Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA"— Transcript presentasi:

1 PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA
Kuliah 2 PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA

2 Teori keperibadian mulia
Teori yang tertua hasil daripada perkembangan falsafah Greek Pendokong utama – Aristotle ( s.m) Peribadi mulia dianggap sebagai satu keperluan untuk membolehkan seseorang melaksanakan aktiviti yg rasional secara berkesan Kebijaksanaan dan penilaian yang baik penting dalam melakukan sesuatu tindakan.

3 Teori keperibadian mulia
Menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan antara dua yang keterlaluan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap. Kebaikan adalah kecenderungan mencari “The Golden Mean” antara yang sgt keterlaluan dan yg tidak keterlaluan.

4 Teori keperibadian mulia
Contoh: i. Sifat jujur adalah antara pendedahan semua maklumat yg melanggar peraturan dgn kerahsiaan serta menjadi begitu berahsia ii. Kemurahan hati terletak antara pembaziran sumber dengan menjadi kedekut.

5 Teori keperibadian mulia
Kebaikan profesional terbahagi kepada empat: Kebaikan diri sendiri Merupakan asas dan panduan dalam pengamalan autonomi dan tanggungjawab Penekanan kepada kefahaman dan keprihatinan terhadap prinsip moral. Cth: memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan dan bijaksana Penekanan kepada komitmen terhadap sesuatu tindakan Menjadikan kefahaman kepada tindakan seperti keberanian, disiplin diri, kejujuran dan ketulusan, ketabahan dan ketaatan terhadap komitment

6 Teori keperibadian mulia
Kebaikan profesional terbahagi kepada empat: Kebaikan untuk masyarakat Mementingkan kebaikan untuk klien dan masyarakat umum Mengutamakan keadilan dan menghormati hak seseorang Kebaikan minimum ialah tidak melakukan kemudaratan kpd orang lain. Cth: etika kejuruteraan sgt menekankan aspek mengelak dan menghalang kemalangan dgn memepertingkatkan kesihatan & keselamatan awam. Aspek yang diambilkira ialah sikap murah hati, kesediaan membantu orang lain, sanggup menyumbangkan masa, bakat dan wang secara sukarela demi kebaikan profesion.

7 Teori keperibadian mulia
Kebaikan profesional terbahagi kepada empat: Kebaikan kepada kumpulan Aspek penting yang ditekankan termasuk semangat rakan sejawat, bekerjasama, kebolehan berkomunikasi secara berkesan dan hormati undang-undang. Aspek kesetiaan kepada majikan Aspek kepimpinan untuk memikul tanggungjawab dan memberi motivasi kepada orang lain dalam mencapai sesuatu matlamat

8 Teori keperibadian mulia
Kebaikan profesional terbahagi kepada empat: Kebaikan kemahiran Menitikberatkan soal penguasaan amalan kemahiran dalam profesion tersebut Bentuk kebaikan yang ditekankan adalah kecekapan, ketekunan dan kreativiti.

9 CIRI-CIRI Keperibadian mulia
Integriti Kesatuan keperibadian berasaskan keprihatinan moral khususnya kejujuran Merupakan kesinambungan hubungan antara sikap, emosi, dan tingkahlaku dalam membuat justifikasi moral. Jambatan antara tanggungjawab persendirian dengan kehidupan sebagai profesional. Nilai-nilai moral merangkumi seluruh aspek hidup manusia. Bagaimana kekalkan integriti? Sukar kerana perbezaan amalan nilai ditempat kerja dengan nilai ideal seseorang

10 CIRI-CIRI Keperibadian mulia
Kejujuran Melibatkan aspek ketulusan dan kepercayaan. Jujur dalam tindakan secara umum merujuk kpd amalan menghormati harta benda org lain. Cth: tidak mencuri, tidak terlibat dgn rasuah Jujur dalam percakapan – tidak menipu, tidak secara sengaja mengelirukan orang lain, tidak memanipulasi tumpuan seseorang. Jujur dalam kepercayaan – membina kepercayaan yang rasional dalam diri seseorang tanpa menipu dirinya sendiri dan tanpa paksaan dan berat sebelah.

