Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehBudi Indradjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN KEMAHIRAN BELAJAR MERENTAS SUKATAN
DISEDIAKAN OLEH MOHAMAD HAMSAR BIN MOHD NOOR
2
TEKNIK MENDENGAR BERKESAN
Mengapa Teknik kemahiran mendengar sangat penting? Pendengaran yang baik dan berkesan ialah kita menggunakan telinga dan hati. Mendengar dengan hati lebih baik hanya dengan telinga sahaja.
3
Tips untuk menerangkan pendengaran
1.Disiplinkan diri dan tanam minat untuk gemar mendengar ceramah dan kuliah.
4
2. Lihat dan tenung guru yang sedang mengajar
Berikan perhatian kepada guru yang sedang mengajar. Teliti bait-bait kata yang diucapkan
5
3. Cuba jangan hiraukan pergerakan badan guru yang tidak berkaitan.
Fokus kepada ucapan dan kata-kata guru Beri penumpuan kepada apa yang disampaikan oleh penceramah.
6
Mendengar Dengar dengan teliti isi penting atau topik utama yang ingin disampaikan oleh guru atau penceramah. Catat isi,Fakta atau maklumat penting.
7
Peranan Guru. 1.Jawapan kepada soalan murid jangan diulangi.Apabila peluang mendengar kali kedua wujud,ini akan menggalakkan pelajar tidak mendengar kali pertama. 2.Beri soalan kepada semua pelajar,kemudian baru sebut nama pelajar yang kita pilih untuk menjawab soalan. 3.Suara yang sederhana . 4. Guna bahasa yang standard atau bahasa ibunda.
8
KEMAHIRAN MEMBACA. Bacaan mekanikal dan bacaan mental.
Bacaan mental lebih berkesan kerana dibaca bersama dengan minda dan kefahaman.
9
Kelemahan membaca Pergerakan mata yang lambat atau tidak memberikan penumpuan yang baik semasa membaca. Cuba menyebut semua perkataan. Cuba memahami semua perkataan
10
Proses Sensori Membaca melibatkan pergerakan mata.Pergerakan mata bergerak secara melompat-lompat,cepat dan berhenti.Dengan itu mata membaca secara kumpulan perkataan dan bukan setiap perkataan.Lepas itu pergerakan mata melompat dan bergerak pantas atau nampak rumpun perkataan. Pergerakan mata boleh dilatih supaya bergerak ke kiri dan ke kanan dengan lebih cepat.Membaca memerlukan pergerakan mata yang cepat dan melompat dan berhenti.Tetapi pergerakan mata tidak boleh mengundur ke belakang.
11
Proses Tanggapan. Pembaca memgunakan proses membaca dengan menggunakan pengalaman yang lalu,budaya ,serta faktor fizikal dan emosi pembaca. Kena pupuk minat membaca.
12
Jenis-jenis bacaan. 3 jenis atau gaya bacaan Skimming Scanning
3 jenis atau gaya bacaan Skimming Scanning Intensif.
13
Skimming Bertujuan untuk mendapat pandangan umum mengenai isi buku dengan cepat. 3 Cara Pembacaan 1. Secara menegak 2. Empat segi tepat 3. Secara jalur menegak Cara ini adalah cara bagi orang yang mahir dan boleh mengubah cara membaca.
14
Scanning. Bacaan secara melompat-lompat dengan tujuan untuk mendapat maklumat tertentu.Untuk mencari jawapan dari masaalah yang dihadapi.Ia lebih kepada untuk mendapatkan sesuatu maklumat sahaja.
15
Bacaan Intensif Memmbaca secara mendalam untuk tajuk yang dibaca.Bacaan ini lebih ilmiah dan menggunakan cara scanning dan skimming. Bacaan secara cepat dan laju. Latihan membaca secara pantas penting mengikut kecepatan pergerakan mata. Baca dalam hati dan penuh penumpuan.
16
A Latihan membaca cepat.
1.Tumpukan perhatian mata dan minda kepada teks. Tentukan isi yang hendak dicari 2.Tunjukkan jari telunjuk ke atas barisan pertama perkataan pertama 3.Tunjukkan jari telunjuk ke kanan dengan cepat. 4.Gerak mata ikut gerak jari telunjuk ke kanan dengan cepat. 5.Hanya baca dengan mata dan minda. 6.Ingat isi utama yang dikehendaki dan tandakan isi penting dengan garisan atau warna.
17
B Tumpukan pada petikan akhbar
Beri penumpuan di tepi kiri dan kanan teks. Berikan tumpuan minda. Pergerakan mata hendaklah pantas. Lihat kumpulan perkataan.Penglihatan lebih besar. Pembaca yang lemah adalah pembaca yang mengulang-ulang perkataan tersebut.Membaca yang terbaik adalah dengan cara skimming. Baca idea utama. Bukan perkataan yang tidak memberi makna seperti kata sendi dan sebagainya. Apa yang lebih penting mengaitkan bahan bacaan dengan pengalaman pembaca sendiri.
