Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK"— Transcript presentasi:

1 Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Program : Sarjana Muda Pendidikan Pensyarah : Pn. Faizah binti Datuk Othman Kelulusan Akademik : Master of Education (UKM) Emel : No Hp : faizahothman.wordpress.com

2 B A 1 APAKAH ITU EMOSI ??? Emosi merupakan suatu perasaan sedar seperti kegembiraan, kesedihan, takut, benci atau sepertinya yang dialami oleh seseorang.

3 B A 1 2 JENIS EMOSI ??? Emosi Asas dialami oleh semua orang di dunia dan setiap emosi terdiri daripada 3 unsur: 1. Ia merupakan suatu perasaan yang subjektif (subjektif kerana ia berlainan di antara individu) 2. Ia selalunya disertai dengan perubahan fisiologi tertentu seperti denyutan jantung atau pernafasan yang lebih kencang, 3. Selalunya dizahirkan secara terang-terangan sebagai suatu kelakuan seperti menangis ataupun menggigil. Emosi Kompleks merupakan rasa berjaya (kerana jangkaan seseorang dipenuhi) dan perasaan tewas (apabia jangkaan seseorang tidak dipenuhi). Contoh emosi kompleks adalah bangga, rasa bersalah dan malu.

4 B A 1 EKSPRESI EMOSI?

5 B A 1 EKSPRESI EMOSI? Lewis (2000) dan Mascola, Fischer & Li (2003) telah menjejak perkembangan emosi seperti berikut:  Bayi yang baru lahir mengalami dua emosi umum: seronok dan menyampah.  Apabila mereka mencapai umur lebih kurang 2 hingga 3 bulan, senyuman sosial mula timbul; - mereka senyum apabila mereka melihat wajah seorang manusia.  Apabila mereka berumur 4 hingga 6 bulan, marah mula timbul. Misalnya, mereka menunjukkan rasa marah apabila permainan kegemarannya diambil.

6 B A 1 EKSPRESI EMOSI?  Pada umur sekitar 6 hingga 9 bulan, takut mula timbul. Misalnya, apabila seorang yang tidak dikenali mendekatinya, kanak-kanak akan menunjukkan tanda kewaspadaan terhadap orang asing; i.e. kanak-kanak itu menangis dan kelihatan takut khususnya apabila orang asing itu mendekatinya dengan tiba-tiba tanpa amaran  Apabila sampai umur 8 hingga 9 bulan, mereka dapat mengekspresi semua emosi asas (marah, gembira, sedih, takut, dan lain-lain).  Emosi kompleks timbul pada umur sekitar 1½ hingga 2 tahun apabila kanak- kanak mempunyai kefahaman tentang dirinya. o Misalnya, mereka berasa bersalah apabila mereka telah merosakkan sebuah permainan. Fikiran berikut bermain di mindanya: “Anda telah berpesan supaya saya berhati-hati, tetapi saya tidak”.

7 KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE SEKOLAH?
B A 1 KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE SEKOLAH?  kerana mereka terlalu bimbang => mungkin mempunyai rasa takut atau khuatir dengan sesuatu yang khusus tentang guru, rakan sebaya, atau aspek yang lain tentang persekitaran sekolah.  mungkin dengan sedar atau tidak sedar risau => bukan tentang sekolah itu sendiri, tetapi tentang berada jauh daripada rumah. Kanak- kanak ini yang mungkin takut untuk tidur sendiri, berkeras inginkan lampu dipasang dalam biliknya pada waktu malam, dan mengigau tentang keselamatannya atau keselamatan ibubapanya

8 KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE SEKOLAH?
B A 1 KENAPA SESETENGAH KANAK-KANAK ENGGAN PERGI KE SEKOLAH?  Ada kanak-kanak yang cenderung berasa bahawa orang lain melihat mereka dengan negatif. Mereka menjadi terlampau malu dan mengelak situasi sosial di mana mereka takut orang lain mengkritik mereka atau mempersendakan mereka di belakang mereka.  Ada yang mempunyai hubungan yang negative dan bermasalah dengan rakan sebaya, dan, mungkin, diejek oleh kanak-kanak yang nakal ataupun dibuli oleh seorang kaki buli. .

9 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?
B A 1 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN? Ibubapa Harus Bercakap Dengan Anaknya  Ibubapa harus bercakap dengan anaknya beberapa kali tentang pergi ke sekolah sebelumnya dan ia harus dilakukan walaupun selepas sekolah bermula  Dengar dan tunjuk minat tentang apa yang kanak-kanak itu ingin katakan.  Ibubapa dapat berkongsi rasa takut mereka dan pengalaman positif mereka semasa mereka mula pergi ke sekolah.  Ibubapa harus beritahu bagaimana mereka memahami perasaan anaknya, tetapi jangan beritahu mereka mereka tidak harus berasa seperti itu. Kadang kala kanak-kanak hanya perlu berfikir dengan kuat dan rasa takut mereka akan hilang. Baca Sebuah Buku Kanak-kanak  Ibubapa boleh membaca sebuah buku kepada anaknya tentang pergi ke sekolah.

10 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?
B A 1 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN? Lukis Sebuah Cerita  Ibubapa harus pertimbangkan melukis gambar dengan anaknya dan mencipta sebuah cerita yang menerangkan apa yang berlaku di sekolah Kenali Sekolah  Ibubapa boleh melawat sekolah beberapa hari sebelum ia bermula. Kebanyakan sekolah mempunyai hari pra-sekolah di mana ibubapa boleh datang ke sekolah, berjumpa dengan guru dan berada bersama anaknya. Bawa snek dan bermain di taman permainan sekolah.

