Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PASARAN, PEMASARAN & MEMASARKAN PASARAN Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli) Lingkungan (keluasan, kemungkinan,

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PASARAN, PEMASARAN & MEMASARKAN PASARAN Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli) Lingkungan (keluasan, kemungkinan,"— Transcript presentasi:

1

2

3 PASARAN, PEMASARAN & MEMASARKAN

4 PASARAN Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli) Lingkungan (keluasan, kemungkinan, dsb) perniagaan yg memberi peluang utk penjualan barang-barang atau perkhidmatan Permintaan pembeli atau penawaran penjual Kualiti kurang baik (barang dagangan) Bebas - kawasan tempat orang berjual beli dgn bebas tanpa sekatan harga

5 PEMASARAN Perlakuan atau perbuatan mema­sarkan

6 MEMASARKAN 1. Menjual sesuatu di pasar 2. Memperdagang barang-barang dari hasil pengeluaran

7 Apakah perbezaan di antara urus niaga perbadanan terbuka dan tertutup?
"perbadanan tertutup" biasanya dipanggil "perbadanan swasta." Semua saham berkait rapat dan bukan untuk dijual kepada orang ramai. Ini terjadi apabila keluarga atau perbadanan memiliki semua saham syarikat yang tertutup.  "Perbadanan terbuka" boleh dikaitkan dengan stok dagangan awam. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membeli saham dan terlibat dalam sesuatu perbadanan itu dalam pasaran terbuka.

8 Struktur Pasar dalam Ekonomi

9 1. Pasar Persaingan Sempurna
Pasar persaingan sempurna disebut juga pasar persaingan murni adalah pasar di mana terdapat banyak penjual dan pembeli dan mereka sudah sama-sama mengetahui keadaan pasar. Pasar persaingan sempurna memiliki ciri-ciri berikut ini. 1) Banyak penjual dan pembeli. 2) Barang yang diperjualbelikan sejenis (homogen). 3) Penjual maupun pembeli memiliki informasi yang lengkap tentang pasar. 4) Harga ditentukan oleh pasar. 5) Semua faktor produksi bebas masuk dan keluar pasar. 6) Tidak ada campur tangan pemerintah. Contoh pasar persaingan sempurna antara lain pasar hasil-hasil pertanian.

10 2. Pasar Persaingan Tidak Sempurna
Pasar persaingan tidak sempurna adalah bertentang dari pasar persaingan sempurna yaitu pasar yang terdiri atas sedikit penjual dan banyak pembeli. Pada pasar ini penjual dapat menentukan harga barang. Barang yang diperjualbelikan jenisnya heterogen (berbagai jenis barang). Pasar persaingan tidak sempurna mempunyai beberapa bentuk pasar.

11 3. Pasar Monopoli Pasar monopoli adalah pasar yang terjadi apabila seluruh penawaran terhadap sejenis barang pada pasar dikuasai oleh seorang penjual atau sejumlah penjual tertentu. Pada pasar monopoli terdapat ciri-ciri berikut ini. a) Hanya ada satu penjual sebagai pengambil keputusan harga (melakukan monopoli pasar). b) Penjual lain tidak ada yang mampu menyaingi dagangannya. c) Pedagang lain tidak dapat masuk karena ada hambatan dengan undang-undang atau karena teknik yang canggih. d) Jenis barang yang diperjualbelikan hanya semacam. e) Tidak adanya campur tangan pemerintah dalam penentuan harga, contoh: PT Pertamina (persero), PT Perusahaan Listrik Negara (persero), dan PT Kereta Api (persero).

12 4. Pasar Persaingan Monopolistis
Pasar persaingan monopolistis adalah pasar dengan banyak penjual yang menghasilkan barang yang berbeda corak. Pasar ini banyak dijumpai pada sektor jasa dan perdagangan eceran. Misalnya jasa salon, angkutan, toko obat/apotik, dan toko kelontong. Pada pasar persaingan monopolistik terdapat ciri-ciri berikut ini. a) Terdiri atas banyak penjual dan banyak pembeli. b) Barang yang dihasilkan sejenis, hanya coraknya berbeda. Contoh: sabun, pasta gigi, dan minyak goreng. c) Terdapat banyak penjual yang besarnya sama, sehingga tidak ada satu penjual yang akan menguasai pasar. d) Penjual mudah menawarkan barangnya di pasar. e) Penjual mempunyai sedikit kekuasaan dalam menentukan dan memengaruhi harga pasar. f) Adanya peluang untuk bersaing dalam keanekaragaman jenis barang yang dijual.

