekspresi muka)

10 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMAHIRAN BERTUTUR
Dwibahasa Jantina Kesihatan Kecerdasan Alam Sekeliling

11 Dwibahasa Gangguan bahasa ibunda akan menggangu pertuturan kita dalam bahasa rasmi. Kanak-kanak yang ekabahasa selalunya dapat bertutur lebih baik daripada kanak-kanak yang dwibahasa. Ini adalah kerana faktor gangguan bahasa pertama iaitu bahasa ibunda.

12 Jantina Kajian sains telah pun membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cepat pandai bertutur berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka lebih cepat daripada kanak-kanak lelaki.

13 Kesihatan Kanak-kanak yang mempunyai penyakit ataupun sakit yang berlanjutan akan menjejaskan perkembangan pertuturan mereka. Ia sekaligus menjejaskan penguasaan bahasa mereka kerana kebiasaannya kanak-kanak yang berpenyakit akan lemah daya fikiran mereka.

14 Kecerdasan Faktor kecerdasan merujuk kepada potensi otak kanak-kanak itu sendiri. Kecerdasan otak yang maksima akan dapat membantu mereka untuk menghasilkan bahasa atau mengingat sesuatu perkataan.

15 Alam Sekeliling Ia merujuk kepada pergaulan kanak-kanak tersebut dan juga taraf sosioekonomi keluarganya. Ini merupakan faktor yang amat mempengaruhi kerana kita dapat melihat perbezaan yang amat ketara di kalangan kanak-kanak yang berlatar belakangkan sosioekonomi keluarga mereka yang berada berbanding kanak-kanak yang berlatar belakangkan keluarga yang susah.


Download ppt "ASPEK KEMAHIRAN BERTUTUR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google