11 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN?
B A 1 APAKAH YANG DAPAT DILAKUKAN? Jangkakan Aduan Fizikal  Beringatlah bahawa ada kanak-kanak yang akan mengekspresi rasa takut mereka dengan kata-kata yang biasa dan selamat seperti "perut saya sakit". Ini sememangnya biasa. Tengok mereka dan periksa suhu badan mereka walaupun anda tidak mempercayai kata-kata mereka. Ini merupakan kelakuan yang member keselesaan dan dapat melegakan kanak-kanak itu. . Jangan Jadikan Duduk Di rumah Lebih Menguntungkan  Jangan jadikan duduk dirumah lebih menguntungkan daripada pergi ke sekolah. Tiadakan atau kurangkan semua galakan untuk duduk di rumah. Sebaliknya, letakkan ganjaran dan galakan untuk pergi ke sekolah dan terus berada di situ sepanjang waktu persekolahan

12 PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)
1 PEMBAWAAN (TEMPERAMENT) Pembawaan ditakrifkan sebagai keupayaan yang kanak-kanak dianugerahkan sejak lahir yang membolehkan mereka berinteraksi dengan dan bertindakbalas dengan orang, tempat dan benda. Dalam akhir tahun 1960an, Alexander Thomas, Stella Chess, dan rakan-rakan telah menjejak kehidupan 141 individu daripada lahir sehingga dewasa, digelar The New York Longitudinal Study. Kajian tersebut telah mengenal pasti SEMBILAN CIRI-CIRI ATAU SIFAT PEMBAWAAN (lihat Gambarajah 1.1).

13 PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)
1 PEMBAWAAN (TEMPERAMENT)

14 B A 1 JENIS PEMBAWAAN

15 JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART
1 JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART Mary Rothbart (2004) telah mencadangkan suatu lagi cara untuk mengklasifikasi jenis pembawaan seperti berikut:  Surgensi / Ekstraversi – merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak adalah gembira, aktif, vokal dan mencari stimulasi yang menarik.  Perasaan negatif – merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak itu marah, takut, kecewa, malu dan tidak mudah diredakan.  Kawalan Penuh Usaha – merujuk kepada sejauhmana seorang kanak-kanak capat menumpukan perhatian, tidak mudah dialihkan pandangannya, dan dapat merencatkan responnya.

16 JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART
1 JENIS PEMBAWAAN MENURUT ROTHBART Rothbart berhujah bahawa jenis-jenis pembawaan ini jelas semasa bayi, dan sepanjang zaman kanak-kanak dan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keperibadian remaja dan orang dewasa. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengklasifikasikan individu ke dalam satu jenis atau yang lainnya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang lebih kepada Kawalan Penuh Usaha cenderung juga kepada Surgensi / Ekstraversi dan kurang kepada Perasaan Negatif. Dalam erti kata lain, kanak-kanak yang dapat mengawal perhatian dan merencat respon mereka selalunya bahagia dan aktif tetapi tidak marah dan takut.

17 B A 1 IKATAN (ATTACHMENT)
Sifat yang paling penting seorang manusia adalah keupayaan untuk membentuk dan menyenggara suatu hubungan. Hubungan ini sangat perlu bagi seseorang itu untuk terus hidup, belajar, bekerja, mencintai, dan beranak. Hubungan manusia mempunyai berbagai bentuk tetapi yang paling erat, dan paling menyeronokkan serta paling menyakitkan adalah hubungan dengan keluarga, kawan-kawan dan orang tersayang. Dalam bulatan dalaman hubungan yang akrab, kita diikat antara satu sama lain dengan "gam emosi " — terikat oleh kasih (Perry, 2011).

18 PERTUMBUHAN SUATU IKATAN
1 PERTUMBUHAN SUATU IKATAN Ahli psikologi John Bowlby, ahli teori yang pertama, telah menjelaskan ikatan sebagai suatu "ketercantuman psikologi yang berpanjangan antara manusia" (Bowlby, 1969, m/s. 194). Menurut Bowlby, terdapat 4 FASA DALAM PERTUMBUHAN IKATAN (lihat Jadual 1.2)

19 4 FASA PERTUMBUHAN IKATAN
1 4 FASA PERTUMBUHAN IKATAN

20 B A 1 JENIS HUBUNGAN IKATAN
Mary Ainsworth (1978, 1993), seorang pengkaji awal tentang ikatan telah membina suatu kaedah yang disebut sebagai Situasi Pelik di mana seorang bayi diletakkan di dalam sebuah bilik dengan ibunya. Tiba-tiba ibunya keluar daripada bilik itu selama tiga 3 minit, dan kemudian ibu itu datang kembali ke dalam bilik itu; dan Ainsworth telah memerhatikan tindakbalas kanak-kanak itu. Beliau bersama pengkaji yang kemudian telah mengenal pasti EMPAT JENIS HUBUNGAN IKATAN (lihat Jadual 1.2).

21 B A 1 JENIS HUBUNGAN IKATAN

22 B A 1 JENIS HUBUNGAN IKATAN

23 Terima Kasih & Wassalam
faizahothman.wordpress.com


Download ppt "Selamat Datang ke kursus ECE 231 PEMBANGUNAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google