Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kelas Bimbingan Dewasa

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kelas Bimbingan Dewasa"— Transcript presentasi:

1 Kelas Bimbingan Dewasa
ZAKAT Kelas Bimbingan Dewasa

2 ZAKAT FITRAH HARTA CPF Emas
Perniagaan Ternakan Simpanan CPF Emas Tanaman

3 PERBEZAAN ANTARA ZAKAT FITRAH DAN ZAKAT HARTA
Zakat atas setiap individu Zakat atas harta Mempunyai masa tertentu Tiada masa tertentu Mempunyai nilai yang amat rendah dan sama bagi semua pengeluarnya Tidak mempunyai nilai, kerana ia bergantung kepada jumlah harta yang akan dizakatkan

4 ZAKAT FITRAH Zakat fitrah ialah zakat badan yang dikeluarkan pada setiap bulan Ramadan. Disyariatkan pada bulan Sya’aban 2H. Tujuannya untuk mensucikan hati dan jiwa orang yang berpuasa.

5 ZAKAT FITRAH Zakat fitrah juga bertujuan untuk memberi makan kepada fakir miskin agar mereka dapat bergembira dan cukup serta tidak meminta-minta pada Hari Raya Aidilfitri. Sabda Nabi: “Cukupkanlah keperluan mereka (fakir miskin itu) supaya mereka tidak berkeliling meminta-minta pada hari itu.” (HR. Daraquthni dan Baihaqi)

6 ZAKAT FITRAH Zakat fitrah adalah salah satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa orang yang berpuasa. Dipanggil zakat al-nafs kerana tujuannya ialah untuk mensucikan hati dan jiwa manusia yang mengeluarkan zakat fitrah.

7 ZAKAT FITRAH Hukum zakat fitrah adalah fardhu.
Ia berdasarkan hadis daripada Ibnu Umar: “Sesungguhnya Rasulullah (saw) telah mewajibkan Zakat Fitrah, pada bulan Ramadan satu sa’ kurma atau satu sa’ gandum pada setiap orang yang merdeka, hamba, lelaki atau perempuan dari kaum Muslim.…” (HR. Bukhari dan Muslim)

8 ZAKAT FITRAH Orang yang wajib membayar zakat fitrah:
Setiap muslim (lelaki atau perempuan, besar atau kecil, merdeka atau hamba) Zakat Fitrah adalah wajib bagi seseorang dan orang-orang yang ditanggungnya seperti isterinya, anak-anak yang belum baligh dan ibu-bapanya.

9 ZAKAT FITRAH Syarat-syarat wajib zakat fitrah ialah: Orang Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta atau wang) yang lebih dari keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Eidul Fitri.

10 ZAKAT FITRAH Syarat-syarat wajib zakat fitrah ialah:
Dapat menemui dua masa iaitu akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal sebelum matahari terbenam atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib Zakat Fitrah baginya.

11 ZAKAT FITRAH Meninggal sebelum waktu maghrib: Tidak wajib Syaaban
Ramadhan Shawal Lahir selepas waktu maghrib: Tidak wajib

12 ZAKAT FITRAH Waktu diwajibkan membayar zakat fitrah:
Dibolehkan membayar zakat fitrah sejak dari awal bulan Ramadan. Waktu yang wajib ialah sesudah terbenamnya matahari pada tanggal akhir bulan Ramadan. Waktu yang paling afdal ialah setelah solat Subuh sebelum solat Hari Raya pada 1 Syawal

13 ZAKAT FITRAH Kadar wajib zakat fitrah:
Kadar diwajibkan untuk tiap seorang ialah 1 sha’ iaitu hampir sama dengan kg (dibulatkan kepada 2.3 kg) dari beras atau makanan asas dalam negeri masing-masing. Dibolehkan membayarnya dalam bentuk wang yang sama harganya dengan 2.3 kg beras.

14 ZAKAT FITRAH Semenjak tahun 2005, Muis telah memperkenalkan sistem dua kadar Zakat Fitrah. Pembayar boleh memilih kadar yang sesuai berdasarkan makanan harian mereka. Kadar Biasa Berdasarkan harga purata 2.3kg beras (gred biasa/sederhana) yang dimakan sebagai makanan harian. Kadar Lebih Tinggi Berdasarkan harga purata 2.3kg beras (gred tinggi) yang dimakan sebagai makanan harian.

15 ZAKAT FITRAH Objektif sistem dua kadar ini adalah untuk membolehkan semua untuk menunaikan kewajipan Zakat Fitrah dan bagi mereka yang mampu membayar lebih untuk membuat demikian supaya lebih ramai fakir miskin yang dapat dibantu.

16 ZAKAT FITRAH Orang yang berhak menerima zakat fitrah: Golongan fakir
Golongan miskin Pegawai zakat (amil) Golongan mualaf Hamba sahaya yang akan dibebaskan Orang-orang yang berhutang Fi Sabilillah (kegunaan pada jalan Allah) Ibnu Sabil

17 ZAKAT FITRAH Fakir: Tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian.
Asnaf Pengagihan 2011 ($) Fakir: Tidak mempunyai harta mahupun mata pencarian. Miskin: Tidak mempunyai mata pencarian yang mencukupi untuk menampung keperluan asas harian. Antara jenis bantuan termasuk bantuan kewangan bulanan, bantuan geran, bantuan Ramadan, bantuan persekolahan dan Skim Pengupayaan Sepadu (EPS). 8,517,702 Amil: Dilantik untuk memungut Zakat dan perbelanjaan yang berkaitan dengan urusan Zakat seperti kos pentadbiran dan latihan dan pembangunan. 2,370,384 Muallaf: Baru memeluk agama Islam. Bantuan ini diberikan sebagai geran kepada Darul Arqam untuk menguruskan hal ehwal kebajikan saudara baru yang memeluk agama Islam. 257,819

18 ZAKAT FITRAH Riqab: Mahu membebaskan dirinya daripada ikatan atau belenggu perhambaan. Di Singapura, kategori ini dibelanjakan untuk mereka yang memerlukan bantuan meneruskan pendidikan. Jenis agihan termasuk geran pelajaran untuk keluarga susah, dermasiswa dan biasiswa Muis. 2,494,934 Gharimin: Terpaksa berhutang untuk menampung keperluan asasnya. Zakat ini diberikan kepada seseorang yang berhutang untuk melunaskan hutang seperti bayaran air-lampu. 53,499

19 ZAKAT FITRAH Fisabilillah: Berjuang kerana Allah demi kebaikan masyarakat. Ini termasuk program agama, kepimpinan dan pentadbiran masjid, pembangunan dan bantuan madrasah, pembangunan dan mendekati belia, dakwah, pendidikan Islam, pembangunan asatizah dan pembangunan masyarakat. 9,519,573 Ibnussabil: Musafir yang terkandas dalam perjalanan. Jenis bantuan termasuk bantuan kewangan dan tiket kapalterbang pulang ke negara asal, jika perlu. 4,157 Jumlah Perbelanjaan 23,218,068

20 ZAKAT FITRAH


Download ppt "Kelas Bimbingan Dewasa"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google