Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidya Atmadja Telah diubah "5 tahun yang lalu
1
Kuliah 3 Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
2
Pengaruh Islam Perkembangan kitab-kitab agama Kesusasteraan Melayu Berbentuk Saduran d. Pengaruh asing
3
Pengenalan Perkembangan BMK dikaitkan dengan kedatangan Islam dan perkembangan karya sastera di nusantara. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan, keperibadian bangsa dsb.
4
BMK digunakan oleh pengarang untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan BMK, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15
5
Metodologi Perkembangan awal
Pada beberapa prasasti yang dijumpai pada abad ke-13 dan 14. Zaman kerajaan Melayu Melaka- BMK sebagai lingua franca. – tujuan perdagangan dan juga penyebaran agama islam. Bukti awal penghasilan kitab-kitab agama.
6
Senarai kitab Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani.
Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari Kandungan kitab-kitab ini – mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan Penulisan kitab-kitab agama Ilmu Tauhid karya Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) yang ditulis dalam tahun 1032 H (kira-kira 1622 M),
7
Durarul Faraid bisyarhil ‘Aqaid karya Sheikh Nuruddin ar-Raniri, tahun penulisan 1045 H (kira-kira bersamaan 1635 M). Bidayatul Hidayah karya Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, tahun penulisan 1170 H (kira-kira 1757 M). Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid karya Sheikh Abdus Shamad al-Falimbani, tahun penulisan 1178 H (kira-kira 1764 M). Tuhfatur Raghibin fi Bayani Haqiqati Imanil Mu’minin wa Yufsiduhu min Riddatil Murtaddin karya Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, tahun penulisan 1188 H (kira-kira 1774 M).
8
Kesusasteraan berbentuk saduran seperti Hikayat 1001 malam, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bayan Budiman, dsb. Kejatuhan Melaka, Acheh menjadi pusat tumpuan para alim ulama’. Kebangkitan Acheh bermula pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim dan Pasai sudah menjadi negeri takluk Acheh.
9
Kegemilangan Acheh zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636M)
pusat kegiataan kesusasteraan Pusat tumpuan para alim ulama’ seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan Sheikh Nurudin al Raniri. perluasan kuasa Perkembangan Islam di Alam Melayu Kebesaran Kerajaan Acheh tersebar ke luar negara seperti di Mekah dan Madinah. Acheh menakluki Minangkabau, Bangkahulu, Padang di sebelah barat, dan Siak, jambi, Riau dan Lingga di Timur.
10
Kegagahan Acheh tercatat dalam Sejarah Melayu yang mengatakan Sultan Alauddin Riayat Shah dan Bendaharanya Tun Seri Lanang ditawan dan dibawa ke Acheh sebagai orang tawanan. Islam berkembang bukan sahaja sebagai satu agama tetapi sebagai satu peradaban yang memberi unsur dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu.
11
Penyebaran Islam India sebagai perantaraan penyebaran Islam ke Alam Melayu. Bukti batu bersurat di Minye Tujuh bertarikh 1380 bersamaan 14 Dzulhijjah 781 Hijrah mengandungi syair yang menggunakan bahasa campuran, iaitu penggunaan bahasa Melayu/Sumatera/Sanskrit dan Arab. Batu bersurat di Minye Tujuh - Pengislaman Merah Silu (Malek al Saleh) serta batu nisan yang dikatakan dari Kembayat. Contoh lain Hikayat Berma Shahdan yang berasal dari Timur Tengah datang ke alam Melayu melalui resensi India. Mengikut Morrison, orang Gujerat yang mula-mula memperkenalkan Islam dan pengaruh Parsi ke Alam Melayu
12
Gambaran masyarakat Batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Trengganu mencatat tarikh 22 Februari 1303, menggunakan tulisan Jawi yang menerangkan hukum feqah.(Rujuk m.s )
13
Karya menceritakan kedatangan Islam
Hikayat Raja-raja Pasai Sejarah Melayu Hikayat Merong Mahawangsa
14
Karya Zaman Acheh Buku ketatanegaraan hasil terjemahan dan saduran daripada bahasa Arab. Kitab Tajus Salatin 1603M –SNaR Bustanul al Salatin SNaR Buku –buku agama seperti ilmu tasawuf, mistik, tafsir al Quran, dan nahu, Sirat al-Mustakin dan akhbar al-Akhirat SNaR dalam bukunya ada menyebut nama beberapa nama ulama’ seperti Abu Khair ibn Sheikh al-Hajar yang mengarang kitab al-Saif al-Qati, Muhamad al-Yaman, dan Sheikh Muhamad Jalani seorang ilmuan dalam bidang fekah dan mantik
15
Rumusan: BMK meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. Hal ini membuktikan BMK berkemampuan dalam menangani masalah-masalah perhubungan antara negara, perniagaan, pemerintahan, kegiatan keintelektualan. kesusasteraan dan keagamaan.