13 5. Pasar Oligopoli Pasar oligopoli adalah pasar yang hanya terdiri atas beberapa penjual untuk suatu barang tertentu, sehingga antara penjual yang satu dengan yang lainnya bisa memengaruhi harga. Contoh: perusahaan menjual mobil dan sepeda motor, perusahaan rokok, industri telekomunikasi, dan perusahaan semen. Pasar oligopoli mempunyai ciri-ciri berikut ini. a) Hanya terdapat sedikit penjual, sehingga keputusan dari salah satu penjual akan memengaruhi penjual lainnya. b) Produk-produknya berstandar. c) Kemungkinan ada penjual lain untuk masuk pasar masih terbuka. d) Peran iklan sangat besar dalam penjualan produk perusahaan

14 PROSPEK DALAM PERNIAGAAN
Mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak bank Melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan Mengkaji dan menilai potensi Sebagai idea untuk meyakinkan pihak lain Pengagihan sumber dengan lebih baik Mendapatkan pertimbangan dan kelulusan pihak bank Perkara yang paling penting untuk memulakan sesuatu perniagaan adalah kesungguhan. Jika tiada bukti melalui penyediaan rancangan perniagaan, pihak bank akan mengatakan bahawa kita tidak serius dan hangat-hangat tahi ayam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan kepercayaan pihak lain terutamanya pihak bank yang menyediakan pembiayaan dari segi modal. Contohnya Syam, dia adalah seorang remaja yang baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Shah Alam. Semasa berada di tahun akhir pengajian, dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan kedai alat tulis yang berdekatan dengan kawasan rumah sewanya. Dia memerlukan banyak kertas lukisan, berus cat, warna, pensil dan sebagainya untuk menyiapkan tugasan dan lukisan. Tambahan pula, kawasan itu baru sahaja dibangunkan. Jadi, tidak banyak kedai yang mula beroperasi. Disebabkan jarak yang dekat untuk ke kelas, kawasan ini sepenuhnya dihuni oleh pelajar Uitm sendiri. Jumlah kedai boleh dikira dengan jari. Timbul kesedaran dalam diri untuk melakukan sesuatu sebaik tamat pengajiannya. Sekali gus, membantu kawan-kawan dan pelajar lain mendapatkan keperluan dan alat tulis yang mereka kehendaki. Sebagai permulaan, kedai ini hanya menjual alat tulis sahaja, dan Syam telah memandang lebih jauh dengan mengatur beberapa strategi dalam rancangan perniagaannya nanti. Melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Tujuan yang kedua adalah untuk kegunaan usahawan itu sendiri. bagaimana mereka boleh melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Sebab dan tujuan perniagaan itu diwujudkan. Perkara yang paling penting adalah produk yang akan dipasarkan atau mungkin servis dan perkhidmatan yang akan disediakan kepada pelanggan. Contohnya Syam mempunyai cadangan untuk membuka kedai menjual alat tulis. Di mana lokasi yang sesuai untuk Syam memulakannya? Adakah di kawasan perindustrian? Adakah anda fikir perniagaan ini akan terus maju atau sebaliknya? Membuka kedai menjual alat tulis sangat tepat jika kita membukanya di kawasan yang didiami pelajar. Contohnya di pusat komersial Seksyen 7, Shah Alam. Boleh dikatakan kawasan ini 90% didiami oleh pelajar Univerisiti Teknologi Mara. Tambahan pula, kawasan ini adalah kawasan yang baru dibangunkan dan tidak banyak kedai yang dibuka. Jadi, objektif yang digariskan dalam rancangan perniagaan itu akan tercapai dan perniagaan ini akan terus maju. Menjadi garis panduan untuk pengurusan perniagaan Seterusnya, tujuan menyediakan rancangan perniagaan adalah untuk menjadi garis panduan menguruskan perniagaan supaya menjadi lebih efisien dan sistematik. Tentang produk atau jenis perkhidmatan dan servis yang akan dijalankan. Katakan Syam telah membuka sebuah kedai menjual alat tulis di lokasi yang menjadi tumpuan pelajar universiti. Perancangan Syam bukan berakhir setelah dia berjaya membuka kedai menjual alat tulis sahaja. Sebaliknya, Syam perlu merancang untuk masa yang akan datang dan bulan-bulan yang seterusnya. Katakan Syam hanya menjual alat tulis sahaja di awal penglibatannya dalam dunia perniagaan. Walau bagaimanapun, Syam juga mempunyai perancangan untuk mengembangkan lagi perniagaannya agar terus maju. Disebabkan itu, Syam turut merancang untuk mempunyai mesin perkhidmatan potostat yang akan diletakkan di dalam kedai alat tulis kepunyaannya.. Syam mempunyai matlamat untuk membeli sebuah mesin cetak selepas 6 bulan berniaga alat tulis. Dia bercadang menyediakan perkhidmatan itu di dalam kedai yang sama. Secara ringkasnya, Syam membantu dengan memudahkan pergerakkan pelajar untuk pergi ke kedai lain bagi mendapatkan perkhidamatan potostat. Mengkaji dan menilai potensi Selain itu, rancangan perniagaan juga ditulis untuk mengkaji dan menilai samada perniagaan yang akan dilaksanakan mempunyai potensi untuk terus maju atau sebaliknya. Kedai menjual alat tulis Syam semakin hari semakin maju. Kerana pelajar memerlukan alat ini untuk memulakan pembelajaran. Pemilihan lokasi mempengaruhi kadar sambutan dalam perniagaan yang dijalankan. Menjelang musim peperiksaan, perniagaannya mampu mengaut keuntungan yang sangat memberangsangkan. Tambahan pula, di kawasan itu tidak terdapat kedai menjual alat tulis yang lain kecuali kedai Syam sahaja. Memandangkan perniagaannya semakin maju dan mempunyai pelanggan yang ramai, Syam telah menambah rancangan dalam perniagaannya. dengan membeli sebuah mesin potostat pula. Kebetulan juga kawasan itu tidak terdapat kedai yang menyediakan perkidmatan