Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Mengenalpasti Peluang Perniagaan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Mengenalpasti Peluang Perniagaan"— Transcript presentasi:

1 Mengenalpasti Peluang Perniagaan

2 Jenis kajian yang terlibat (pesaing / pelanggan / produk atau perkhidmatan / jualan dan agihan)

3 Ravi memiliki sebuah kedai kebab
Ravi memiliki sebuah kedai kebab. Sehingga beberapa bulan lalu, Ravi menetap di bandar di mana terdapat keperluan yang tinggi untuk kebabnya. Daging dijual beliau terkenal dengan rasa dan kelembutannya dan pelbagai isi yang terbukti amat popular. Namun begitu, keluarganya mempunyai impian untuk menetap di luar bandar, jadi apabila tiba masanya untuk berpindah, beliau berjaya menjual kedai kebabnya pada keuntungan yang tinggi. Dalam pekan kecil di mana beliau kini menetap, Ravi memutuskan untuk melabur keuntungan dari kedai lamanya untuk membuka sebuah lagi kedai kebab. Lagipun, kedainya sebelum ini terlalu berjaya dan beliau banyak pengalaman di dalam perniagaan dan ianya pasti berjaya. Lebih – lebih lagi, di situ hanya ada satu tempat makanan segera, jadi tidak banyak persaingan. Beliau telah menemui premis yang sesuai di Jalan Utama, untuk membangunkan kedainya, dan bersedia untuk malam pembukaan. Beliau masih mempunyai beberapa menu dari kedai lamanya, jadi untuk mengurangkan kos percetakan, beliau hanya meletak stiker dengan alamat baru di atas alamat lama dari paparkan menu tersebut di atas kaunter. Pada malam pembukaan, hanya seorang dua penduduk yang datang menjenguk kerana ingin tahu. Mereka merasa sampel percuma yang ditawarkan dan memberi komen yang kebab tersebut terlalu pedas. Seorang pelanggan melihat kepada daging kebab di atas tempat pemanggang dan mula menyoal samada daging tersebut segar. Hanya seorang sahaja yang membeli kebab dan dia terkejut kerana tidak diberikan kentang goreng bersama kebab tersebut. Apabila ditanya tentang kentang goreng, Ravi hanya menjawab beliau tidak menjual kentang goreng. Pelanggan tersebut kelihatan marah dan memberi komen bahawa dia boleh membeli burger dan kentang goreng di tempat makanan segera lain dengan harga yang lebih murah dari kebab. Ravi merasa kecewa kerana malam pembukaannya tidak berjaya, tetapi beliau tidaklah risau tentang komen deri beberapa pelanggan. Lagipun, memang mustahil untuk memuaskan hati semua orang dan beliau pun telah berniaga kebab agak lama. Beberapa minggu kemudian, jualannya tidak nampak kemajuan dan Ravi kini perlu menutup kedainya, dan kerugian semua wang yang dilaburkannya.

4 Beliau sepatutnya meletakkan harga yang betul untuk kawasan pekan (kajian pasaran : ingat bahawa beliau menggunakan semula menu lama dengan harga bandar). Beliau patut tahu bahawa penduduk di situ tidak tahu akan kebab, cara ianya dimasak dan kandungannya (kajian pasaran). Beliau patut tahu bahawa penduduk di situ tidak biasa dengan makanan berempah (kajian produk). Beliau patut tahu bahawa kedai yang menjual ‘take away’ menawarkan kuantiti makanan lebih pada harga rendah (kajian pesaing). Beliau juga patut tahu bahawa penduduk di situ suka akan kentang goreng dengan makanan mereka (jangkaan pelanggan). Beliau mungkin membuat keputusan untuk membuka kedai lain, sebagai contoh, kedai makanan segera tradisional.

