Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Terjemahan Surah Al-Kaafirun Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Terjemahan Surah Al-Kaafirun Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"— Transcript presentasi:

1

2 Terjemahan Surah Al-Kaafirun Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

3 Intisari Surah Al-Kaafirun
Umat Islam tidak akan menyembah apa yang disembah oleh orang- orang kafir. Begitu juga orang kafir, mereka tidak menyembah apa yang disembah oleh umat Islam. Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah s.w.t. Perlindungan Allah s.w.t. terhadap Rasulullah s.a.w. dan terpeliharanya beliau dari menerima usulan kaum musyrikin yang bathil.

4 Sebab Turunnya Surah Al-Kaafirun
Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dan Ibnu Abi Hatim, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas bahwa kaum Quraisy berusaha mempengaruhi Nabi Muhammad s.a.w. dengan menawarkan harta kekayaan agar beliau menjadi orang yang paling kaya di kota Mekah. Mereka juga menawarkan  kepada beliau untuk menikahi wanita mana saja yang beliau kehendaki. Upaya tersebut mereka sampaikan kepada beliau lalu berkata: “Inilah yang kami sediakan bagimu wahai Muhammad, dengan syarat engkau jangan memaki-maki tuhan-tuhan kami dan memburuk- burukkannya, atau sembahlah tuhan-tuhan kami selama setahun.” Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: “Aku akan menunggu wahyu dari Rabb- ku.” Surah ini turun berkenaan dengan peristiwa itu sebagai perintah untuk menolak tawaran kaum kafir itu.


Download ppt "Terjemahan Surah Al-Kaafirun Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google