16
Faktor Ketandusan Naskah
Kecenderungan para orientalis barat mengumpul dan membawa pulang naskhah ke negara asal mereka. Kenyataan kerajaan Inggeris bahawa kapal The Fame telah terbakar pada 2 Februari 1824 Musnah semasa penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. Keghairahan orang Melayu menjual khazanah Melayu kepada orang Barat Kebakaran istana Sultan Mansor Shah Penyebaran secara lisan yang tidak sempat dibukukan.
17
Keistimewaan karya klasik
Pemilihan kata, struktur ayat dan sistem tulisan yang digunakan Mengandungi hal-hal yang menyentuh tentang budaya, politik, ekonomi, dan sistem sosial masyarakat Pendapat sarjana barat Winstedt, Wilkinson, Werndly, van Der Tuuk, Overback dan lain-lain menganggap bahawa teks Melayu klasik merupakan sebuah teks yang serba lengkap mengenai struktur organisasi sesebuah kerajaan Melayu ketika itu. Namun para orientalis barat turut menyingkirkan nilai-nilai keakraban dan kesebatian karya masyarakat Melayu
18
Pengaruh Bahasa Asing Terdapat beberapa bahasa asing yang mempengaruhi Hikayat Hang Tuah seperti yang dihuraikan di bawah : i. Bahasa Arab Terdapat penggunaan bahasa Arab dalam hikayat ini.Contohnya dalam bab 1 “ BISMI’llahi’rrahmani’rrahim; wabihi nasta’inu bi’llahi-a’la “ ( Halaman 1 ) Selain itu terdapat penggunaan perkataan seperti firasat , hatta , murkah , syahadan , kaus , wasiat , kasad , al-kisah , kalimat , dan sebagainya.
19
ii. Bahasa Portugis Terdapat penggunaan perkataan yang diambil daripada bahasa Portugis seperti lancing ( bab 1 halaman 16 ) yang berbunyi lancao yang bermaksud sejenis perahu layar yang maju, armada ( bab 4 halaman 105 ) yang bermaksud sepasukan kapal perang, dimaitarnya ( bab 24 halaman 525 ) yang bermaksud dihalakan kea rah seseorang dan lain-lain perkataan lagi
20
iii. Bahasa Tamil Pengaruh bahasa Hindu telah lama bertapak di rantau ini.Secara tidak langsung pengaruh bahasa ini terdapat dalam karya-karya klasik Melayu.Sebagai contoh watak-watak seperti Puteri Kemala Ratna Pelinggam,Sang Perta Dewa, Sang Manika dan sebagainya.Dalam Hikayat Hang Tuah pengaruh bahasa Tamil dapat dilihat pada perkataan ‘ ayuh ‘ .Umumnya perkataan ‘ ayuh ‘ berasal daripada perkataan Hindu yang berbunyi ayo ( sebutan bahasa India ) yang bermaksud ‘ Wahai ‘ dalam bahasa Melayu.Contohnya petikan dalam bab 2 “ Maka kata bendahara pada isterinya, ‘ Ayuh adinda,inilah anak tuan, saudara Tun Mamat .” ( halaman 38 )
21
iv. Bahasa Jawa Pengaruh bahasa Jawa juga banyak digunakan dalam Hikayat Hang Tuah.Contohnya :-
‘ perajurit ‘, ‘ Rama Andeka ‘, ‘ Manira ‘, ‘ paman ‘, ‘ sedardu ‘ dan lain-lain lagi
22
v. Bahasa Sanskrit dan Parsi Hikayat Hang Tuah turut menerima pengaruh bahasa Sanskrit dan bahasa Parsi.Kebanyakan perkataan Sanskrit itu telah diserap menjadi bahasa Melayu seperti perkataan : ‘ mahkota ‘, ‘ singgahsana ‘, ‘pustaka ‘, ‘ duta ‘, ‘ dirgahayu ‘ dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa Parsi yang telah diserap masuk menjadi bahasa Melayu contohnya perkataan : ‘ nobat ‘, ‘ ‘askar ‘, ‘ bius ‘, dan sebagainya.
23
Kesimpulan Karya sastera yang dihasil ditujukan kapada orang yang menguasai bahasa Arab. Diterjemahkan dalam bahasa Melayu bercampur Arab. Contoh kitab Sarab al-Ashiqin.
24
Perbincangan Pengkajian terhadap karya-karya klasik akan membawa kita kepada pengkajian tentang sejarah peradaban bangsa Melayu. Bincangkan.
25
Sekian, terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.