Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA"— Transcript presentasi:

1 BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 FIQH ISLAMI BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA

2 MAKSUD HADIS Selain puasa yang fardu, puasa sunat juga boleh dilakukan di luar bulan Ramadan. Ibadah puasa dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. mengasihi para hamba-Nya yang berusaha mendekati Allah s.w.t. dengan amalan sunat. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

3 HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA
Puasa sunat ialah puasa tambahan dari puasa wajib. Dikerjakan mengikut kemampuan. Dapat mendekatkan diri kepada Allah s.w.t Allah s.w.t akan lebih mengasihi hamba-Nya yang rajin menunaikan ibadah sunaat. Dilakukan diluar bulan Ramadan. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

4 DI ANTARA PUASA-PUASA YANG DISUNATKAN
Puasa Isnin dan Khamis Puasa enam hari pada bulan Syawal Puasa hari Asyura Puasa hari Tasu’a Puasa hari Arafah Puasa hari-hari putih Puasa pada sebahagian besar bulan Sya’aban 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

5 PUASA ISNIN DAN KHAMIS Kita dianjurkan untuk melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Nabi s.a.w. selalu berpuasa pada Isnin dan Khamis kerana baginda menjelaskan bahawa amalan manusia selama di dunia akan dihadapkan kepada Allah s.w.t pada hari tersebut. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

6 PUASA ISNIN DAN KHAMIS Sabda nabi
“ Amal perbuatan manusia akan ditunjukkan kepada Allah pada hari Isnin dan Khamis. Maka saya lebih suka amalan saya ditunjukkan kepada Allah sedang saya berpuasa.” ( HR. Tirmidzi ) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

7 PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
Puasa enam dalam bulan Syawal adalah sunat. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa melakukan puasa Ramadhan kemudian dituruti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ianya seumpama puasa sepanjang tahun.” (HR. Muslim) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

8 PUASA ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
Puasa enam dalam bulan Syawal adalah sunat. Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa melakukan puasa Ramadhan kemudian dituruti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka ianya seumpama puasa sepanjang tahun.” (HR. Muslim) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

9 PUASA HARI ASYURA Hari Asyura ialah pada 10 Muharram.
Disunatkan berpuasa kerana merupakan puasa yang diutamakan setelah puasa fardu bulan Ramadan. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

10 PUASA HARI ASYURA Sabda Nabi
“Ditanyakan orang kepada Rasulullah s.a.w.,”…Puasa manakah yang lebih utama setelah puasa Ramadan?” Jawab Nabi,” Puasa pada bulan Allah yang kamu namakan bulan Muharram.” ( HR. Ahmad, Muslim dan Abu Daud ) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

11 PUASA HARI ASYURA Keutamaan berpuasa pada hari Asyura ialah keampunan dosa pada tahun yang lalu. Seperti sabda nabi: “Puasa itu menutup dosa pada tahun yang lalu.” ( HR. Muslim ) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

12 PUASA HARI TASU’A Puasa Hari Tasu’a ialah puasa pada 9 Muharram, iaitu satu hari sebelum Hari Asyura. Ini untuk membezakan dari puasa yang dilakukan orang Yahudi kerana pada 10 Muharram ( Hari Asyura ) ialah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

13 PUASA HARI ARAFAH Dilakukan pada 9 Zulhijjah.
Dinamakan puasa Hari Arafah kerana pada hari ini, umat Islam yang mengerjakan ibadah haji sedang berkumpul di padang Arafah. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

14 PUASA HARI ARAFAH Hukumnya sunat kecuali mereka yang sedang melakukan ibadah haji dan berada di padang Arafah ketika itu. Keutamaannya ialah keampunan dosa selama dua tahun, iaitu dosa pada tahun yang lalu dan pada tahun yang akan datang. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

15 PUASA HARI PUTIH Tiga hari putih iaitu tiga hari (tanggal 13, 14 dan 15hb) pada setiap bulan. Dipanggil hari putih kerana malam hari-hari tersebut diterangi dengan bulan purnama. Keutamaannya ialah sama seperti puasa setahun lamanya. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

16 PUASA SEBAHAGIAN BULAN SYA’ABAN
Rasulullah biasa berpuasa pada sebahagian besar bulan Sya’aban menurut Aisyah r.a: “Saya tidak melihat Rasulullah s.a.w. berpuasa dalam waktu sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan dan tidak ada satu bulan pun yang Nabi banyak berpuasa pada hari-harinya selain pada bulan Sya’aban.” (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim) 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

17 NIAT BAGI ORANG YANG BERPUASA SUNAT
Bagi puasa sunat, boleh meniatkan puasa pada waktu siang, asalkan dia belum lagi makan dan minum sejak fajar shadiq. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7

18 BERBUKA BAGI ORANG YANG PUASA SUNAT
Apabila kita berpuasa sunat pada siang hari selain bulan Ramadan, kita dibenarkan berbuka dengan sengaja jika kita mahu. 2008 KBM 2 FIQH BAB 7


Download ppt "BAB 7: HARI-HARI YANG DISUNATKAN PADANYA BERPUASA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google