potostat. Menurut pandangan Syam, pelajar malas bergerak untuk berjalan pergi ke kedai lain semata-mata untuk mencari perkhidmatan potostat. Jadi, kedai menjual alat tulis Syam telah ditambah dengan perkhidamatan potostat. Ianya mendapat sambutan yang sungguh memberangsangkan. Selain itu, Syam juga mempunyai rancangan lain untuk memajukan perniagaannya. Apabila tanggungjawab bertambah, Syam memerlukan tenaga yang ramai. Maka, Syam telah mengupah beberapa orang pembantu yang terdiri daripada kawan-kawannya juga untuk menguruskan kedainya itu. Selepas setahun, Syam sudah mampu menyewa sebuah kedai di sebelah kedai alat tulisnya. Kedai baru itu hanya menyediakan perkhidmatan potostat dan juga perkhidmatan internet. Hari ini, Syam sudah mempunyai dua buah kedai yang terletak bersebelahan. Mudah juga bagi Syam untuk menguruskannya dan dia tidak perlu berjalan jauh. Rancangan perniagaan yang direncanakan di dalam kertas kerja itu telah menampakkan hasilnya dan Syam gembira. Sebagai idea untuk meyakinkan pihak lain Di samping itu, rancangan perniagaan juga mempunyai tujuan bagi meyakinkan pihak-pihak tertentu tentang idea-idea perniagaan dan boleh dijadikan sebagai asas bagi cadangan mendapatkan pembiayaan. Setelah perniagaan yang dijalankan semakin maju, kita mempunyai niat untuk mengembangkannya lagi dengan membuka cawangan di tempat lain pula. Sekiranya kita mempunyai modal yang cukup, masalah ini tidak mengganggu kerana kita tidak memerlukan bantuan orang lain. Apabila mempunyai rancangan perniagaan yang jelas, mudah bagi kita untuk mendapatkan pinjaman dan pembiayaan dari badan-badan yang tertentu. Jika kita pernah mendapat pembiyaan pihak bank dan membayar hutang yang dibuat, pihak bank tidak teragak-agak untuk memberi pembiayaan lagi. Selain itu, semua idea yang didokumenkan dalam perancangan perniagaan dapat dilihat dan pihak yang lain boleh menilainya sendiri. Atau juga, mudah bagi kita untuk mendapatkan kepercayaan pihak yang berminat untuk melabur bersama. Apabila mempunyai rancangan perniagaan dan pencapaian yang telah dicapai, pihak tertentu tidak berfikir panjang untuk bekerjasama dengan kita. Sekurang-kurangnya kertas kerja perniagaan ini mampu menyokong usaha kita. Pengagihan sumber dengan lebih baik Pada masa yang sama, rancangan pernigaan juga adalah untuk mengagihkan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik. Pengagihan yang paling penting dalam perniagaan adalah tentang wang yang dimasuk dan wang yang dikeluarkan. Contohnya untuk perbelanjaan bulanan, iaitu modal bulanan yang dikeluarkan untuk membeli sumber bekalan jualan. Tanpa sebarang perancangan yang teratur, kewangan akan sukar untuk diagaihkan. Wang yang dikeluarkan untuk membayar sewa kedai, bil elektrik dan penyelenggaraan kedai adalah suatu kewajipan yang perlu diamil berat. Jika mempunyai pekerja, gaji mereka perlu dibayar. Jadi, wang yang sepatutnya perlu diasingkan agar wang itu tidak hilang tanpa dapat dikesan penggunaannya. Kemungkinan wang akan digunakan untuk membeli sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan. Contohnya Syam yang merancang untuk membeli sebuah mesin cetak selepas 6 bulan menjalankan perniagaan menjual alat tulis. Sambutan dalam penjualan alat tulis samakin meningkat dan Syam berjaya memiliki sebuah mesin cetak pertama mengikut rancangan yang disediakannya. Selepas 2 bulan membeli mesin cetak, Syam menambah sebuah lagi. Selepas setahun, Syam sudah mempunyai 2 buah kedai yang terletak bersebelahan dan kedai potostatnya mempunyai sebanyak 10 buah mesin cetak untuk perkhidmatan potostat. Syam bijak membelanjakan wang mengikut rancangannya. Keuntungan yang diterima digunakan untuk membayar sewa kedai, bil-bil, gaji pekerja dan sebagainya. Perjalanan atau perniagaan yang tidak mempunyai perancangan yang baik akan menjadi tidak sempurna dan terpaksa berhenti di separuh jalan. Contohnya Ummu yang melaburkan wang sebanyak RM 20, untuk membuka sebuah kedai menjual pakaian wanita. Dia memang bercita-cita untuk membuka kedai itu, tetapi tidak mempunyai sebarang ilmu atau pengalaman dalam dunia perniagaan. Selain itu, dia juga tidak pernah mendapatkan sebarang nasihat daripada pihak lain. Selepas sebulan kedainya terpaksa ditutup kerana perniagaannya tidak mendapat sambutan. Perkara paling penting, dia tidak mempunyai sebarang rancangan perniagaan. Sekurang-kurangnya Ummu mempunyai produk lain atau servis lain untuk dipasarkan dikedai barunya. Dia tidak mempunyai perancangan pada masa hadapan kerana dia hanya melihat untuk tempoh yang singkat sahaja. Jika dia merancang dengan terperinci, perniagaannya akan boleh pergi jauh dan berkembang. Secara kesimpulannya, rancangkan setiap perjalanan dan perniagaan yang diimpikan. Kerana, sebelum orang yang bijak memulakan satu perjalanan yang jauh, mereka mempunyai perancangan. Pada amnya, semakin jauh perjalanan dan pernigaan itu, semakin terperinci perancangan yang dibuat. Setiap perniagaan dianggap akan memulakan satu perjalanan yang jauh. Kerana kita membuka perniagaan bukan untuk tempoh sebulan sahaja. Oleh itu, kita memerlukan perancangan dan misi. Perancangan yang berfokuskan matlamat jangka masa panjang yang diinginkan. Perniagaan yang tidak mempunyai perancangan akan terdedah kepada pembaziran sumber dan masa kerana cuba menjalankan perniagaan dan operasi tanpa arah. Ringkasnya, rancangan perniagaan perlu disediakan sebelum sesebuah perniagaan itu dilancarkan.

