Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 5 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 5 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM."— Transcript presentasi:

1 UNIT 5 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM

2 Perhubungan Awam: Komponen penting dalam pengurusan organisasi – salah satu fungsi pengurusan moden. Berfungsi memantau proses komunikasi dua hala antara organisasi dengan publiknya. Alat untuk menilai dan mengukur tahap kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi. Komunikasi 2 hala bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman antara organisaasi dengan publik dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan perancangan. Proses PR yang baik memerlukan usaha pemikiran, perencanaan dan perorganisasian yang dinamik dan rasional.

3 Setiap individu perlu mempunyai pengetahuan dan ketrampilan PR, kejujuran,kewibawaan,kesetiaan dan kesungguhan. Dalam proses PR, aplikasi komunikasi yang terlibat adalah bensandarkan komunikasi kemanusiaan yang berbentuk persuasif, informatif dan juga mendidik (edukatif). Ketiga-tiga bentuk komunikasi secara dasarnya didominasi oleh PERSPEKTIF PERSUASIF.

4 Komunikasi Persuasif:
Komunikasi yang dilaksanakan tanpa menggunakan paksaan. Pendekatan adalah bersifat dorongan dan mempunyai ciri-ciri berikut: Maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan keperluan sasaran atau audiens. Komunikator yang terlibat adalah berkeupayaan untuk membentuk pendapat yang positif terhadap sasaran dan seterusnya berjaya memberi dorongan. Sasaran berjaya didorong untuk terlibat dengan tindakan komunikator.

5 Penglibatan sasaran adalah diikuti dengan perubahan sikap dan tindakan.
Perubahan sikap perlu diakhiri dengan penglibatan (involvement) dan penyertaan (participation). Terdapat beberapa komponen pelaksanaan proses komunikasi persuasif. Antara komponen yang signifikan adalah: Penyampaian- penyampaian yang berstruktur akan berupaya untuk memenuhi keperluan sasaran seperti berupaya memenuhi harapan dan jangkaan publik di mana ada tindakbalas yang positif di kalangan publik.

6 Menarik perhatian: Setiap maklumat mestilah ada kepentingan dengan sasaran dan dapat mengumpul fokus publik terhadap maklumat. Maklumat yang mampu menarik menarik perhatian adalah maklumat yang mempunyai fakta yang benar, tepat dan berwibawa. Kefahaman yang berterusan : Setiap maklumat komunikasi yang terlibat perlulah difahami oleh publik agar proses komunikasi PR yang seterusnya dapat diorganisasi dan dipantau secara berterusan

7 Peranan Perhubungan Awam:
PR merupakan bahagian penting dalam struktur pengurusan yang boleh menyumbang ke arah pembangunan dan pelaksanaan strategi, serta kepada pononjolan dan juga pengawalan kepentingan sesebuah organisasi dalam membentuk hubungan dengan organisasi lain. Pembentukan hubungan itu perlulah bersandar kepada asas dialog, pertukaran maklumat mengenai kepentingan agar kepentingan berkenaan dapat dijelaskan dan diharmonikan (White & Mazur, 1994).

8 Wilcox et.al(1992) menyebutkan bahawa peranan PR secara profesional bagi sesebuah organisasi perlulah berfokusnkepada penonjolan secara positif kegiatan organisasi berkenaan yang meliputi 10 bahagian berikut; Reputasi, iaitu pengawalan dan peningkatan program identiti korporat. Perkhidmatan maklumat melalui aktiviti perhubungan media. Komunikasi pemasaran yang melibatkan proses publisiti produk. Perhubungan pelabur menggunakan jaringan komunikasi di kalangan pemegang saham

9 Perhubungan kewangan melalui pengedaran laporan kewangan dan maklumat lain yang berkaitan.
Perhubungan kemasyarakatan di kalangan publik yang berfungsi sebagai sasaran. Perhubungan pekerja yang berfokus kepada pengawalan kepentingan, kebajikan dan keselamatan. Pengurusan acara-acara khas atau majlis-majlis khusus anjuran organisasi. Perhubungan kerajaan khususnya melibatkan urusan yang ada kepentingan awam. Pengurusan isu yang melibatkan kepentingan organisasi.

10 Persatuan Perhubungan Awam Amerika (PRSA – Public Relations Society of America) merumuskan bahawa PR mestilah berperanan sebagai: Alat untuk mencapai penyesuaian bersama antara institusi dan kumpulan bagi mewujudkan hubungan yang ikhlas yang boleh memanfaatkan publik. Elemen penting dalam sistem komunikasi yang mendorong dan membolehkan individu mendapatkan maklumat mengenai segala perkara yang memberi kesan kepada kehidupan individu berkenaan. Pengetahuan yang perlu dikuasai oleh kakitangan organisasi bagi menggiatkan tanggungjawab sosial organisasi. Prinsip asas bagi mendapatkan penerimaan dan kerjasama daripada pihak lain.