5 Kebanyakan pemilik perniagaan (seperti Ravi) membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dengan menjual produk atau perkhidmatan yang mereka sendiri suka atau nikmati. Tetapi, di tempat pasaran, adalah lebih penting untuk tahu bahawa perniagaan perlu menawarkan apa yang pelanggan mahu beli (dari segi produk, perkhidmatan, harga, jumlah, bungkusan, dll.) dan bukan apa yang ingin dijual oleh penjual. Perniagaan yang tidak meletakkan keperluan dan kehendak pengguna diterasnya tidak akan berjaya. Ia adalah penting sebagai seorang usahawan, bahawa anda tahu pasaran anda. Kegagalan untuk melakukan kajian pasaran mungkin akan membawa anda kepada menawarkan produk atau perkhidmatan yang tiada siapa mahu membeli atau membayar.

6

7

8 Temuramah Pemerhatian

9

10

11

12

13 Dengan melakukan kajian ini, anda akan belajar mengenai:

14 Dengan melakukan kajian ini, anda akan belajar mengenai:

15 Dengan melakukan kajian ini, anda akan belajar mengenai:

16 Dengan melakukan kajian ini, anda akan belajar mengenai:

17

18

19

20

21 Untuk menghasilkan perniagaan yang berjaya, setiap usahawan perlu membangunkan pelan yang mendefinisikan aktiviti teras perniagaan dan menangani semua persoalan utama mengenai bagaimana perniagaan akan beroperasi. Pelan perniagaan merupakan dokumen bertulis yang menunjukkan bahawa usahawan telah memikirkan mengenai setiap aspek perniagaan beliau dan menyediakan titik rujukan bagi kedua – duanya, usahawan dan pasukan pengurusan perniagaan. Ia juga membolehkan pihak ketiga mengetahui dengan cepat mengenai asas perniagaan dan kerana itu, ia menjadi alat penting dalam berurusan dengan orang seperti pengurus bank dan mana – mana bakal pelabur. Sesi ini mensasarkan untuk menggalakkan usahawan “berfikir melalui tulisan” dan mencipta pelan perniagaan pertama untuk usahaniaga baru mereka.

22

23

24 Dalam sesi ini, anda akan mula menulis pelan perniagaan anda
Dalam sesi ini, anda akan mula menulis pelan perniagaan anda. Pelan perniagaan bukanlah dokumen yang panjang lebar. Ia sepatutnya mengandungi perihal perniagaan anda dan bagaimana anda merancang untuk menjalankannya.

25

26

27

28

29 Nama, nombor telefon dan alamat e-mel orang yang menyediakan pelan perniagaan
Jika bersedia, nama rasmi perniagaan, nombor perniagaan, alamat perniagaan dan laman web Pengalaman setiap ahli pasukan Kelayakan berkaitan bagi ahli pasukan

30 Kenapakah mereka akan membeli produk / perkhidmatan anda?

31 Jadi, apabila anda melihat pada pesaing anda, lihat pada kedua – duanya, pesaing langsung dan tak langsung. Beberapa soalan utama yang perlu dijawab berkenaan pesaing anda adalah:

32

33

34

35

36 Apabila memulakan perniagaan, banyak kali terjadi di mana usahawan seperti anda perlu menjelaskan perniagaan anda kepada orang luar seperti pengurus bank, pelabur, pembekal gergasi dan badan kerajaan yang bertanggungjawab dengan promosi syarikat dan keusahawanan. Untuk alasan ini, adalah penting bahawa anda mampu menunjukkan ringkasan perniagaan yang menggariskan struktur sebenar perniagaan anda, perolehan dan keuntungan yang anda jangkakan dan apakah rancangan masa depan anda. Anda juga mampu menunjukkan sebarang maklumat yang berasas (terutamanya sebarang maklumat kewangan) yang telah anda masukkan ke dalam pelan perniagaan anda.

37 Terima Kasih PERHATIAN!
Harap maklum bahawa kandungan modul-modul ini adalah diadaptasi daripada Intel Entrepreneurship Basics dan hanya untuk kegunaan 90 Days Biz Challenge sahaja.


Download ppt "Mengenalpasti Peluang Perniagaan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google