15 CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN
Mendapat Tentangan Keluarga Tidak Mempunyai Aliran Tunai Konsisten Masa Antara Keluarga & Bisnes Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes Cabaran #1: Mendapat Tentangan Keluarga Ramai yang hanya mendiam diri apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memulakan perniagaan. Lebih buruk lagi apabila ada dikalangan ahli keluarga yang memberikan reaksi negatif berkenaan dengan perniagaan yang mahu diceburi. Kuatkan hati, akal dan minda untuk terus mengatasi masalah ini. Ingatlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti akan mula mengubah persepsi mereka setelah melihat kejayaan kita. Cabaran #2: Tidak Mempunyai Aliran Tunai Konsisten Punca utama sesuatu perniagaan gulung tikar dalam tempoh kurang tiga tahun adalah tidak mempunyai aliran tunai yang konsisten dan pengurusan kewangan yang mantap. Jalan penyelesaian untuk masalah ini, usahawan amat digalakkan mempelajari bagaimana mengurus kewangan dengan lebih sistematik dan berkesan. Terdapat banyak agensi kerajaan yang menganjurkan bengkel dan seminar pengurusan kewangan yang boleh dirujuk. Cabaran #3: Masa Antara Keluarga & Bisnes Kejayaan bererti pengorbanan dan sekiranya seseorang usahawan tidak sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perniagaan, kejayaan tidak akan berani menghampiri anda. Memang benar keluarga itu adalah yang pertama, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka situasi anda sekarang ini supaya mereka faham dan tidak banyak mengambil masa anda agar anda boleh kekal fokus menguruskan perniagaan anda. Cabaran #4: Kurangnya Ilmu & Strategi Bisnes Ilmu bukan sahaja dituntut semata-mata untuk anda menjawab soalan peperiksaaan sahaja. Ilmu perlu dicari supaya anda cukup bersedia menghadapi apa sahaja ‘persoalan’ yang muncul dalam perniagaan anda. Sentiasalah belajar dari semasa ke semasa berkenaan dengan ilmu-ilmu perniagaan yang baru agar perniagaan anda boleh kekal konsisten dan lebih berjaya pada masa depan.


Download ppt "PASARAN, PEMASARAN & MEMASARKAN PASARAN Kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli) Lingkungan (keluasan, kemungkinan,"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google