Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)"— Transcript presentasi:

1 UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)

2 HAK ASASI Kebebasan asasi adalah hak dan kebebasan yang kita miliki sebagai manusia. Hak dan kebebasan ini dikatakan ‘dijamin’ dan tidak boleh diambil melainkan Perlembagaan membenarkannya.

3 PERUNTUKAN HAK ASASI Hak-hak asasi di Malaysia terkandung di dalam sembilan (9) peruntukan di bawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan di bawah Kebebasan Asasi (Akta 597) iaitu:-

4 Perkara 5 Kebebasan Diri seseorang individu tidak boleh dibunuh atau dipenjarakan melainkan menurut undang-undang. Perkara 6 Keabdian & Kerja Paksa Dilarang seseorang itu tidak boleh diambil menjadi hamba abdi atau dikerah untuk melakukan sebarang bentuk kerja paksa. Tetapi Parlimen boleh membuat undang-undang bagi mewajibkan khidmat negara. Perkara 7 Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa ke belakang dan perbicaraan berulang. Contohnya: Ali melakukan kesalahan jenayah dan telah dijatuhkan hukuman penjara dua bulan, dan selepas itu satu undang-undang telah diluluskan supaya kesalahan itu dikenakan hukuman penjara enam bulan. Hukuman yang baru itu tidak boleh dikenakan ke atasnya. Perbicaraan berulang: seseorang tidak boleh diulang bicara atas kesalahan yang sama kecuali jika sabitan telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh mahkamah yang lebih tinggi

5 Perkara 8 Sama Rata setiap orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak terhadap perlindungan yang sama. Mereka tidak boleh dibezakan atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Perkara 9 Larangan Buang Negeri & Kebebasan Bergerak Seorang warganegara tidak boleh dibuang negeri atau dihalang masuk ke dalam negara melainkan terdapat undang-undang berkenaan dengan keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau hukuman pesalah. Perkara 10 Kebebasan Bercakap, Berhimpun & Berpersatuan Setiap warganegara adalah bebas untuk mengeluarkan buah fikiran dan berhimpun secara aman tanpa senjata dan menubuhkan persatuan tertakluk kepada sekatan undang-undang yang dikenakan oleh Parlimen.

6 Perkara 11 Kebebasan Beragama Agama Islam adalah agama Persekutuan namun setiap orang berhak mengamalkan agama masing-masing Perkara 12 Hak Terhadap Pendidikan Setiap warga berhak mendapat pelajaran dan pendidikan secara sama rata. Perkara 13 Hak Terhadap Harta Harta seseorang itu tidak boleh dilucutkan melainkan undang-undang membenarkannya. Tetapi, sekiranya undang-undang membenarkannya, ia harus memperuntukkan bahawa orang itu dibayar pampasan yang mencukupi untuk harta tersebut

7 KONSEP HAK Dibahagikan kepada dua iaitu:-
Hak semula jadi (natural rights) Hak Sivil

8 1. Hak semula jadi (natural rights)
Ada secara automatik sejak lahir. Cth:- Hak kepada hidup bebas, anggota badan dan harta. 2. Hak Sivil Hak yang diperoleh seorang warganegara bagi sesebuah negara melalui kuatkuasa undang-undang. Contoh: rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun memiliki hak untuk mengundi Memiliki lesen kenderaan Perkahwinan - Di bawah Enakmen Keluarga Islam usia minimum bagi lelaki adalah 18 tahun manakala bagi ­perempuan adalah 16 tahun. Sekiranya mereka di bawah umur, perkahwinan hanya dibenarkan jika ada kebenaran mahkamah dan persetujuan ibu bapa

9 Bagi orang bukan Islam, mengikut Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164), usia minimum perkahwinan adalah 18 tahun. Andainya pasangan itu berusia antara 16 hingga 18 tahun, mereka perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Menteri dan Mahkamah (lihat seksyen 10 dan seksyen 21(2) 12 April 2016 lalu, remaja bawah umur yang mahu berkahwin perlu mendapatkan kebenaran Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri masing-masing. Peraturan baru ini ter­kandung dalam pindaan Akta Kanak-kanak 2001 selepas diluluskan di Parlimen baru-baru ini bagi mengelak berlakunya perkahwinan pada usia muda dalam kalangan remaja perempuan Pada 2013, UN Human Rights Council meluluskan satu ketetapan bahawa perkahwinan bawah umur itu adalah satu pelanggaran hak asasi manusia. Di Pakistan, satu undang-undang bernama The Sindh Child Marriage Restraint Act 2013 telah diluluskan. Akibatnya, perkahwinan yang melibatkan pasangan berusia kurang dari 18 tahun adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan penjara tidak lebih dari 3 tahun atau denda Rs 45,000. Akta ini diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Sindh pada 18 April 2014.

10 KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)

11 Konsep kebebasan maklumat merupakan sebahagian daripada kebebasan bersuara di bawah Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan. Terdapat dua perkara penting dalam Perkara 10 (1) (a): Kebebasan bersuara ini terpakai kepada semua warganegara Malaysia shj. Kebebasan bersuara bukanlah mutlak. Terdapat sekatan terhadap kebebasan ini bawah peruntukkan Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 10 (2) (a): - Kepentingan keselamatan Persekutuan - Perhubungan keselamatan dengan negara2 lain - Ketenteraman awam - Melindungi keistimewaan Parlimen atau Dewan Negeri - Penghinaan terhadap mahkamah - Fitnah - Perbuatan mengapi-api. (semua sekatan ini tidak boleh dipersoalkan oleh mahkamah)

12 BATASAN MELALUI UNDANG-UNDANG

13 Kebebasan bersuara (maklumat) dibataskan oleh 6 undang-undang:-

14 1. Akta Hasutan 1948 2. Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 3. Akta Rahsia Rasmi 1972 4. Penghinaan Mahkamah 5. Akta Fitnah 1957 6. Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, lebih dikenali sebagai SOSMA, 


Download ppt "UNIT 3: HAK ASASI DAN KEBEBASAN MAKLUMAT (BERSUARA)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google