18
MENCATAT NOTA DAN KEMAHIRAN MENULIS CEPAT
Kemahiran menulis cepat amat penting. Kemahiran menulis cepat tidak datang dengan sendiri. Perlu kepada latihan dan kemahiran. 1.Pelajar mesti mempunyai maklumat di dalam minda apa yang perlu ditulis. 2.Kemudahan alat tulis yang lengkap. 3.Ketenangan mental dan fizikal. 4.Tempat yang kondusif. 5.Sikap yang positif.
19
Tips menulis cepat Langkah 1. Pilih Satu soalan untuk dijawab secara bertulis. Langkah2 : Sediakan masa ,alatan dan tempat untuk menulis jawapan. Langkah 3: Jawab soalan dengan mematuhi masa menjawab. Langkah 4 : Semak berapa banyak isi yang telah ditulis dalam jawapan. Adakah isi ini mencukupi
20
MENCATAT NOTA Sesuatu idea atau fakta perlu kepada catatan untuk disimpan.Ia akan menjadi rujukan apabila kita memerlukan maklumat tersebut.
21
Ciri-ciri nota yang baik
1. Catatan hendaklah mengandungi rangka kasar sahaja 2. Isi-isi penting atau isi utama. 3. Dicatat di atas buku catatan nota yang khas. 4. Terang dan boleh dibaca. 5. Mesti mengandungi Tajuk,nama penceramah atau tarikh.
22
Ciri-ciri nota yang baik
6. Mesti mengandungi perkatan ringkas spt. Yang=yg, dengan=dgn dan sebagainya. 7 . Catatan perlu juga mengandungi daftar,lakaran dan grafik yang menyokong teks. 8. Catatan yang baik perlu ada tanda garisan di bawah perkataan penting, perkataan dibulatkan atau ditulis dengan huruf besar atau ditanda dengan pen warna. 9. Buat catatan di buku khas . 10. Yang paling penting catatan mesti dinilai semula dan dibaca sekurang-kurangnya 24 jam selepas mencatat, supaya tidak mudah lupa.
23
Kordinasi mendengar,melihat dan menulis amat penting diselaraskan.
Keperluan catatan Kordinasi mendengar,melihat dan menulis amat penting diselaraskan. * Tidak semua yang didengar dan dilihat dicatat.Hanya maklumat penting dan utama sahaja yang perlu dicatat. * Pilih maklumat yang baru ,penting dan yang sesuai sahaja.
24
Keperluan catatan * Bagi yang ada maklumat hanya ambil maklumat yang baru sahaja dan dapat menafsirkan semula maklumat tersebut. * Catatan yang baik tidak semata-mata catatan sahaja.Perlu meliputi catatan, gambarajah, daftar, jadual,graf dan juga peta minda i-THINK.
25
INGATAN (JENIS INGATAN)
Jangka Pendek dan Jangka Panjang Proses Ingatan. 1.Enkod. 2. Menyimpan. 3. Dekod Untuk memudahkan ingatan.Perlu kepada perkara yang hendak diingat itu dikaitkan atau dihubungkan kepada perkara baru.
26
Memperbaiki ingatan (Menajamkan ingatan)
Enkod Langkah 1 Tumpukan perhatian kepada maklumat yang hendak diingati Langkah 2 Semasa melihat maklumat sila hayati semua bahagian yang dilihat. Contoh: Semasa melihat muka seseorang,lihat mata,telinga,hidung,raambut,kening dan sebagainya. Langkah 3 Bercakap kepada diri sendiri tentang apa-apa yang dilihat.Apabila ada dua deria terlibat untuk mengingat satu benda,anda telah merekod dengan dua cara.
27
CARA MENGINGAT SECARA BERKESAN
Buat Cerita Buait cerita yang menarik atau kaitkan dengan dengan cerita yang sesuai. Cara Berirama Buat lagu,pantun ,nasyid dan sebagainya Alat Bantu Ingatan Alat bantu ingatan /TV,Record,ICT dan lain-lain.
28
Cara mengingat berkesan
Catatan Mengulangkaji catatan tidak melebihi 24 jam Memberikan kefahaman yang betul dari catatan tersebut.Ikut urutan dan plot. i-THINK Gunakan lakaran ,logo,graf dan peta minda i-THINK. Ulangkaji Catatan Cuba ulang secara lisan apa yang dicatat.Catat semula yang diingat.
29
Cara mengingat berkesan
Mengingat dengan kefahaman Kefahaman lebih utama untuk menguatkan ingatan. Pecahkan isi besar kepada isi yang kecil,proses atau langkah-langkah kecil.
30
Cara mengingat secara berkesan
* Lakonan Buat lakonan/Cipta watak dalam lakonan tersebut dengan mengaitkan fakta yang hendak diingat
31
Cara mengingat secara berkesan
*Gunakan apa yang dibaca Contoh untuk mengingat gunakan istilah.formula,simbol *Senarai semak *Buat senarai kad *Akronim dan Akrostik *Secara Rantaian dan Berlawanan *Gambar
32
Cara mengingat Tarikh dan Nombor
*Tarikh diingat dengan menghubungkaitkan peristiwa yang berlaku *Nombor Gabungkan yang rapat ikut susunan ke atas atau ke bawah Angka besar ke kecil: dan 21
33
Cara mengingat nama,rupa dan tempat
Nama Cuba lihat dan camkan ciri-ciri yang luar biasa seperti saiz badan, suara, kegemaran dan keanehannya. Huruf pertama boleh mengingatkan kita huruf yang hendak kita ingat selepasnya.