11 CIRI-CIRI Keperibadian mulia
Pertimbangan Jujur adalah asas dalam hubungan profesional dengan majikan dan kliennya. Hubungan berdasarkan kepercayaan bahawa seseorang profesional akan melaksnakankan khidmat yg diamanahkan secara berkesan. Halangan untuk melaksanakan amanah secara berkesan: Tekanan Kelemahan tekad Sukar untuk mengetahui bentuk kejujuran yang diperlukan dalam situasi tertentu

12 CIRI-CIRI Keperibadian mulia
Menghormati diri Menilai diri sendiri Self-respect – penghormatan diri Mempunyai kaitan dengan sifat kebaikan utama. Integriti menyumbang kepada menghormati diri Rasa tanggungjawab

13 TEORI UTILITARIANISME (TINDAKAN BETUL)
Aliran teori teleologis (akibat) yang diasas oleh Falsafah British – Jeremy Benthan ( ) dan John Stuart Mill ( ). Menekankan bahawa sesuatu tindakan dianggap betul (beretika) jika memberi akibat yang dihajati, iaitu kebaikan. Kebaikan mestilah yang terbaik untuk seramai orang yang mungkin. Tindakan ini dikenali sbg tindakan memaksimakan kebaikan. Utilitarianisme lakuan: Menekankan tindakan individu dan bukannya peraturan umum. Cth: “Jangan menipu”, “tepatilah janji” yang menekankan tindakan individu.

14 TEORI UTILITARIANISME (TINDAKAN BETUL)
Utilitarianisme-aturan (Richard Brandt) Seseorang yang bertindak mengikut peraturan-peraturan yang ada pasti akan menghasilkan kebaikan terbaik untuk semua. Cth: memenuhi dan menepati janji dan mengelakkan diri daripada rasuah wpun tindakan itu akan mendatangkan akibat baik dalam situasi tertentu.

15 TEORI WAJIBAN Diasas oleh ahli falsafah Jerman – Immanuel Kant ( ). Dikenali sebagai teori deontologis (bukan akibat) Asas teori – tanggungjawab dan bukannya akibat baik Cth: melakukan tindakan yang betul seperti sentiasa jujur, memenuhi janji, tidak aniaya orang, berlaku adil Konsep tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan, dan tindakan betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang dihasilkan.

16 TEORI HAK ASASI Pendokong teori – John Locke (1632-1704).
Menekankan bahawa sesuatu tindakan dianggap salah kalau mencabuli atau melanggar hak moral seseorang. Menolak akibat baik sebagai penentu utama atas semua pertimbangan moral. Menegaskan bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain kerana orang lain mempunyai hak yang sepatutnya dihormati. Penekanan lebih kepada hak kebebasan yang terlalu individualistik.

17 KELEMAHAN SISTEM MORAL SEKULAR
Pandangan dan pemikiran yang bersifat relatif dan subjektif. Tidak mempunyai standard yang mutlak dan universal. Tidak mempunyai kekuatan (moral force) Tiada landasan keimanan kepada Tuhan dan kepercayaan kepada kehidupan akhirat. Menolak peranan agama dalam sistem moral manusia

18 ETIKA DAN AGAMA Etika dan agama mempunyai kaitan yang positif
Agama menjadi pendorong kuat untuk seseorang untuk melakukan tindakan beretika. Amalan beretika dikaitkan dengan soal keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan. Bertambah kuat dengan adanya konsep dosa dan pahala, syurga dan neraka dan kepercayaan kepada kehidupan akhirat. Agama menentukan standrd etika yang tinggi meliputi semua aspek dalam kehidupan.

19 Keunggulan moral agama
Moral berdasarkan keimanan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat. Maududi (1971) – masalah pertama yang harus diselesaikan ialah kedudukan manusia dan status dalam alam semesta. Firman Allah (Surah Al Baqarah: 30) “Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:” sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi.”

20 Keunggulan moral agama
Manusia sebagai khalifah (pemimpin) Dua jalur hubungan: Hubungan antara manusia dengan Tuhan Hubungan antara manusia dengan manusia dan alam. Sumber asas nilai etika Islam: Al Quran & As Sunnah Nilai-nilai yang ditentukan oleh manusia berdasarkan akal yang dianugerahkan Allah

21 Kelebihan moral agama Mempunyai disiplin yang kuat dan ketat – semua perlakuan samada baik atau buruk, besar atau kecil tidak terlepas dari pemerhatian Tuhan dan selanjutnya tidak terlepas dari sebarang pembalasan Bersifat mutlak dan universal-sesuai sepanjang zaman Kekuatan moral yang sgt kuat – kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan Rumusan: Manusia bermoral kerana keimanan kepada Tuhan bukan kerana takut pada polis atau undang-undang yang dibuat oleh manusia. Bukan untuk mendapatkan pujian atau sesuatu


Download ppt "PEMIKIRAN DAN TEORI-TEORI ETIKA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google