11 Alat untuk memberikan peluang kepada publik untuk bertindak melalui pengedaran maklumat yang menyeluruh mengenai perkara yang berkepentingan dengan publik. Strategi Perhubungan Awam: Black (1993), strategi PR adalah dilaksanakan berdasarkan kepercayaan dan persefahaman bersama diantara perancang dengan sasaran.

12 Kaedah atau cara bagaimana PR diurus melalui pengembelengan alat, bahan dan sumber pengurusan yang sesuai, mencukupi, dan kos efektif di samping pembenrukan objektif pengurusan yang jelas dan inovatif. Contoh, pengendalian Sukan Komanwel KL 1998 telah dilaksana dan telah berjaya dilakukan secara komprehensif melibatkan pengurusan seperti: Penerbitan video promosi. Pengurusan hubungan media pada skala antarabangsa. Kerjasama penajaan dengan beberapa syarikat besar, seperti syarikat pengeluar PepsiCola, aiskrim Walls dan selainnya. Liputan destinasi pelancongan oleh para watrawan kembara dari dalam dan luar negeri. Penerbitan dan bahan-bahan literatur promosi. Penyediaan ruang pameran yang strategik semasa berlangsungnya pameran pelancongan dan santai di peringkat antarabangsa.

13 Ciri Komponen Komunikasi
Perbandingan Ciri Komponen Komunikasi antara Perhubungan Awam & Periklanan Ciri Komponen Komunikasi Perhubungan Awam Pengiklanan Penggunaan Media Bergantung pada usaha mendapatkan liputan media Membeli ruang akhbar atau slot masa siaran Kawalan Mesej Kawalan yang kurang terhadap mesej Kawalan yang lebih terarah Kewibawaan Mesej Mesej mempunyai kewibawaan yang tinggi Mesej mempunyai kewibawaan yang kurang Pemilihan Audiens Sasaran Pemilihan audiens lebih bebas dan terbuka Pemilihan audiens ditentukan kepada faktor pesaran Fokus Aktiviti Berorientasikan sikap dan situasi, seperti arah-aliran dan perlakuan Berorientasikan jualan dan pemasaran Skala Masa Melibatkan objektif jangka pendek dan j/panjang Melibatkan objektif jangka pendek Penilaian Kaedah penilaian yang terbatas Penilaian yang boleh diukur secara kuantitatif

14 Stone (1991) berpendapat bahawa proses pelaksanaan strategi PR perlulah melibatkan lapan tahap pengurusan. Pendekatan Pengurusan 8-Tahap (Stone,1991) Tahap Komponen 1. Analisis Situasi mengenalpasti masalah yang perlu dan akan diatasi. 2. Objektif Tahap menentukan hasil yang ingin dicapai melalui program pengurusan yang dilaksanakan. 3. Strategi Penentuan keputusan penting yang perlu di dibuat 4. Program Menentukan kaedah dan media yang akan digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan masa 5. Sumber Penentuan jumlah tenaga manusia, kewangan, perkhidmatan dan bahan yang akan digemblengkan atau digunakan 6. Tanggungjawab Menentukan authoriti dan orang yang bertanggungjawab untuk memantau program pengurusan 7. Penilaian Membuat pengukuran pencapaian program pengurusan 8. Akauntabiliti Menentukan orang yang b/jawab ke atas segala tindakan yang telah dibuat

15 Wilcox et. al. (1992), Cutlip et. al
Wilcox et.al.(1992), Cutlip et.al.(1994), McElreath (1996) dan Baskrin et.al.(1997) mengemukakan pandangan bahawa setiap proses pengurusan PR perlu melalui 4peringkat pengurusan PR iaitu: Penyelidikan bagi memahami pendapat publik. Perencanaan untuk memastikan keberkesanan aktiviti PR. Strategi bertindak. Penilaian aras keberkesanan aktiviti PR.

16 Rumusan Keberkesan PR sebagai alat pengukuhan reputasi dilihat sebagai pendekatan pengurusan yang menghasilkan komunikasi cemerlang yang membolehkan: Organisasi membangun dan mengurus proses komunikasi berkenaan secara strategik berdasarkan objektif yang komprehensif. Organisasi menyemarakan hubungan dengan publik dalaman atau luaran yang dianggap sebagai pencabar kepada peluang pembangunan organisasi. Alat dan strategi PR yang terlibat menyumbangkan mekanisme kawalan terhadap krisis dan konflik yang dihadapi oleh organisasi, khususnya yang melibatkan masalah, mogok, boikot dan tuntutan pekerja yang berlebihan. Peningkatan keuntungan melalui penambahan atau suntikan modal yang diperolehi daripada pelanggan, pemegang saham dan publik yang berkepentingan.

17 TERIMA KASIH


Download ppt "UNIT 5 PERANAN PERHUBUNGAN AWAM."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google