34
Latihan mengingat semula
Latihan menyimpan ingatan atau maklumat. Cara satu Pertama ialah dengan cara mengurangkan beban ingatan.Cara ini menggunakan kod atau akronim atau huruf singkatan seperti LKTP atau FELDA(Federal Land Development Authority)
35
Cara dua Kumpul Maklumat
Mengumpul maklumat secara seragam,sama dan sejenis
36
Cara tiga Sistem Mnemonic
Cara ini menggunakan sistem Mnemonic.Kaedah ini dibuat dengan menetapkan gambaran di kepala. Maklumat diingat semula dengan menggunakan lakonan atau perlakuan sendiri dan orang lain.Dengan lakonan ini kita boleh ingat semula fakta yang terlupa.
37
Latihan mengingat Cara 1
Langkah 1. Campurkan perkataan yang hendak diingati dengan perkataan-perkataan lain. Langkah 2. Tulis huruf pertama bagi setiap perkataan Langkah 3. Campurkan huruf pertama tadi menjadi perkataan.Jika anda boleh membentuk perkataan baru,ingatkannya supaya boleh menjadi tanda yang dapat menolong anda mengingat perkataan yang hendak diingat.
38
Latihan Mengingat Cara 2
Langkah 1.Buat tajuk besar dan tajuk kecil dengan beberapa perkataan kunci. Langkah 2. Apabila nak mengingat semula jalin tajuk dan perkataan kunci hingga menjadi rangkaian teks yang bersambung. Buat lirik ayat dan rantaian kata yang berirama
39
Membaiki Kebolehan Mengembalikan Maklumat
Banyak maklumat yang tersimpan di dalam almari tidak boleh diingat semula atau diingat kembali. Almari tersebut memerlukan kunci yang boleh membukanya dan apabila terbuka almari tersebut maka banyaklah maklumat dikeluarkan. Apabila kunci anda hilang .Cuba ingatkan kembali peristiwa yang berlaku dan lakonkan kembali sehingga ke akhir peristiwa.
40
Latihan mengembalikan maklumat
Nama guru Bahasa Malaysia anda semasa di tingkatan satu atau ingatkan guru yang paling anda sukai. Dimanakah anda berada dan apa yang anda buat pada hari terakhir tahun lalu. Alamat dan nombor telefon rumah anda yang lama.
41
Selalu terlupa Ingat apa yang berlaku dan cuba untuk mengulang beberapa kali maklumat yang hendak diingati. Ingatan terganggu. Perkara lama mudah diingati jika maklumat tidak berubah.Jika tempat itu berubah maka ingatan itu juga akan berubah.Cuba ingatkan asal keadaan dan suasana tersebut.
42
TIPS MENGUASAI KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKESAN
1.Membuat perbandingan dari segi persamaan dan perbezaan 2.Menyatakan idea-idea utama 3.Mengkelaskan atau menyusun sesuatu mengikut prinsip tertentu. 4.Mengkaji apa yang dipelajari dan mengenal pasti dari segi kualiti yang baik,yang penting,yang sederhana dan yang lemah. 5.Menggambarkan situasi dan konsep yang dipelajari
43
TIPS MENGUASAI KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKESAN
6. Merikacipta 7. Memainkan peranan dan mewujudkan situasi tertentu 8. Mengaplikasikan konsep,prinsip dan teori dalam situasi baru bagi menyelesaikan masalah dan meramalkan keputusan. 9. Mengambil bahagian dalam situasi di mana keputusan perlu diambil untuk tindakan selanjutnya. 10.Membuat hipotesis daripada pelbagai cadangan dan membuat keputusan untuk menguji atau membuktikan hipotesis tersebut.
44
TIPS MENGUASAI KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKESAN
11. Mengenal pasti kelemahan dan kelewatan sesuatu perkara untuk memperbaikinya. 12.Bersumbangsaran 13.Menyoal 14.Memerhati 15.Mendengar secara aktif 16.Mencatat nota 17.Membuat inferensi,generalisasi dan refleksi. 18. Melapor.
45
SEMOGA BERJAYA SEKIAN TERIMA KASIH
46
Jika anda sudi Saya ada bahan ceramah power point, audio dan juga video 20GB dalam sebuah pendrive 32GB. Terhad hanya untuk yang sudi sahaja. Kebaikannya, anda tak sibuk2 mcari bahan lagi ketika mana semua bahan ini sudah berada di tangan anda. Bahkan anda mungkin menjadi pakar rujuk. Nak tau apa isinya? Klik sini Hubungi untuk ,maklumat lanjut
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.